Packaging Unik untuk Tarik Penggemar Kerepek yang Suka Melancong
March 23, 2023Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenama Sendiri
March 28, 2023Kita dah sedia maklum setiap perusahaan dapat memanfaatkan kepentingan plastic bag jenama sendiri. Ia penting untuk membentuk imej jenama yang lebih kukuh dan lebih terkenal.
Dengan mencetak jenama sendiri pada plastic bag, pembeli akan mudah lebih mengingati produk anda di pasaran. Selain itu, pembungkusan unik tersendiri juga boleh memberi penampilan lebih kemas, menarik dan memikat hati pembeli. Beg plastik custom bukan saja terhad pada beg plastik beli-belah saja. Malah ia juga termasuk plastik jenama sendiri seperti beg ziplock, beg courier dan pembungkus plastik makanan.
Ini antara kelebihan lain cetakan khas pembungkusan plastik dengan jenama anda tersendiri.
Pengiktirafan Jenama Meningkat
Plastic bag dengan cetakan logo boleh bantu jenama anda menjadi lebih terkenal (brand recognition) dalam kalangan pembeli. Ia juga boleh menjadi “alat pengiklanan” terbaik apabila pembeli menggunakan produk anda dan gunakan semula plastik bungkus anda. Cara ini mampu menarik lebih ramai pembeli dan tonjolkan lagi jenama anda.
Keyakinan Pembeli Bertambah
Selain itu, plastic bag cetakan jenama sendiri boleh membantu meningkatkan keyakinan pembeli sekaligus kesetiaan pada produk bertambah. Pembeli akan pasti kekal dengan produk atau servis yang berkualiti, dan ini termasuk pembungkusan produk yang bermutu dan memudahkan mereka. Dengan memberikan pengalaman terbaik, pembeli akan setia menggunakan produk anda, dan akan ajak rakan-rakan atau ahli keluarga untuk mencuba juga.
Pengiklanan Jimat Kos
Disamping itu, anda juga boleh iklankan produk anda dengan beg plastik jenama tersendiri cetakan khas. Anda boleh cetak kod QR pada pembungkusan yang boleh rujuk pembeli pada media sosial syarikat anda. Pembungkusan anda sendiri juga boleh berfungsi sebagai “papan iklan” kreatif. Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk usaha pengiklanan produk anda.
Plastic Bag Unik Berkualiti dengan Jenama Sendiri
Ringkasnya, pemilik bisnes dan pengusaha boleh meningkatkan lagi mutu produk anda dengan plastic bag jenama sendiri yang unik dan menarik perhatian. Bukan saja dapat menambah baik imej jenama dan mengekalkan kualiti produk, malah kepuasan hati pembeli juga bertambah. Selain itu, plastic bag jenama sendiri juga boleh dijadkan alat pengiklanan mudah yang menjimatkan kos.
Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.
Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]