Branding Produk Meningkat dengan Tempah Plastik Bag Jenama Sendiri
March 28, 2023Packaging Rendang yang Mudah dan Menarik Perhatian Ramai
March 29, 2023Sekarang sudah makin ramai pengusaha sambal hitam berada di pasaran dengan pelbagai packaging dan plastik bungkus. Jenis sambal ini boleh terus dimakan tanpa perlu ditumis. Sekaligus, penyediaan makanan menjadi lebih senang dan tidak makan banyak masa.
Dan sebagai pengusaha sambal hitam, anda juga boleh gunakan packaging yang lebih baik dan berkualiti tinggi. Kesenangan pengguna amat penting selain mengekalkan kualiti produk anda. Penampilan produk yang lebih kemas juga mampu menarik perhatian pembeli baru dan kekalkan pembeli sedia ada.
Sebab itulah, packaging untuk produk sambal hitam anda boleh pergi lebih jauhdi pasaran. Ini boleh dilakukan dengan pembungkusan yang disesuaikan mengikut citarasa dan imej jenama anda. Kita juga boleh lihat kelebihan lain pada pembungkusan yang sesuai untuk produk ini.
Packaging Praktikal yang Sesuai untuk Sambal Hitam
Pembungkusan makanan jenis 3-side seal antara pilihan terbaik untuk packaging sambal hitam anda. Plastik pembungkus makanan ini memiliki tiga sisi bertutup yang memudahkan produk dibungkus dengan baik. Selain “notch” mudah koyak, anda boleh tambah tutup ziplock yang boleh tutup semula. Sambil mengekalkan kesegaran sambal, ia juga memudahkan penggunaan dan senang dihidang.
Packaging sebegini mudah untuk disimpan di tempat kering, kerana ia tidak mengambil ruang yang banyak. Dengan tutup ziplock, pembeli tak perlu bersusah untuk pindahkan produk ke pembungkusan asing. Mereka juga tidak perlu gunakan sepit atau getah untuk bungkus tutup semula.
(pada yang suka makan sambal dengan sendirinya, lagi bertambah menyenangkan untuk mereka makan dan simpan)
Kepuasan Pembeli Meningkat dengan Pembungkusan Berkualiti
Selain itu, anda boleh jamin kualiti sambal hitam anda dengan packaging jenis ini. Juga dikenali dengan konsep “flexibel packaging”, ia diperbuat daripada material plastik atau gabungan plastik berlamina yang kukuh. Ia mempunyai ciri perlindungan yang baik, tahan koyak dan boleh mengelakkan produk tumpah dengan penggunaan ziplock.
Anda boleh tarik lebih ramai penggemar sambal hitam dengan packaging yang memudahkan dan menarik perhatian. Sebagai pengusaha, anda boleh tentukan saiz, rekabentuk, dan boleh cetak logo dan resepi tambahan. Pembeli akan lebih puas hati dan pasti akan mengesyorkan produk anda pada rakan-rakan mereka yang lain. Ini sekaligus meningkatkan kesetiaan dan keyakinan pada produk anda.
Majukan Perusahaan Anda dengan Khidmat Kami
Ringkasnya, produk sambal hitam anda boleh pergi lebih jauh dengan packaging yang menarik. Ia senang digunakan dan disimpan, sambil memberikan perlindungan lebih untuk kesegaran produk. Ia juga boleh menjamin kepuasan lebih bagi setiap penggemar sambal hitam di negara ini.
Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.
Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]