MOQ dan Kepentingannya dalam Tempahan Khas Plastik Bungkusan
February 28, 20235 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Jenama Anda
March 1, 2023Sudah menjadi kebiasaan bagi kita melihat roti kegemaran kita dalam plastik bungkus di pasaran, dan juga dalam pembungkusan cetak istimewa. Secara am nya, setiap pembungkusan bertujuan untuk melindungi dan mengekalkan kualiti dan kesegaran roti.
Pembungkusan adalah amat penting, lebih-lebih lagi bagi setiap pengusaha perusahaan roti ataupun pemilik bakeri dan kafe. Produk roti perlu sentiasa kekal segar dan berkualiti; dari saat ia dikeluarkan daripada ketuhar hinggalah sampai ke pasaran umum untuk semua pembeli.
Sebagai pemilik bisnes, anda bernasib baik: disini, anda ada bermacam jenis cara untuk menyerlahkan lagi produk anda. Malah, plastik bungkus biasa bukanlah satu-satunya pilihan yang ada untuk roti anda. Inilah kelebihan pembungkusan fleksibel (flexible packaging), dimana semua aspek rekaan ada dalam tangan anda.
Ada beberapa cara anda boleh tingkatkan lagi mutu produk dan jenama anda dengan plastik pembungkus roti yang berkualiti.
Gabungan Kertas dan Plastik
Dengan peningkatan produk roti artisanal, pembungkusan kertas dengan sisi “side gusset” makin kerap digunakan. Ada juga dengan tambahan lapisan plastik sebagai “tingkap” untuk pamerkan produk mereka dengan jelas.
Tidak kira jenis roti anda, plastik bungkus dengan gabungan kertas dan sisi “side gusset” sesuai untuk pembungkusan dan penyimpanan. Sesuai untuk pelbagai jenis roti, dan anda juga boleh tentukan saiz pembungkusan itu sendiri.
Cuba Sesuatu yang Baru untuk Roti
Mungkin pilihan ini agak baru untuk kebanyakan pemilik bakeri atau bisnes roti lain. Tetapi “flexible packaging” seperti standing pouch cetak sudah menjadi pilihan ramai dalam industri pembungkus plastik makanan. Ia diperbuat daripada gabungan lapisan plastik berlamina yang kukuh dan lebih tahan lasak.
Produk roti anda boleh memanfaatkan plastik bungkus berlamina ini. Konsep pembungkusan “stand-up pouch” roti mungkin nampak lain tapi ia juga dapat dijadikan alat “pemasaran” yang unik dan sedikit istimewa. Lagipun, bukan selalu kita nampak produk roti dibungkus dalam stand-up pouch yang senang disimpan dan digunakan.
Beg Plastik Cara Klasik yang Masih Disukai
Jika anda sukakan pembungkusan yang lebih senang dikenali, plastik bungkus roti biasa masih kekal pilihan terbaik. Pembungkusan lutsinar seperti plastik OPP roti dan plastik jenis PE adalah pilihan yang menjimatkan kos. Ia juga diperbuat daripada material yang berkualti dan mampu mengekalkan kualiti roti anda.
Anda boleh sesuaikan dengan penambahan pita pelekat sendiri (self-adhesive seal) untuk pembungkusan mudah. Tambahan pula, pembungkusan jenis center seal bag juga sesuai untuk pembeli yang sentiasa sibuk dengan rutin harian.
Kemasan Tutup Semula untuk Kepuasan Hati Pembeli
Disamping itu, plastik bungkus dengan tambahan kemasan tutup semula seperti ziplock dapat meningkatkan lagi kualiti roti. Dengan itu, pembeli tidak perlu menyimpan semula dengan cara yang merumitkan. Selain logo jenama, anda juga boleh mencetak maklumat penting seperti bahan ramuan, cara penyimpanan, dan juga cadangan resipi. Ini sekaligus mendorong kepuasan hati pembeli dan juga meningkatkan lagi jenama anda.
Cetak Plastik Bungkus Roti Anda dengan Kami
Ringkasnya, ada pelbagai cara untuk anda tingkatkan pembungkusan roti anda dengan penggunaan plastik bungkus. Anda boleh kekalkan kualiti produk anda dengan pembungkusan unik dan berkualiti sambil meningkatkan kepuasan hati pembeli baru dan sedia ada.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi. Selain plastik roti, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]