Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Roti Anda
February 28, 2023Produk Makanan Frozen Kekal Selamat dengan Packaging Berkualiti
March 6, 2023Penggunaan plastik bungkus sudah serasi dengan banyak perusahaan. Tambahan pula, pembungkusan fleksibel atau “flexible packaging” adalah antara penyelesaian plastik bungkus yang semakin popular. Ia sangat serba boleh dan boleh diguna pakai oleh ramai pemilik perniagaan dalam bermacam sektor. Dari sektor makanan (pilihan paling popular), hingga ke penggunaan produk penjagaan; pembungkusan ini sudah mula “menguasai” pelbagai industri.
Disamping itu, ada banyak kelebihan bagi para usahawan menggunakan plastik bungkus fleksibel. Ini termasuk penjimatan pelbagai kos, disamping menaikkan seri produk anda.
Ini antara lima cara plastik bungkus boleh membantu anda sebagai pemilik bisnes.
Pengurangan Kos Bahan
Plastik bungkus, samada jenis fleksibel seperti stand-up pouch atau plastik ziplock, atau beg beli belah tidak terlampau tebal. Berbanding gelas, besi ataupun kotak, ia selalunya menggunakan plastik atau gabungan plastik berlamina yang ringan tapi kukuh. Pengurangan ini bermaksud anda boleh berjimat dalam kos bahan pembungkusan.
Kos Penyimpanan Lebih Rendah
Plastik bungkus seperti beg beli belah tidak memerlukan ruang yang terlalu banyak. Berbanding plastik tebal atau kotak besar, ia meberikan kemudahan penyimpanan. Dalam masa yang sama, anda juga boleh menyimpan lebih banyak barang atau stok lain dalam ruang tersusun yang sama. Ini sekaligus mengurangkan kebarangkalian penambahan kos penyimpanan dalam gudang.
Meningkatkan Jangka Hayat Produk
Plastik bungkus dengan kemasan ziplock yang boleh tutup semula mampu meningkatkan jangka hayat produk anda. Selain itu, ciri-ciri perlindungan membantu mengelakkan daripada terdedah dengan wap, udara atau cahaya. Ini juga mendorong kepada pengurangan pembaziran dan stok yang tidak dapat dijual. Produk makanan boleh kekal segar, dan rangkaian pakaian boleh kekal berseri dan tidak berbau hapak.
Peningkatan dalam Kecekapan (Efficiency)
Selain itu, plastik bungkus fleksibel dan beg beli belah senang diurus dan diguna pakai. Ia dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga kerja yang biasanya diperlukan untuk operasi pembungkusan. Sekaligus, pemilik bisnes boleh meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menyeluruh.
Penambahbaikan Jenama
Satu lagi kelebihan pembungkus plastik fleksibel: anda sebagai pemilik bisnes boleh tentukan reka bentuk corak dan desain pembungkusan anda. Dengan ruang cetakan yang menyeluruh, anda boleh menyerlahkan lagi imej jenama anda di pasaran. Pembungkusan yang unik dan menarik perhatian mampu memikat hati pembeli baru dan sedia ada.
Penyelesaian Plastik Bungkus Berkualiti yang Berpatutan
Ringkasnya, anda dapat menikmati penjimatan yang menyeluruh dengan plastik bungkus jenis fleksibel dan juga beg beli belah yang ringkas tapi serba boleh. Bukan itu saja, pembungkusan anda juga mampu menarik perhatian pembeli berpotensi dan juga menaikkan lagi jenama anda antara pesaing lain.
Di HAIN® Packaging, kami memberikan yang terbaik dalam khidmat percetakan pembungkusan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11-6987 2289
Email: [email protected]