Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berlamina
January 26, 2023Pembeli Senang Hati, Produk Lebih Dikenali dengan Ziplock Plastik
January 27, 2023Bermacam jenis kerepek sudah berada dalam pasaran, dan dalam pelbagai rupa packing dan plastik bungkus. Tak kira masa dan dimana saja, kita tentu terdorong untuk mengunyah kerepek dan snek lain sambil menyiapkan kerja, bersantai, atau sebagai alas perut. Gaya hidup ini juga dapat disokong dengan pembungkusan snek yang baik.
Dewasa ini, rutin harian kita selalu penuh dengan kesibukan. Ramai pengguna sekarang mencari alternatif makanan ringan yang pantas dan mudah. Tambahan pula, mereka yang sentiasa sibuk barangkali akan mengunyah snek sepanjang hari sambil menyiapkan urusan harian mereka.
Plastik Bungkus Kerepek Ideal
Sebagai usahawan snek seperti kerepek, adalah penting untuk kita sedar akan kepentingan plastik bungkus packing yang baik. Oleh sebab itu, plastik seperti standing pouch adalah sesuai untuk produk kerepek anda. Dan dengan tambahan kemasan yang mudah tutup semula seperti ziplock, ia menjadi lebih bernilai pada anda dan pembeli anda diluar.
Ini antara kelebihan cetak standing pouch untuk plastik packing produk kerepek anda.
Kedap Udara dan Tahan Tumpah
Plastik packing bertutup ziplock direka khas dengan ciri-ciri kedap udara dan dapat mengelakkan kerepek terkeluar. Ia dapat membantu mengekalkan kesegaran produk anda dan tingkatkah tempoh jangka hayat produk. Kemasan kedap udara inilah yang boleh mengelakkan wap atau udara dari masuk. Sekaligus ia dapat mengelakkan produk kerepek daripada menjadi lemau.
Rekabentuk Berdiri yang Unik
Disamping itu, pembungkusan stand-up pouch datang dengan rekabentuk berdiri yang unik. Plastik bungkus jenis ini sesuai untuk produk kerepek, kerana ia mudah disimpan dan mudah diambil. Ia boleh berdiri sendiri dalam almari ataupun rak, dan tidak mengambil ruang yang terlatu banyak. Sekaligus, pembeli senang melihat produk kerepek yang tersimpan dan boleh terus menikmatinya.
Ringan dan Mudah Dibawa
Seperti dikatakan sebelum ini, ramai pengguna sibuk dengan rutin harian mereka samada yang bekerja atau belia yang masih bersekolah. Plastik packing kerepek bentuk ini amat sesuai untuk pengguna sebegini. Material yang digunakan adalah ringan tapi masih kekal kukuh dan selamat. Pembungkusan ini amat sesuai dibawa kemana-mana, senang dibawa dalam beg. Oleh sebab ia ringan jugalah, penghantaran produk dari pembekal ke pasaran menjadi mudah.
Senang Dibuka dan Tutup
Kesenangan pengguna adalah antara fokus penting dalam pembungkusan produk, terutamanya makanan. Disinilah kelebihan kemasan bertutup seperti ziplock nampak ketara. Dengan fungsinya yang mudah tutup semula, ia dapat mengelakkan tumpah dan bersepah. Plastik bungkus ini amat sesuai untuk produk kerepek yang rangup dan senang berderai.
Pelbagai Pilihan Saiz
Dalam aspek ini, anda sebagai pemilik bisnes boleh tentukan sendiri ikut citarasa anda. Bungkusan jenis stand-up pouch boleh datang dalam pelbagai saiz, sesuai untuk bermacam jenis snek. Pembungkusan ini amat ideal kerana ia sangat fleksibel dan senang disesuaikan bersama produk. Samada kerepek besar atau kecil, tebal atau nipis, anda boleh pilih saiz plastik bungkus yang sesuai.
Packing Kerepek yang Ideal untuk Jenama Anda
Ringkasnya, plastik packing jenis stand-up pouch amat sesuai untuk bungkus produk kerepek anda. Tambahan lagi dengan fungsi tutup ziplock, ia dapat mengekalkan mutu produk kerepek dan kekal segar, rangup dan lazat. Pengguna juga akan puas hati dengan fungsi pembungkusan ini yang mudah, sesuai dengan gaya hidup mereka.
Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi.
Kami menawarkan kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami dengan pelbagai pilihan pembungkusan dan beg plastik. Kesemuanya boleh disesuaikan dengan citarasa dan imej jenama anda, serta jenis produk anda.
Jika anda pemilik perniagaan mencari pembekal dan kilang pencetak pembungkusan yang berpengalaman di Malaysia, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11-6987 2289
Email: [email protected]