Cetak Plastik Ziplock Berkualiti – Pilihan Kemasan Terbaik!
October 18, 2022Plastik Ziplock Baju Custom untuk Koleksi Pakaian yang Bergaya
October 18, 2022Pelbagai jenis plastik custom digunakan untuk tujuan packing rangkaian baju. Penggunaan plastik seperti plastik OPP dan ziplock semakin bertambah dalam perniagaan pakaian. Kebanyakan daripadanya dihasilkan menggunakan plastik yang ringan tapi kukuh; ringkas tapi sesuai untuk pembungkusan dan penyimpanan.
Sebagai pemilik bisnes, pembungkusan amat penting dalam melindungi mutu pakaian dan juga memberikan “first impression” yang baik pada pembeli. Tambahan pula, rangkaian baju anda akan nampak lebih berseri, lebih-lebih lagi bila dipaparkan di atas rak pameran.
Sebab itulah penggunaan plastik packing custom unik untuk baju boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda. Ini sekaligus dapat memajukan perniagaan anda dan memikat ramai pembeli.
Pilihan Plastik Packing Custom untuk Semua Jenis Pakaian
Sebagai pemilik bisnes baju, plastik packing custom anda boleh disesuaikan mengikut imej jenama anda. Pilih saiz plastik dan rekaan tersendiri; samada plastik lutsinar baju ataupun bungkusan dengan rekaan berwarna yang menyerlah. Selain itu, anda boleh berikan jaminan kesenangan dan keselesaan dengan cetakan arahan menyimpan dan membasuh, serta saiz baju.
Pertama, plastik OPP baju sangat sesuai untuk menampilkan koleksi pakaian. Pembungkusan jenis ini mempunyai pita pelekat (self-adhesive seal) yang senang dibuka, dan dapat membungkus baju dengan kemas. Kemudian, plastik ziplock baju memberikan anda pilihan kemasan tutup berlainan:
- tekan dan tutup (press-to-seal), atau
- tutup kepala zip (slider top)
Jenis plastik custom baju bertutup zipper cincin (ring zipper) juga memudahkan pemyimpanan dengan cara menggantung pada dinding.
Disamping itu, beg plastik custom beli-belah juga sesuai untuk tujuan packing baju dan pakaian lain. Antara beg cetakan plastik custom yang sesuai adalah:
- die-cut plastic bag: beg ini juga boleh ditempah cetak dengan tambahan kemasan tutup ziplock, untuk perlindungan tambahan
- soft loop plastic bag: pemegang lembut tapi kukuh, boleh menampung barang yang sedikit berat.
Kelebihan Pembungkusan Baju Berkualiti
Inilah antara kelebihan menempah custom plastik packing untuk rangkaian baju (dan pakaian lain).
- Perlindungan Pakaian: ia mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti tahan wap, udara, dan bendasing luar. Dengan itu, pakaian akan tahan lama dan tidak berbau hapak. Ini amat penting, lebih lagi dalam mengekalkan kualiti premium pakaian anda. Tambahan lagi, pakaian akan tahan lama dalam simpanan, samada simpanan stok mahupun simpanan peribadi pembeli.
- Ringan Tapi Kukuh: sangat ringan dan sesuai untuk pembungkus baju. Ia juga agak kukuh, tahan lasak, sesuai untuk penggunaan pelbagai perniagaan. Selain itu, ia dapat melindungi baju dari rosak atau berhabuk. Produk anda dijamin selamat di rak pameran atau dalam penghantaran dari pembekal ke penjual.
- “Pengiklanan” Unik: plastik sebegini boleh dicetak, dan ruang agak luas memberikan anda banyak peluang penjenamaan. Dengan mereka bentuk pembungkusan dan sesuaikan mengikut jenama dan produk, anda memberikan keunikan tersendiri yang hanya jenama anda saja ada. Produk anda juga boleh “diiklankan” di pasaran dan menarik perhatian pembeli diluar.
- Kemudahan Penyimpanan: semua pembeli (dan peniaga) mahukan kesenangan dan kemudahan dalam rutin harian mereka. Aspek boleh tutup semula dalam plastik packing ziplock custom memudahkan penyimpanan baju. Selain penyimpanan pakaian, beg itu sendiri senang disimpan di mana-mana. Pembungkusan ini tidak mengambil ruang yang terlalu banyak.
Penyelesaian Pembungkusan yang Sesuai
Ringkasnya, plastik packing custom amat penting bagi pengusahaan baju dan pakaian lain. Ia penting dalam memasarkan jenama anda di pasaran dan memajukan perusahaan anda. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kualiti pakaian anda dan membantu meningkatkan kepuasan pembeli.
Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, kami di HAIN® Packaging sentiasa berusaha memastikan setiap rangkaian bungkusan plastik kami menepati citarasa pemilik jenama, dan ciri-ciri keselamatan. Bukan saja plastik packing baju, kami juga menyediakan khidmat cetakan pelbagai jenis pembungkusan plastik lain untuk bermacam jenis perusahaan.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]