Penghantaran Produk Lebih Selamat dengan Plastik Parcel Berkualiti

Plastik Printing Murah
Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan
April 4, 2023
mencetak plastik sendiri
4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Bercuti
April 7, 2023
Plastik Printing Murah
Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan
April 4, 2023
mencetak plastik sendiri
4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Bercuti
April 7, 2023

Penghantaran Produk Lebih Selamat dengan Plastik Parcel Berkualiti

Penggunaan plastik parcel pos custom tidak saja terhad pada penghantaran surat atau dokumen sulit. Kita semua sedia maklum kebanyakan perniagaan menggunakan beg parcel untuk penghantaran produk. Malah, penggunaan beg parcel pos custom khas boleh meningkatkan lagi pengalaman membeli belah pelanggan.

Setiap pelanggan mengharapkan barang yang dibeli sampai dengan keadaan selamat dan elok. Dan penggunaan plastik parcel pos custom bukan saja boleh memastikan produk selamat sampai, malah ia boleh dijadikan mode pengiklanan unik.

Beg Parcel Pos Custom Ketahanan Tinggi

Sebagai pemilik bisnes, plastik parcel pos boleh ditempah custom mengikut kesesuaian perusahaan atau jenama anda. Setiap beg parcel diperbuat daripada filem plastik ketumpatan tinggi (high-density film). Ia mampu tahan koyak dan tahan bocor. Selain itu, pelekat kuat memastikan parcel bertutup dengan rapi supaya barangan tidak terkeluar.

Tambahan pula, beg pos menggunakan material plastik yang berkualiti tinggi. Ia membantu mengelakkan sebarang kebasahan atau wap air dari terkena barangan. Kadang kala pelanggan tiada di rumah dan penghantar terpaksa tinggalkan parcel di pagar atau tembok rumah. Andai kata hujan, produk anda masih boleh kekal selamat dengan packaging cetak pos kukuh yang ditempah custom.

plastik parcel
Beg parcel pos anda boleh disesuaikan mengikut produk.

Penggunaan Plastik Parcel Pos Sesuai untuk Semua

Banyak perniagaan online dapat memanfaatkan penggunaan beg parcel pos custom. Selain peniaga, perusahaan korporat dan badan kerajaan juga boleh menggunakan beg parcel cetakan plastik custom.

Ini antara kelebihannya.

Penyelesaian Kos Rendah

Sebarang bentuk penjimatan adalah amat penting untuk semua perusahaan, samada persendirian atau korporat. Plastik parcel pos antara penyelesaian jimat kos dalam pengedaran dokumen dan penghantaran produk. Selain mengurangkan potensi pembaziran, anda dapat mengurangkan beban tenaga kerja sambil tingkatkan produktiviti. Dari sini, anda juga dapat mengurangkan masa pembungkusan parcel.

Ringan dan Senang Disimpan

Dengan penggunaan plastik parcel, anda tak perlu risau tentang isu berat bungkusan setiap kali anda perlu ke pejabat pos. Beg parcel anda boleh disesuaikan mengikut saiz, sekaligus boleh mengikut berat produk. Ia juga ringan, dan mudah disimpan tanpa mengambil ruang yang besar. Tambahan pula, penghasilan plastik parcel custom tidak perlukan banyak material dan tidak perlukan pembungkusan tambahan.

plastik parcel pos custom
Tambahkan rekaan unik untuk branding perniagaan.

Mudah Disesuaikan dan Mesra Cetak

Disamping itu, plastik parcel selalunya mesra cetak dan anda boleh cetak custom dengan bermacam jenis warna dan rekaan design. Ia juga berkesan sebagai modus “pengiklanan” jenama bagi pemilik bisnes. Anda juga boleh menarik perhatian pelanggan dengan rekabentuk jenama dan pilihan warna. “First impression” yang baik mampu meyakinkan pelanggan tentang produk anda.

Sesuai Digunakan untuk Pelbagai Barangan

Setiap barangan mudah pecah dan rosak seperti produk penjagaan kulit dalam bekas kaca, pakaian, “merchandise” khas, dan kosmetik perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Bila dibungkus dengan plastik parcel pos yang sesuai dengan produk, ia mampu memastikan produk dalam keadaan selamat, rapi dan kukuh.

Penyelesaian Pembungkusan Selamat

Ringkasnya, dengan penggunaan plastik parcel pos custom, anda boleh pastikan produk atau dokumen anda dihantar dalam keadaan selamat. Sambil mengelakkan sebarang kerosakan, beg parcel pos anda juga boleh menjadi “alat pengiklanan” unik dan kreatif.

Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.

Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]