
Kelestarian Dalam Bisnes Dengan Plastik Ziplock Makanan Mesra Alam
Januari 25, 2023
Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berlamina
Januari 26, 2023Bagi pemilik bisnes makanan di Johor, mungkin menghadapi cabaran mencari pembekal plastik bungkusan yang berpengalaman. Sesuatu pembungkusan produk adalah amat penting bagi kebanyakan perniagaan. Produk lebih menyerlah di pasaran dan menarik minat pembeli luar dengan pembungkusan baik.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging menawarkan khidmat pencetakan pembungkusan yang berkualiti. Kami telah membantu banyak perusahaan kecil dan besar di Malaysia maju dengan rangkaian pmebungkusan dan khidmat cetak khas. Pemilik bisnes makanan di Johor juga boleh menikmati perkhidmatan kami tanpa perlu risau tentang jarak perjalanan ke Kuala Lumpur. Ini kerana kami juga menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh negara dengan harga yang berpatutan.
Plastik Bungkusan untuk Jenama Makanan Johor
Kami selaku pembekal menyediakan pelbagai jenis bungkusan plastik pada semua pemilik bisnes makanan di Johor. Rangkaian kami termasuk kemasan bertutup ziplock dan kemasan tutup kekal untuk pelbagai jenis bungkusan. Anda boleh tentukan sendiri reka bentuk pembungkusan anda mengikut saiz, pilihan warna, dan gambaran desain anda sendiri. Inilah kelebihan tempahan cetak custom; semua boleh mengikut citarasa dan imej jenama anda.
Antara jenis pembungkus plastik makanan kami adalah kantung berdiri (stand-up pouches), bungkusan kedap 3 sisi (3-side seal bags), dan bungkusan tutup tengah (center seal bags). Selain itu, kami juga sediakan bungkusan berlamina dengan dasar bawah rata (flat-bottom laminated quad seal bags).
Bukan itu saja, plastik jenis LDPE dan HDPE, serta rangkaian plastik OPP juga sesuai untuk bungkusan makanan bagi mana-mana pembekal dan perusahaan di Johor. Malah, semua bungkusan kami diperbuat daripada material plastik berkualiti dan selamat untuk makanan. Sebagai contoh, plastik pembungkus roti dan plastik aiskrim menggunakan material OPP dan LDPE yang ringan tapi kukuh.

Kelebihan Tempah Bungkusan Plastik Makanan Custom
Produk Kekal Selamat
Pemilik jenama dan pembekal makanan Johor juga boleh memanfaatkan rangkaian plastik bungkusan kami. Material yang tidak mudah koyak bermaksud produk makanan anda akan sentiasa kekal segar dan berkualiti. Selain itu, ia juga mengelakkan tumpah, dan melindungi daripada wap, habuk, atau bendasing luar dari bercampur dengan produk.
Cara Pengiklanan Unik
Selain itu, pembungkusan yang baik juga boleh dijadikan sebagai “alat pengiklanan” anda tersendiri. Material plastik yang digunakan adalah mesra cetak, dan setiap pembungkusan memiliki kemasan berlainan yang menarik seperti matte finish atau glossy finish.
Dan sudah tentu jenama kebanggaan anda boleh dicetak atas pembungkusan ini sekaligus dengan desain bungkusan pilihan anda. Produk anda boleh menonjol lebih di pasaran dan jenama anda lebih dikenali ramai. Ini juga boleh mendorong kepada penambah baikan pengalaman pembeli, dan penjenamaan meningkat.
Penjimatan dan Harga Kompetitif
Disamping itu, setiap pemilik bisnes makanan di Johor boleh menikmati penjimatan menyeluruh dengan pembekal kami. Kami menawarkan harga serendah RM1.20 setiap kilogram untuk penghantaran tempahan seluruh Semenanjung Malaysia, dengan tempoh penghantaran lebih kurang seminggu. Anda dapat menikmati harga kompetitif untuk kedua-dua rangkaian bungkusan dan penghantaran.
Penyelesaian Plastik Bungkusan Mudah
Ringkasnya, kami di HAIN® Packaging berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua pemilik bisnes makanan Johor sebagai pembekal dan pencetak plastik bungkusan berpengalaman. Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran pembungkusan kami untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan harga kompetitif kepada semua pelanggan kami.
Jika anda pemilik perniagaan mencari pembekal dan Kilang Plastik Bungkusan Makanan yang berpengalaman di Malaysia, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11-6987 2289
Email: [email protected] beg plastik jenama sendiri beg ziplock pembekal pembungkusan Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Food Packaging Forum, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Soalan Lazim
1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?
Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.
2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Pembekal Plastik Bungkusan Makanan Johor – Custom F…?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.
3. Bolehkah Pembekal Plastik Bungkusan Makanan Johor – Custom F… dicustom mengikut keperluan bisnes?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.
4. Bagaimana cara membuat pesanan Pembekal Plastik Bungkusan Makanan Johor – Custom F…?
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.
5. Adakah Pembekal Plastik Bungkusan Makanan Johor – Custom F… selamat untuk kegunaan makanan?
Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.


