Rangkaian Fesyen Lebih Bergaya dengan Plastik Ziplock Baju Menarik
December 2, 2022Cetak Plastik Frozen Food Jenama Sendiri Untuk Bisnes yang Berjaya
December 20, 2022HAIN® Packaging adalah pembekal dan pencetak Plastik Pembungkus Roti. Kami menyediakan khidmat dan tempahan untuk pelbagai jenis Plastic Bungkus Makanan untuk bermacam produk dan industri. Semua akan mengikut kemahuan dan imej jenama anda. Perusahaan kami terletak di Kuala Lumpur, dan kami bertekad untuk menjadi antara pesaing utama dalam industri pencetakan plastik di Malaysia.
Kami menawarkan pilihan pembungkusan jenama dan rekaan sendiri yang meluas, sesuai untuk keperluan produk anda. Ini termasuk beg plastik OPP bermutu tinggi dan plastik pembungkus kemasan tutup tengah (center seal bag). Klien kami boleh menempah mengikut citarasa dan imej jenama dan perusahan mereka.
Plastik Pembungkus Roti Pilihan Tersendiri
Rangkaian plastik pembungkus roti kami boleh menampung pelbagai jenis produk roti. Ini termasuk roti biasa, dan pelbagai jenis pastri dan roti artisan. Selalunya, jenis pembungkusan untuk produk ini adalah bungkusan plastik OPP roti atau pembungkusan center seal.
- Plastik OPP Minimalis dan Berpatutan
- Plastik pembungkus roti jenis plastik OPP boleh direka dengan bentuk ringkas seperti kantung plastik ataupun beg kukuh. Ia mempunyai pita penutup dengan pelekat pengedap. Bahagian seal ini amat senang dibuka dan dapat dilipat dengan kemas. Ini memastikan bungkusan ditutup dengan rapat dan rapi. Selain itu, bungkusan ini diperbuat daripada plastik lutsinar yang bolek dicetak. Anda boleh mencetak logo jenama anda atas pembungkusan ini dan pembeli masih boleh melihat produk didalam sebelum pembelian. Ciri ini adalah yang paling mudah untuk menampilkan produk jualan anda. Beg jenis ini juga dapat memelihara kesegaran makanan yang dibungkus. Walaupun ringkas, anda masih boleh menampilkan imej jenama anda dengan cetakan minimum. Ini sekaligus menjadikan penyelesaian menjimatkan kos.
- Center Seal Bag untuk Penampilan Penuh Jenama
- Dalam masa yang sama, anda juga boleh membawa produk anda lebih jauh dengan plastik pembungkus roti yang lebih eksklusif. Pembungkusan jenis center seal bag mempunyai tepian bergerigi, menjadikan bungkusan lebih mudah dibuka dan digunakan. Tambahan pula, campuran lapisan filem yang berbeza dapat mengekalkan kualiti produk roti anda dan tahan lebih lama. Selain itu, ia datang dalam bentuk seakan bantal, dan mempunyai kemasan tutup atas, bawah dan tengah. Ciri inilah yang boleh menampilkan rupa bentuk, warna menarik, dan gambaran visual jenama anda dengan menyeluruh.
Banyak syarikat mungkin tidak tahu cara pembungkusan makanan yang baik. Bungkusan produk mereka mungkin tidak sekemas dan secantik yang diinginkan kerana mahu menjimat kos. Sebab itulah pembungkusan plastik yang betul adalah penting bagi menonjolkan produk yang dibanggakan, dan sekaligus memajukan jenama produk dan hasil jualan anda.
Penyelesaian Ideal untuk Pembungkus Roti dan Pastri
Sebagai pembekal dan pencetak plastik pembungkus roti di Malaysia, kami faham kepentingan pembungkusan yang menarik dan praktikal. Ini demi memastikan produk anda dikenali ramai di pasaran besar. Di HAIN® Packaging, kami menyediakan pelbagai rangkaian bungkusan plastik, dan pelanggan boleh tempah mengikut kesesuaian dan jenis produk.
Jika anda masih tidak pasti jenis plastik pembungkus roti yang sesuai, jangan risau. Anda boleh hubungi kami untuk khidmat rundingan dan tempahan cetakan. Kongsikan idea pembungkusan anda dengan wakil jualan kami dan kami akan sedia membantu.
Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]