Kelestarian Dalam Bisnes Dengan Plastik Ziplock Makanan Mesra Alam

Beg Plastik Ziplock
4 Cara Pembekal Boleh Bantu Bisnes dengan Plastik Ziplock Berkualiti
January 25, 2023
Food Packaging
Pembekal Plastik Bungkusan Diyakini untuk Bisnes Makanan di Johor
January 26, 2023
Beg Plastik Ziplock
4 Cara Pembekal Boleh Bantu Bisnes dengan Plastik Ziplock Berkualiti
January 25, 2023
Food Packaging
Pembekal Plastik Bungkusan Diyakini untuk Bisnes Makanan di Johor
January 26, 2023

Kelestarian Dalam Bisnes Dengan Plastik Ziplock Makanan Mesra Alam

Plastik Pembungkusan Makanan
Plastik Pembungkusan Makanan

Percaya atau tidak, plastik ziplock makanan adalah antara penyelesaian mesra alam yang baik. Dewasa ini, jenama mesra alam merupakan satu kegilaan ramai. Sudah ramai pengguna mula mencari alternatif mesra alam dalam pembelian mereka. Dan semestinya ia memberi impak yang bagus untuk semua orang.

Pengguna mempunyai ketenangan fikiran dalam membuat pilihan lebih sihat. Disamping itu, anda juga memenuhi tanggungjawab sosial dan masyarakat melalui usaha kelestarian. Namun, ini tidak cukup dengan hanya menggunakan plastik ziplock makanan mesra alam. Kita perlu menjadikannya satu mesej yang teras kepada pengguna ramai.

Plastik Ziplock Makanan yang Lestari

Ramai pengguna di Malaysia sentiasa mencari produk yang boleh tahan lama. Pembungkusan fleksibel seperti plastik ziplock adalah antara yang terbaik untuk perusahaan makanan. Ia memberikan kemudahan dan kesenangan pengguna, dan melindungi produk makanan dengan selamat. Ini juga bermakna kita dapat mengurangkan penggunaan bungkusan berlebihan. Ini sekaligus mengelakkan sebarang pembaziran berlaku.

Ciri-ciri boleh kitar semula juga penting dalam usaha menuju kelestarian alam. Sebagai pemilik bisnes, kita boleh maklumkan pembeli tentang penggunaan plastik ziplock produk makanan kita. Pembeli boleh tahu samada pembungkusan kita boleh digunakan semula, boleh dikitar semula, atau kedua-duanya. Selain itu, maklumat seperti matlamat syarikat dalam usaha kelestarian dan mesej yang berkenaan juga boleh dicetak.

Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas
Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas

Pengiktirafan Jenama Menyeluruh

Ruang plastik ziplock makanan yang luas bermaksud penjenamaan menyeluruh. Ini juga bermaksud mesej tambahan boleh dicetak untuk pengetahuan pembeli. Plastik jenis stand-up pouch bukan sahaja memberi ruang untuk maklumkan kepada pelanggan tentang usaha anda. Ia juga dapat memberikan ruang kepada anda untuk membuat kenyataan tentang jenama anda secara umum. Sekaligus, ini juga menjadikan pembungkusan anda satu alat pengiklanan yang ideal.

Pembungkusan Mesra Alam

Plastik ziplock makanan telah banyak melalui pelbagai jenis teknologi penambah baikan. Banyak kajian telah dibuat berkenaan pembangunan dalam bioplastik terdegradasi atau plastik boleh lupus. Ini juga dikenali dengan terma “compostable plastic”. Dan ada beberapa pilihan yang sangat menarik akan muncul. Tetapi, ia berbaloi untuk dikaitkan dengan keperluan dan pada realiti tentang bungkusan ‘mesra alam’. Yang pasti, proses kitar semula boleh menjadi pilihan yang lebih baik. 

Ia adalah contoh mesra alam yang terbaik. Ini kerana kesan minimum yang akan mereka perolehi jika mereka berakhir di tapak pelupusan sampah. Ia juga akan melalui proses yang lama ke arah mengurangkan pelepasan semasa penghantaran, semenjak mereka menghantar dalam keadaan yang rata dan menyimpan dalam keadaan rata. Buat pilihan yang terbaik untuk jenama dan pengguna anda.

Kilang Packaging Produk Makanan
Rangkaian Packaging Produk Makanan

Penghantaran dan Penyimpanan Efisien

Selain itu, bahan yang digunakan untuk plastik ziplock makanan itu sendiri amat penting. Namun, kesan sampingan pada pengangkutan dan di gudang anda juga mempunyai kesan yang besar. Bungkusan yang besar dan berat akan menaikkan kos untuk menghantar dan memerlukan lebih banyak perjalanan. Ini juga bermaksud lebih banyak pelepasan karbon. Sebab itulah,  bungkusan yang fleksibel adalah antara pilihan terbaik. Ini kerana apa-apa usaha pembuangan dan pelupusan menjadi lebih efisien dan berkesan; sekaligus, elok untuk alam sekitar.

Rakan Pencetak Plastik Ziplock Makanan

Kami di HAIN Packaging sedia membantu anda dalam usaha penggunaan pembungkusan yang mesra alam. Dengan ini, anda boleh memenuhi permintaan terkini pelanggan dan juga meningkatkan keuntungan perniagaan. Jika anda ada sebarang kemusykilan, jangan segan untuk berhubungi dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone: +60 11-6987 2289

Email: [email protected]