Penghantaran Produk Lebih Selamat dengan Plastik Parcel Berkualiti
April 7, 20233 Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku Mampu Tonjolkan Jenama
April 10, 2023Produk anda boleh “melancong” dengan plastik bungkus makanan yang memudahkan pembeli membawa bersama mereka.
Penggunaan plastik bungkus adalah penting dan tidak dapat dinafikan manfaatnya dalam industri makanan. Pembungkusan amat penting pada sesuatu perusahaan demi menampilkan sesuatu produk dengan baik. Dalam masa yang sama, ia perlulah memberikan kesenangan dalam penggunaan dan penyimpanan.
Dan bagi yang suka bercuti, pasti akan mencari makanan tambahan atau membawa bekalan sendiri; lebih-lebih lagi jika bercuti di tempat baru di luar negara. Ada juga yang suka bercuti dalam negara atau saja berkelah atau berkhemah. Bagi pemilik bisnes seperti anda, penggunaan pembungkusan makanan yang menyenangkan dapat menarik lebih ramai pembeli yang suka melancong.
Plastik Bungkus Makanan Mesra Pelancong
Kebanyakan pembeli sanggup membayar lebih untuk produk dalam plastik bungkus yang menyenangkan kita, termasuk. Pembungkusan yang baik bukan saja dapat kekalkan kualiti makanan, malah boleh ambil ruang kecil dalam beg bagasi.
Pembungkusan fleksibel atau flexible packaging adalah sesuai untuk plastik bungkus makanan. Sesetengah produk lebih mudah dibungkus dalam pembungkus plastik makanan yang ringan dan mudah digunakan. Berbanding kotak, tin atau balang plastik, produk makanan juga senang dibawa sepanjang penerbangan mereka.
Stand up Pouch
Sesuai untuk banyak jenis produk makanan. Standing pouch cetak juga kerap digunakan sebagai pembungkusan snek seperti biskut, packaging rempeyek dan kerepek pisang.
Three Side Seal Bag
Produk seperti campuran kacang, makanan kering, dan gula-gula menggunakan plastik bungkus ini. Selain “notch” koyak ditepi, ia juga boleh ditambah tutup ziplock untuk penyimpanan mudah.
Center Seal Bag
Sesetengah produk seperti roti, kek, dan makanan ringan menggunakan plastik bungkus jenis ini. Walaupun dengan bentuk bantal sekali pun, ia mudah disimpan di ruang beg tangan, beg galas atau bagasi.
Retort Pouch
Selalunya diperbuat daripada bahan aluminum yang tahan suhu tinggi. Makanan yang sedia dimasak amat sesuai menggunakan plastik bungkus ini. Pembungkusan makanan berlamina ini memudahkan penyediaan tanpa perlu dimasak atas api, dan hanya perlukan air panas.
Pembungkusan Kukuh dan Berkualiti
Setiap bungkusan makanan diatas diperbuat daripada bahan plastik atau gabungan plastik dan bahan berlamina yang kukuh. Ia juga tahan koyak dan dapat memastikan produk kekal selamat dalam perjalanan bercuti. Makanan juga boleh tahan lama dengan adanya fungsi tutup kedap udara ziplock.
Ringan dan Senang Disimpan
Ada juga masa dimana kita terpaksa kurangkan berat bagasi kerana barang terlalu banyak atau terlalu berat. Dengan plastik bungkus yang ringan, produk makanan anda tidak akan membebankan dengan berat tambahan. Dalam masa yang sama, ia senang disimpan dan senang dibuka. Sekaligus, ini dapat meningkatkan kepuasan hati pembeli terhada produk anda.
Jenama Langkah Lebih Jauh dengan Pembungkusan Terbaik
Secara ringkas, pemilik bisnes di negara ini boleh manfaatkan plastik bungkus makanan yang bukan saja berkualiti tapi boleh memikat semua kaki melancong. Ia bukan saja dapat mengekalkan kesegaran makanan. Penggunaan dan penyimpanan yang mudah juga mampu meningkatkan kepuasan hati pembeli terhadap produk jenama anda.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]