
4 Trend Pembungkusan yang Unik untuk Rangkaian Produk Anda
Mac 20, 2023
5 Cara untuk Tingkatkan Mutu Packaging Produk Kopi Anda
Mac 22, 2023Beg plastik untuk baju tidak terhad pada beg beli belah saja.
Bermacam jenis pembungkusan digunakan untuk baju dan rangkaian pakaian lain. Kebanyakan mudah digunakan, dan mampu melindungi pakaian dari terdedah dengan kebasahan, habuk dan mengelakkan bau hapak. Ia juga boleh menaikkan penjenamaan dan dijadikan alat pengiklanan efektif.
Plastik jenis beg beli belah sudah menjadi kebiasaan untuk perusahaan baju dan pakaian lain. Ia senang digunakan untuk pembungkusan cepat dan mudah. Dalam masa yang sama, pembungkusan dengan kemasan tutup ziplock juga antara pilihan terbaik untuk plastik bungkus baju. Pembungkusan ini juga mempunyai pelbagai jenis.

Pembungkusan plastik baju sebegini sesuai buat semua jenis perusahaan pakaian. Anda juga boleh sesuaikan pembungkusan pilihan dengan rekabentuk atau desain tersendiri, termasuk logo jenama anda. Ini antara jenis beg plastik yang sesuai digunakan untuk pembungkusan pakaian.
Pembungkusan Baju Bertutup
Beg Ziplock: plastik ziplock baju custom ini boleh datang dalam beberapa jenis:
- Slider top ziplock: beg ini datang dengan tutup kedap ziplock, dan ada yang datang dengan jenis zip bentuk cincin. Ia memudahkan pembungkusan dan penyimpanan baju dalam beg plastik. Bungkusan ini juga tidak mengambil ruang penyimpanan yang terlalu banyak.
- Three side seal bag: beg plastik jenis 3-side seal juga sesuai untuk pembungkusan baju dan pakaian bersaiz kecil, rangkaian tudung, sarung tangan dan kaki, dan juga pelitup muka. Beg ini juga boleh datang dengan tutup ziplock kukuh
Beg Bungkus OPP: plastik bag jernih ini nampak ringkas dan bersahaja, tapi ia juga berkesan untuk menampilkan rangkaian baju anda. Bungkusan seperti plastik OPP baju sesuai untuk pelbagai jenis pakaian, dan mampu memberikan keyakinan pada pembeli anda tentang kualiti pakaian.

Beg Beli-Belah untuk Baju
Rangkaian beg baju plastik ini mudah digunakan, senang dibawa, dan juga boleh digunakan semula berulang kali. Dengan mencetak logo anda pada beg bungkusan ini, anda juga boleh “mengiklankan” jenama anda ke mana-mana saja.
- Beg plastik singlet: rupanya lebih kurang seperti baju singlet bila ditegakkan. Diperbuat daripada plastik LDPE fleksibel, ia senang dibuka dan dibungkus. Ia juga kukuh, tahan koyak dan kalis air.
- Beg bungkusan soft loop: pemegang yang lembut tapi kukuh, dan boleh menampung banyak pakaian. Juga boleh ditempah cetak dengan tambahan kemasan tutup ziplock, untuk perlindungan tambahan.
- Beg plastik jenis die-cut: pemegang yang dibentuk memberikan penampilan lebih kemas. Ia boleh dihasilkan dengan plastik LDPE atau jenis HDPE yang lebih tahan lasak.
Rangkaian Baju Menyerlah dengan Beg Plastik Berkualiti
Ringkasnya, semua koleksi pakaian, tudung, dan pakaian bersaiz kecil boleh bertambah lebih profesional dan kemas dengan beg plastik berkualiti. Ada pelbagai jenis yang anda boleh pilih sebagai pemilik bisnes. Semuanya unik dan boleh bantun meningkatkan penjenamaan dan juga menarik perhatian ramai pembeli diluar. Tidak dilupakan juga, dengan tambahan kedap tutup ziplock boleh mengekalkan kualiti pakaian.
Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.
Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected] bungkus makanan kedai plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari MIDA, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Soalan Lazim
1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?
Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.
2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Beg Plastik Baju?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.
3. Bolehkah Beg Plastik Baju dicustom mengikut keperluan bisnes?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.
4. Bagaimana cara membuat pesanan Beg Plastik Baju?
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.
5. Adakah Beg Plastik Baju selamat untuk kegunaan makanan?
Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.



