
Pembekal Plastik Bungkusan Makanan Johor – Custom Food Grade
Januari 26, 2023
5 Sebab Kenapa Standing Pouch Sesuai untuk Plastik Bungkus Kerepek
Januari 27, 2023Bungkusan makanan berlamina antara penyelesaian pembungkusan yang inovatif. Ia menggunakan bahan material yang teguh dan memiliki ciri-ciri perlindungan baik. Ia juga antara pilihan popular dalam kalangan pemilik perniagaan.

Apakah Proses Laminating dalam Pembungkusan Berlamina?
Seperti namanya, pembungkusan makanan berlamina dihasilkan melalui proses “laminating”. Dua atau lebih lapisan pembungkusan digabungkan menggunakan ejen pengikat (bonding agent). Bahan lapisan ini mengandungi gabungan dua atau lebih material seperti kertas, plastik atau kerajang aluminium. Namun begitu, proses laminating ini dibuat bergantung kepada jenis produk yang akan dibungkus.
Pembungkusan makanan berlamina akan dicetak menggunakan Copper Cylinder for Rotogravture Printing. Cetakan di tengah lapisan bermaksud dakwat dicetak di tengah-tengah antara dua lapisan. Dalam kata lain, selagi dakwat di lapisan dalam tidak terhapus, produk makanan tidak akan terdedah dan kekal selamat. Ini adalah cara terbaik bagi keselamatan pembungkusan makanan, dan salah satu kelebihan ciri-ciri dwi-lapisan pada beg jenis ini.
Proses ini juga sesuai bagi jangka hayat produk berpanjangan dan kualiti produk berkekalan. Pembungkusan berlamina kebanyakannya digunakan untuk produk makanan manusia dan haiwan. Tetapi, kini ia juga boleh dipraktikkan pada sektor perusahaan bukan makanan. Contonhya, pemilik bisnes boleh menggunakan pembungkusan berlamina untuk produk makanan sedia dimakan dan makanan sedia dimasak seperti retort pouch mesra ketuhar. Selain itu, peniaga produk penjagaan peribadi dan kosmetik juga boleh memanfaatkan pembungkusan jenis ini.

Manfaat Pembungkusan Berlamina
Pembungkusan makanan berlamina mempunyai banyak kelebihan, menjadikannya sebagai pilihan utama usahawan dalam industri makanan.
Menambahbaik kekuatan pembungkusan: seperti dikatakan diatas, pembungkusan ini dihasilkan dengan menggabungkan dua atau lebih lapisan material. Ini sekaligus mengukuhkan struktur pembungkusan dan lebih tahan koyak dan risiko kerosakan lain.
Melindungi produk: dengan material pembungkusan yang kukuh, bermakna produk kekal selamat dalam proses pembungkusan, pengedaran, dan penyimpanan. Selain itu, ia dapat mengelakkan cahaya, wap, udara atau bendasing daripada mencemar produk makanan anda.
Makanan kekal segar: ciri-ciri keselamatan dan perlindungan pembungkusan ini dapat membantu usahawan mengekalkan kualiti produk makanan mereka. Kesegaran dan aroma boleh dikekalkan dan dijamin tahan lama.

Penyelesaian Pembungkusan Inovatif
Ringkasnya, penggunaan pembungkusan berlamina dapat menjamin kualiti produk makanan anda dan kekal selamat dan segar. Dengan ciri-ciri perlindungan baik, ia juga dapat menjamin kepuasan hati pembeli anda.
Di HAIN® Packaging, kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama makanan anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berlamina berkualiti tinggi. Kami menawarkan kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami dengan pelbagai pilihan pembungkusan dan beg plastik. Kesemuanya boleh disesuaikan dengan citarasa dan imej jenama anda, serta jenis produk anda.
Jika anda pemilik perniagaan mencari pembekal dan kilang pencetak pembungkusan yang berpengalaman di Malaysia, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11-6987 2289
Email: [email protected] beg plastik custom beg ziplock pembekal pembungkusan Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Food Packaging Forum, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Kepentingan Pembungkusan Makanan Berkualiti
Pembungkusan makanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesegaran, mengelakkan pencemaran, dan memanjangkan hayat rak produk. Di Malaysia yang mempunyai iklim tropika, pembungkusan makanan yang sesuai amat penting untuk melindungi produk daripada kelembapan, haba, dan serangga. Sama ada anda membungkus makanan sejuk beku, makanan kering, atau hasil segar, memilih bahan pembungkusan yang betul memastikan produk anda sampai kepada pengguna dalam keadaan yang optimum.
Di HAIN® Packaging, kami memahami cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan makanan di Malaysia. Penyelesaian pembungkusan gred makanan kami mematuhi piawaian keselamatan dan direka untuk menahan pelbagai keadaan penyimpanan. Daripada beg vakum untuk makanan sejuk beku hingga poket tahan kelembapan untuk makanan kering, kami menawarkan pelbagai pilihan pembungkusan yang disesuaikan untuk industri makanan Malaysia.
Soalan Lazim
1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?
Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.
2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berla…?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.
3. Bolehkah Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berla… dicustom mengikut keperluan bisnes?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.
4. Bagaimana cara membuat pesanan Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berla…?
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.
5. Adakah Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berla… selamat untuk kegunaan makanan?
Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.


