Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berlamina

Food Packaging
Pembekal Plastik Bungkusan Diyakini untuk Bisnes Makanan di Johor
January 26, 2023
plastik bungkus kerepek
5 Sebab Kenapa Standing Pouch Sesuai untuk Plastik Bungkus Kerepek
January 27, 2023
Food Packaging
Pembekal Plastik Bungkusan Diyakini untuk Bisnes Makanan di Johor
January 26, 2023
plastik bungkus kerepek
5 Sebab Kenapa Standing Pouch Sesuai untuk Plastik Bungkus Kerepek
January 27, 2023

Produk Makanan Kekal Tahan Lama dengan Pembungkusan Berlamina

Bungkusan makanan berlamina antara penyelesaian pembungkusan yang inovatif. Ia menggunakan bahan material yang teguh dan memiliki ciri-ciri perlindungan baik. Ia juga antara pilihan popular dalam kalangan pemilik perniagaan.

Stand Up Pouch Pembungkusan Makanan Laminated
Pembungkusan Makanan

Apakah Proses Laminating dalam Pembungkusan Berlamina?

Seperti namanya, pembungkusan makanan berlamina dihasilkan melalui proses “laminating”. Dua atau lebih lapisan pembungkusan digabungkan menggunakan ejen pengikat (bonding agent). Bahan lapisan ini mengandungi gabungan dua atau lebih material seperti kertas, plastik atau kerajang aluminium. Namun begitu, proses laminating ini dibuat bergantung kepada jenis produk yang akan dibungkus.

Pembungkusan makanan berlamina akan dicetak menggunakan Copper Cylinder for Rotogravture Printing. Cetakan di tengah lapisan bermaksud dakwat dicetak di tengah-tengah antara dua lapisan. Dalam kata lain, selagi dakwat di lapisan dalam tidak terhapus, produk makanan tidak akan terdedah dan kekal selamat. Ini adalah cara terbaik bagi keselamatan pembungkusan makanan, dan salah satu kelebihan ciri-ciri dwi-lapisan pada beg jenis ini.

Proses ini juga sesuai bagi jangka hayat produk berpanjangan dan kualiti produk berkekalan. Pembungkusan berlamina kebanyakannya digunakan untuk produk makanan manusia dan haiwan. Tetapi, kini ia juga boleh dipraktikkan pada sektor perusahaan bukan makanan. Contonhya, pemilik bisnes boleh menggunakan pembungkusan berlamina untuk produk makanan sedia dimakan dan makanan sedia dimasak seperti retort pouch mesra ketuhar. Selain itu, peniaga produk penjagaan peribadi dan kosmetik juga boleh memanfaatkan pembungkusan jenis ini.

Center Seal Bag Pembungkusan Makanan Laminated
Pembungkusan Makanan

Manfaat Pembungkusan Berlamina

Pembungkusan makanan berlamina mempunyai banyak kelebihan, menjadikannya sebagai pilihan utama usahawan dalam industri makanan.

Menambahbaik kekuatan pembungkusan: seperti dikatakan diatas, pembungkusan ini dihasilkan dengan menggabungkan dua atau lebih lapisan material. Ini sekaligus mengukuhkan struktur pembungkusan dan lebih tahan koyak dan risiko kerosakan lain.

Melindungi produk: dengan material pembungkusan yang kukuh, bermakna produk kekal selamat dalam proses pembungkusan, pengedaran, dan penyimpanan. Selain itu, ia dapat mengelakkan cahaya, wap, udara atau bendasing daripada mencemar produk makanan anda.

Makanan kekal segar: ciri-ciri keselamatan dan perlindungan pembungkusan ini dapat membantu usahawan mengekalkan kualiti produk makanan mereka. Kesegaran dan aroma boleh dikekalkan dan dijamin tahan lama.

3 Side Seal Bag Pembungkusan Makanan Laminated
Pembungkusan Makanan

Penyelesaian Pembungkusan Inovatif

Ringkasnya, penggunaan pembungkusan berlamina dapat menjamin kualiti produk makanan anda dan kekal selamat dan segar. Dengan ciri-ciri perlindungan baik, ia juga dapat menjamin kepuasan hati pembeli anda.

Di HAIN® Packaging, kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama makanan anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berlamina berkualiti tinggi. Kami menawarkan kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami dengan pelbagai pilihan pembungkusan dan beg plastik. Kesemuanya boleh disesuaikan dengan citarasa dan imej jenama anda, serta jenis produk anda.

Jika anda pemilik perniagaan mencari pembekal dan kilang pencetak pembungkusan yang berpengalaman di Malaysia, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone: +60 11-6987 2289

Email: [email protected]