
Dokumen Kekal Selamat dengan Sampul Peperiksaan Kukuh
Disember 1, 2022
Produk Roti Lebih Menyelerakan dengan Plastik Pembungkus Roti Khas
Disember 19, 2022HAIN® Packaging adalah pencetak dan pembekal beg plastik ziplock baju dan tudung. Kami menyediakan khidmat mencetak beg plastik zip untuk bermacam jenis baju dan tudung. Perkhidmatan kami terletak di Kuala Lumpur, dan kami bertekad untuk menjadi antara pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik di Malaysia.
Kami menyediakan pelbagai pilihan beg plastik zipper baju dan plastik ziplock tudung. Pelanggan boleh tempah mengikut kesesuaian dan jenama produk.

Plastik Ziplock Baju dan Tudung Unik
Kemasan Bertutup dan Lubang Udara
Seperti namanya, plastik ziplock baju mempunyai kemasan bertutup dengan kepala zip (slider top). Kadangkala, kepala zip ini datang dalam bentuk cincin. Kepala zip ini memudahkan beg plastik ziplock ditutup dengan hanya menarik zip kembali ke kedudukan asal. Dengan cara ini, kita boleh memastikan beg kekal bertutup dan baju atau tudung didalam tidak terkeluar. Beg berkepala zip cincin senang dipegang dan ditarik, dan mudah disimpan dengan cara menggantung beg ke dinding.
Kemudian, beg plastik zipper baju kami memiliki lubang udara (vent hole) pada hujung bawah setiap beg. Ini membantu melepaskan lebihan udara dari pembungkusan selepas ditutup. Ciri ini menyenangkan penyimnapan helaian baju atau tudung. Udara dilepaskan melalui lubang ini tanpa perlu kerap membuka semula bungkusan yang telah tutup. Tambahan lagi, dengan ciri ini dapat mengurangkan saiz pembungkusan dan senang disimpan.

Penampilan Menarik dan Boleh Diguna Pakai
Selain itu, kebanyakan packaging ziplock dan plastik zipper baju mempunyai ruang cetakan yang besar dan luas. Pembungkusan sebegini mesra cetak, dan klien dapat menempah rekaan sendiri mengikut jenama dengan cetakan menyerlah dan berkualiti. Ciri-ciri ini juga membolehkan pelbagai perusahaan kecil atau besar mengukuhkan identiti dan kesedaran jenama mereka. Justeru, ini memberikan mereka peluang tambahan untuk mengiklankan produk mereka ke pasaran.
Fungsi zipper ini bermaksud beg ini boleh diguna pakai berulang kali. Pelanggan boleh menyimpan baju atau tudung, dan boleh dibawa keluar, dan simpan semula. Tambahan pula, plastik zipper tudung sebegini dibuat dengan bahan ringan. Ada dua jenis iaitu jenis plastik EVA frosted, atau jenis plastik PE lutsinar. Beg ini tidak mengambil ruang yang terlalu banyak dan mudah disimpan samada dirumah, di tempat kerja ataupun tempat simpanan.

Penyelesaian Pembungkusan Rapi
Di HAIN® Packaging, kami memahami kepentingan pembungkusan yang menarik dan praktikal untuk tujuan produk pakaian anda dikenali ramai. Kami menggunakan kepakaran pembungkusan dan cetakan plastik zipper baju kami demi memberikan khidmat yang terbaik pada semua klien di seluruh Malaysia.
Jika anda tidak pasti jenis beg plastik ziplock yang sesuai untuk rangkaian baju atau tudung anda, jangan risau. Anda boleh hubungi kami untuk khidmat rundingan dan tempahan cetakan. Kami sedia membantu, dan boleh juga kongsikan idea pembungkusan anda bersama kami. beg plastik bercetak kedai plastik perbezaan plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari KPDN, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Kelebihan Pembungkusan Ziplock untuk Perniagaan Anda
Beg ziplock menawarkan kemudahan yang tiada tandingan untuk kedua-dua perniagaan dan pengguna. Ciri boleh tutup semula membolehkan pelanggan membuka dan menutup pembungkusan berulang kali tanpa menjejaskan produk di dalamnya. Ini sangat bermanfaat untuk produk makanan yang dimakan dalam bahagian, seperti snek, buah-buahan kering, dan kopi. Simpanan kedap udara juga membantu mengekalkan kesegaran dan menghalang kelembapan daripada memasuki bungkusan.
Bagi perniagaan yang ingin meningkatkan kehadiran jenama mereka, beg ziplock cetakan custom memberikan peluang yang sangat baik. Dengan cetakan yang cerah pada bahan plastik berkualiti tinggi, produk anda akan menonjol di atas rak kedai dan meninggalkan kesan yang berkekalan. HAIN® Packaging menawarkan beg ziplock dalam pelbagai saiz, bahan, dan pilihan cetakan untuk memenuhi keperluan produk spesifik anda.
Soalan Lazim
1. Apakah kelebihan beg ziplock berbanding beg plastik biasa?
Beg ziplock mempunyai tutup boleh semula (resealable) yang membolehkan pembukaan dan penutupan berulang kali tanpa merosakkan kandungan. Ia juga memberikan perlindungan lebih baik terhadap kelembapan dan udara.
2. Apakah MOQ untuk Rangkaian Fesyen Lebih Bergaya dengan Plastik Ziplock Baj…?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit. Kami juga menawarkan pesanan dalam kuantiti yang lebih kecil untuk sampel dan ujian pasaran. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
3. Bolehkah Rangkaian Fesyen Lebih Bergaya dengan Plastik Ziplock Baj… digunakan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk?
Ya, beg ziplock kami sesuai untuk penyimpanan makanan di dalam peti sejuk dan juga freezer. Material PE yang digunakan tahan suhu rendah dan tidak mudah pecah.
4. Adakah Rangkaian Fesyen Lebih Bergaya dengan Plastik Ziplock Baj… boleh dicustom dengan logo syarikat?
Sudah tentu! Kami menyediakan perkhidmatan cetakan custom dengan sehingga 8 warna. Anda boleh mencetak logo, maklumat produk, dan reka bentuk eksklusif pada beg ziplock anda.



