Guna Packaging Unik untuk Tarik Perhatian Penggemar Kambing Perap
March 16, 2023Beg Plastik Baju: 6 Jenis Pembungkusan yang Boleh Tambah Seri Pakaian
March 22, 2023Terdapat pelbagai trend pembungkusan yang diguna pakai oleh ramai pemilik perniagaan. Dengan teknologi pencetakan digital, perniagaan kecil dan sederhana juga boleh bersaing dengan perusahaan besar. Tambahan pula dengan gaya hidup yang semakin sibuk, pembungkusan memainkan peranan yang amat penting. Kita perlu tarik perhatian pembeli dengan produk kita dalam masa yang singkat.
Selain itu, perkembangan “online shopping” juga mempengaruhi pelbagai trend pembungkusan. Setiap produk boleh menarik perhatian pembeli dengan pembungkusan yang nampak lebih profesional dan kemas. Selain melindungi kualiti produk, sesuatu pembungkusan boleh menaikkan lagi jenama anda di pasaran.
Banyak jenis trend pembungkusan yang sudah wujud dan juga diguna pakai semula dewasa ini. Anda mungkin pengusaha makanan mencari plastik bungkus kurma unik. Mungkin anda peniaga produk berkebun dan mahukan plastik bungkus tanah rekaan tersendiri. Atau mungkin anda pemilik butik yang inginkan plastik tudung jenama sendiri.
Apa saja produk anda, ini antara trend pembungkusan yang anda boleh cuba untuk rangkaian produk anda seterusnya.
Penggunaan Kod QR
Antara trend pembungkusan yang semakin popular dalam kalangan pemilik perniagaan ialah penggunaan kod QR. Kod QR dilampirkan pada setiap pembungkusan, dan disini terdapat sekurang-kurangnya dua fungsi: mampu menambah baik pembungkusan dan boleh mendorong interaksi antara pembeli dan peniaga.
Pembungkusan Mesra Alam
Selain itu, anda sebagai pemilik bisnes boleh gunakan pembungkusan anda sebagai cara menggalakkan kelestarian alam sekitar. Trend pembungkusan ini kerap diguna pakai terutamanya untuk produk makanan. Selain penggunaan material mesra alam, anda juga boleh nyatakan samada packaging anda boleh digunakan semula atau dikitar semula. Ini juga dapat membantu memupuk kelestarian alam sambil meningkatkan lagi jenama anda di pasaran.
Fokus Utama Produk
Antara fungsi pembungkusan yang membantu usahawan adalah menonjolkan produk di pasaran dan memberitahu apa jenis produk yang dijual. Trend pembungkusan yang popular masa kini terutama untuk produk makanan adalah melalui reka ilustrasi ramuan atau perisa. Selalu direka dengan gambaran berwarna-warni dan menyerlah. Malah ia memberikan penampilan menyeronokkan sambil memberitahu apa sebenarnya produk anda.
Rekabentuk Retro
Disamping itu, rekabentuk atau desain retro juga menjadi trend untuk pembungkusan pelbagai produk. Ramai antara kita masih menyukai pembungkusan produk dari zaman sebelumnya. Tambahan pula, konsep yang pernah menjadi popular di zaman 90an atau 80an juga boleh menarik minat pembeli di luar. Sesuai dijadikan pembungkusan terhad untuk produk istimewa.
Tingkatkan Jenama Produk dengan Trend Pembungkusan Unik
Ringkasnya, pemilik bisnes dan pengusaha boleh meningkatkan lagi mutu pembungkusan dengan trend yang unik dan menarik perhatian. Bukan saja dapat menambah baik imej jenama dan mengekalkan kualiti produk, malah kepuasan hati pembeli juga bertambah. Trend ini juga boleh menarik lebih ramai lagi pembeli berpotensi.
Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.
Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]