Sila beri perhatian kepada: saiz, ruang dalaman yang boleh diguna pakai, cara pembuatan beg, lubang penyangkut, lubang udara, saiz bucu, serta perincian yang lain. Setelah dipastikan kesemuanya, produksi akan dimulakan. Saiz mungkin sedikit berbeza +- 1 atau 2 mm. Sila maklumkan kepada kami, sekiranya memerlukan saiz yang sangat tepat.
Perbezaan warna
Kemungkinan berlaku perbezaan antara warna pada skrin komputer dan warna percetakan. Gambar di skrin komputer adalah warna RGB, warnanya kelihatan lebih cerah, manakala warna cetak pula adalah CMYK, mod warna keduanya adalah berbeza, sedikit perbezaan warna adalah perkara biasa, dan warna cetak juga dipengaruhi oleh ketebalan kertas dan sumber cahaya. Kesimpulannya, warna pada skrin komputer dan percetakan mungkin akan sedikit berbeza.
sebagai contoh:
Fail yang sama tetapi dalam kumpulan percetakan yang berlainan juga akan mempunyai kromosomDalam proses percetakan, waktu pengeringan dakwat akan dipengaruhi oleh suhu semasa, kelembapan dan keadaan kawasan sekitar, jadi hasil percetakan akan berbeza bergantung kepada waktu ia dicetak dan perubahan pada persekitaran. Selain itu, penggunaan silinder cetak juga akan menyebabkan hasil percetakan menjadi sedikit berbeza antara satu sama lain.
sebagai contoh:
Percetakan Kumpulan Pertama Percetakan Kumpulan Kedua
Kuantiti
Proses penghasilan beg mengandungi: blow molding – pembuatan silinder – percetakan – komposit – pengeringan – produk siap – pemeriksaan kualiti – pembungkusan – penghantaran. Sebagai contoh, anda menempah 100 ribu beg, kami perlu menyediakan 110 ribu unit bahan mentah untuk proses produksi, jadi jumlah kuantiti sebenar adalah sukar untuk dikawal, tidak semestinya tepat 100%. Perbezaan kuantiti adalah seperti linkungan berikut:
· 10,000 unit: +- 40%
· 20,000 unit: +- 20%
· 30,000 unit: +- 10%
· 50,000 unit – 100,000 unit: +- 5%
· 300,000 unit: +- 3%
Tempoh produksi
Tempahan tanpa percetakan dalam jangka masa 4 hingga 5 minggu
Tempahan dengan percetakan dalam jangka masa 5 hingga 7 minggu
Nota: sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan seperti gangguan bekalah elektrik, kerosakan pada mesin, dan isu-isu lain di luar kawalan, tempahan anda mungkin akan mengalami kelewatan beberapa hari.
Tuntutan gantirugi
Hanya keadaan seperti berikut dibenarkan untuk menuntut gantirugi
1. Beg rosak
2. Hasil percetakan berbeza dari pengesahan akhir
3. Saiz yang salah
4. Cetak warna yang salah (contoh: merah dicetak dengan hitam)
5. Bahan yang salah
6. Jenis Pembungkusan yang salah