Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan

Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas

5 Kelebihan Memilih Saiz Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk

April 4, 2023
Koleksi produk pembungkusan plastik untuk rujukan

Penghantaran Produk Lebih Selamat dengan Plastik Parcel Berkualiti

April 7, 2023
Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas

5 Kelebihan Memilih Saiz Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk

April 4, 2023
Koleksi produk pembungkusan plastik untuk rujukan

Penghantaran Produk Lebih Selamat dengan Plastik Parcel Berkualiti

April 7, 2023

Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan

Plastik Printing Murah

Plastik Printing Murah

Ada bermacam packaging untuk pelbagai jenis rempah masakan. Dari dahulu lagi, penggunaan rempah bukan saja untuk menyedapkan makanan. Ia juga boleh menjadi komponen penting dalam menjadikan sesuatu masakan itu mempunyai rasa tertentu.

Penggunaan balang kaca atau balang plastik keras antara pilihan popular untuk packaging pes makanan dan rempah. Namun, pembungkusan plastik masih juga menjadi pilihan ramai pengusaha kerana kosnya yang lebih rendah. Oleh sebab itu, penggunaan packaging plastik mudah tutup semula boleh membantu meningkatkan lagi mutu produk.

Disini, pemilik bisnes rempah masakan boleh tingkatkan lagi penampilan packaging anda sambil memberikan kesenangan pada pembeli. Inilah antara kelebihan pembungkusan custom khas.

Packaging Rempah yang Memudahkan Pembeli

packaging rempah
Pembungkusan standing pouch sesuai untuk produk rempah.

Stand-Up Pouch

Packaging standing pouch cetak antara pilihan unik dan sesuai untuk produk rempah masakan. Ia senang berdiri sendiri dan boleh dilengkapi dengan tutup kedap udara ziplock. Tambahan pula, pembungkusan ini diperbuat daripada material plastik atau gabungan plastik berlamina yang kukuh dan tahan koyak. Dengan kedua-dua fungsi ini, produk rempah dapat kekal segar dan bermutu. Ia juga dapat mengelakkan daripada dimasuki air, udara, atau bendasing luar.

Packaging rempah ini juga tampak kemas dan senang dipamerkan di rak pasaran. Pembeli boleh terus tertarik dengan rekabentuk kemas dan profesional, dengan ilustrasi jenama produk anda.

packaging rempah
Packaging 3-side seal ini juga boleh ditambah lubang penggantung untuk pameran rak gantung.

Three Side Seal

Selain itu, packaging jenis 3-side seal ini juga antara pilihan popular kebanyakan pengusaha rempah masakan. Ini kerana pembungkusan ini senang dikendalikan dan produk mudah dimasukkan ke dalamnya. Sama seperti stand-up pouch, gabungan plastik dan material lain menjadikan pembungkusan makanan berlamina ini kukuh dan selamat. Tambahan tutup kedap ziplock juga menjadikan packaging ini mudah digunakan oleh pembeli.

Mudah Digunakan dan Senang Disimpan

Dengan kedua-dua packaging ini sebagai pilihan pembungkusan anda, produk rempah masakan boleh kekal segar dan berkualiti. Ini kerana pembungkusan sebegini mudah disimpan dan tidak mengambil ruang yang banyak. Selain itu, tutup ziplock yang mudah digunakan menyenangkan pembeli dengan penyediaan memasak. Pembeli juga tak perlu bersusah untuk tutup semula dengan menggunakan sepit atau getah, atau pindahkan pada bekas berasingan.

Kepuasan Meningkat, Keyakinan Bertambah

Dengan packaging rempah yang mudah tutup semula, ia mampu meningkatkan kepuasan pembeli. Semua pembeli sukakan kesenangan apabila menggunakan sesuatu produk. Senang dipakai, senang disimpan; pembeli juga sanggup berbayar lebih untuk produk berkualiti tinggi. Jadi, dengan pembungkusan kemas, kukuh, dan mudah, pembeli akan bertambah yakin dengan produk anda.

Tingkatkan Mutu Produk Rempah dengan Packaging Berkualiti

Secara keseluruhannya, packaging yang kemas lagi memudahkan pembeli mampu meningkatkan lagi mutu produk rempah anda. Kepuasan dan keyakinan pembeli terhadap produk anda boleh meningkat, sekaligus mampu menyerlahkan lagi jenama anda di pasaran. Ia juga antara cara unik untuk menonjol dalam kalangan pesaing lain.

Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.

Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] beg plastik bercetak beg plastik ziplock pembekal pembungkusan Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari MIDA, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk. jenis plastik beg berdiri

Soalan Lazim

1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?

Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.

2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.

3. Bolehkah Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan dicustom mengikut keperluan bisnes?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.

4. Bagaimana cara membuat pesanan Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan?

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.

5. Adakah Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan selamat untuk kegunaan makanan?

Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?