5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Jenama Anda

Beg OPP plastik lutsinar dengan pelekat untuk pembungkusan runcit

Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Roti Anda

Februari 28, 2023
Kilang Pembungkusan Frozen Food

Produk Makanan Frozen Kekal Selamat dengan Packaging Berkualiti

Mac 6, 2023
Beg OPP plastik lutsinar dengan pelekat untuk pembungkusan runcit

Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Roti Anda

Februari 28, 2023
Kilang Pembungkusan Frozen Food

Produk Makanan Frozen Kekal Selamat dengan Packaging Berkualiti

Mac 6, 2023

5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Jenama Anda

Pembungkusan Makanan Berlaminasi

Pembungkusan Makanan Berlaminasi

Penggunaan plastik bungkus sudah serasi dengan banyak perusahaan. Tambahan pula, pembungkusan fleksibel atau “flexible packaging” adalah antara penyelesaian plastik bungkus yang semakin popular. Ia sangat serba boleh dan boleh diguna pakai oleh ramai pemilik perniagaan dalam bermacam sektor. Dari sektor makanan (pilihan paling popular), hingga ke penggunaan produk penjagaan; pembungkusan ini sudah mula “menguasai” pelbagai industri.

Disamping itu, ada banyak kelebihan bagi para usahawan menggunakan plastik bungkus fleksibel. Ini termasuk penjimatan pelbagai kos, disamping menaikkan seri produk anda.

plastik bungkus
Pembungkusan sabun

Ini antara lima cara plastik bungkus boleh membantu anda sebagai pemilik bisnes.

Pengurangan Kos Bahan

Plastik bungkus, samada jenis fleksibel seperti stand-up pouch atau plastik ziplock, atau beg beli belah tidak terlampau tebal. Berbanding gelas, besi ataupun kotak, ia selalunya menggunakan plastik atau gabungan plastik berlamina yang ringan tapi kukuh. Pengurangan ini bermaksud anda boleh berjimat dalam kos bahan pembungkusan.

Kos Penyimpanan Lebih Rendah

Plastik bungkus seperti beg beli belah tidak memerlukan ruang yang terlalu banyak. Berbanding plastik tebal atau kotak besar, ia meberikan kemudahan penyimpanan. Dalam masa yang sama, anda juga boleh menyimpan lebih banyak barang atau stok lain dalam ruang tersusun yang sama. Ini sekaligus mengurangkan kebarangkalian penambahan kos penyimpanan dalam gudang.

Meningkatkan Jangka Hayat Produk

Plastik bungkus dengan kemasan ziplock yang boleh tutup semula mampu meningkatkan jangka hayat produk anda. Selain itu, ciri-ciri perlindungan membantu mengelakkan daripada terdedah dengan wap, udara atau cahaya. Ini juga mendorong kepada pengurangan pembaziran dan stok yang tidak dapat dijual. Produk makanan boleh kekal segar, dan rangkaian pakaian boleh kekal berseri dan tidak berbau hapak.

Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas
Plastik Pembungkus Makanan Tahan Panas

Peningkatan dalam Kecekapan (Efficiency)

Selain itu, plastik bungkus fleksibel dan beg beli belah senang diurus dan diguna pakai. Ia dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga kerja yang biasanya diperlukan untuk operasi pembungkusan. Sekaligus, pemilik bisnes boleh meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menyeluruh.

Penambahbaikan Jenama

Satu lagi kelebihan pembungkus plastik fleksibel: anda sebagai pemilik bisnes boleh tentukan reka bentuk corak dan desain pembungkusan anda. Dengan ruang cetakan yang menyeluruh, anda boleh menyerlahkan lagi imej jenama anda di pasaran. Pembungkusan yang unik dan menarik perhatian mampu memikat hati pembeli baru dan sedia ada.

Penyelesaian Plastik Bungkus Berkualiti yang Berpatutan

Ringkasnya, anda dapat menikmati penjimatan yang menyeluruh dengan plastik bungkus jenis fleksibel dan juga beg beli belah yang ringkas tapi serba boleh. Bukan itu saja, pembungkusan anda juga mampu menarik perhatian pembeli berpotensi dan juga menaikkan lagi jenama anda antara pesaing lain.

Di HAIN® Packaging, kami memberikan yang terbaik dalam khidmat percetakan pembungkusan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone: +60 11-6987 2289

Email: [email protected] kilang plastik perbezaan plastik stand up pouch Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari MIDA, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.

Soalan Lazim

1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?

Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.

2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk 5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Je…?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.

3. Bolehkah 5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Je… dicustom mengikut keperluan bisnes?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.

4. Bagaimana cara membuat pesanan 5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Je…?

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.

5. Adakah 5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Je… selamat untuk kegunaan makanan?

Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?