Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenama Sendiri

plastik custom murah

Plastic Bag Jenama Sendiri Malaysia – Custom Beg Plastik Dengan Logo

Mac 23, 2023
laminate plastik makanan

Sambal Hitam Kekal Segar dengan Packaging Unik dan Mudah

Mac 28, 2023
plastik custom murah

Plastic Bag Jenama Sendiri Malaysia – Custom Beg Plastik Dengan Logo

Mac 23, 2023
laminate plastik makanan

Sambal Hitam Kekal Segar dengan Packaging Unik dan Mudah

Mac 28, 2023

Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenama Sendiri

Plastik Bag Jenama Sendiri

Plastik Bag Jenama Sendiri

Anda boleh tingkatkan lagi penjenamaan atau “branding” produk anda dengan cetakan tempah plastik bag jenama sendiri.

Pembungkusan memainkan peranan penting dalam pelbagai perusahaan dan industri. Cetakan tempah plastik bag dengan jenama sendiri ada banyak kelebihan. Ia bukan saja membantu melindugi produk dengan baik, malah ia memberikan penampilan produk lebih kemas. Selain itu, pembungkusan juga boleh dijadikan “papan iklan” atau alat pengiklanan bagi setiap pemilik perniagaan.

Cetakan plastik bag anda sebaiknya mesti menampilkan jenama anda sendiri dengan baik. Ia perlu menonjol di pasaran untuk menarik perhatian pembeli sekaligus menaikkan untung. Malah pembungkusan adalah sangat penting kerana dari situlah pembeli membuat keputusan dalam pembelian mereka.

tempah plastik bag jenama sendiri
Beg beli belah soft loop dengan design “hashtag” unik.

Jenis Plastik Bag yang Sesuai dengan Produk

Ada banyak pembungkusan untuk semua jenis produk. Anda boleh pilih samada pembungkusan produk makanan atau bukan makanan, atau beg beli belah. Antara pilihan pembungkusan makanan kami yang popular:

  • stand-up pouches
  • flat-bottom gusset bags
  • 3-side seal bags
  • center seal bags

Bagi mereka yang memiliki butik, produk bukan makanan dan pengusaha perniagaan lain, ini antara pilihan terbaik:

  • slider top ziplock bags
  • self-adhesive OPP bags
  • singlet plastic bags
  • soft loop plastic bags
  • die-cut plastic bags

Selain itu, bagi perniagaan yang juga ada khidmat penghantaran, anda juga boleh menempah beg courier plastik berkualiti.

Bagaimana Pembungkusan Boleh Bantu dengan Penjenamaan

Penjenamaan, atau branding, boleh didorong oleh rupa keseluruhan plastik bag yang anda tempah dengan cetakan jenama sendiri.

tempah plastik bag jenama sendiri
Ilustrasi produk (contoh maskot pisang untuk produk kerepek pisang) juga boleh dijadikan rekaan unik.

Sesuaikan Pembungkusan

Sebagai pemilik bisnes, anda boleh tempah dan tentukan rekabentuk plastik bag jenama sendiri. Dari jenis pembungkusan atau beg plastik, ke saiz dan pilihan warna. Logo jenama anda boleh dicetak dengan warna yang unik dan eksklusif dengan jenama anda. Dengan cara ini, produk anda juga boleh menonjol dalam kalangan pesaing anda.

Pelbagaikan Saiz

Disamping itu, bila bercakap tentang saiz, anda boleh pelbagaikan pilihan dengan plastik bag jenama sendiri yang anda tempah. Sebahagian pembeli akan mengambil kira tentang saiz packaging sebelum membeli sesuatu produk. Mereka mungkin mahu mencuba produk saiz kecil sebelum menggunakan produk sama bersaiz besar. Ini sekaligus memberikan kepuasan lebih pada semua pengguna anda dengan adanya pilihan rangkaian produk.

Pembungkusan Boleh Guna Semula

Selain itu, anda boleh pastikan beg plastik tempah cetak jenama anda sendiri boleh digunakan semula. Penggunaan flexible packaging yang kukuh membantu mengekalkan kesegaran makanan dan kualiti produk lain. Selain itu, beg beli-belah plastik boleh digunakan pakai berulang kali. Bila beg plastik anda digunakan semula, ini secara tak langsung akan “mengiklankan” jenama anda ke serata tempat. Ini cara efisien untuk “pengiklanan” kreatif dan menjimatkan kos.

Penggunaan kod QR dan “hashtag” pada beg bungkusan courier.

Penggunaan Media Sosial

Dengan teknologi yang semakin berkembang, plastik cetak tempah anda boleh juga iklankan jenama sendiri melalui media sosial. Penggunaan kod QR serta “hashtag” sudah menjadi popular dalam mempromosi produk tertentu. Jenama anda boleh lebih terkenal dengan muatan gambar pembeli di laman sosial dan video “unpacking”. Mereka juga boleh terus mengetahui produk terbaru anda dengan mudah.

Tempah Plastik Bag Jenama Sendiri yang Praktikal

Ringkasnya, dengan tempah cetak pembungkusan jenama sendiri, anda bukan saja dapat melindungi dan kekalkan kualiti produk anda. Malah, ia juga boleh membantu anda dalam meningkatkan lagi penjenamaan atau “branding” di pasaran. Pembungkusan yang unik juga mampu menarik minat pembeli baru dan sedia ada.

Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.

Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] beg ziplock kilang plastik bahan plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari MIDA, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.

Soalan Lazim

1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?

Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.

2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenam…?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.

3. Bolehkah Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenam… dicustom mengikut keperluan bisnes?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.

4. Bagaimana cara membuat pesanan Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenam…?

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.

5. Adakah Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenam… selamat untuk kegunaan makanan?

Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?