Supplier Packaging Makanan Berkualiti – HAIN Packaging
May 5, 2021Dapatkan Harga Plastik Ziplock Makanan Terbaik di HAIN Packaging
May 5, 2021Sebagai pemilik perniagaan produk makanan, anda mesti sedia maklum tentang pentingnya plastik pembungkus untuk semua produk. Pembungkusan memainkan peranan yang amat penting dalam setiap perniagaan dan perusahaan. Dan penggunaan plastik bungkus sudah tidak asing lagi bagi semua pemilik bisnes makanan.
Penggunaan plastik sebagai pembungkus makanan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding pembungkusan tradisional seperti kertas atau tin. Pertama, ia lebih kukuh dan tahan lasak walaupun material yang digunakan adalah ringan. Sesetengah pembungkusan seperti tin dan gelas lebih mahal untuk dihasilkan, sekaligus menjadikan plastik sebagai penyelesaian bungkusan jimat kos.
Tapi kelebihan pembungkusan makanan tidak terhad kepada itu sahaja. Ini antara beberapa kelebihan mencetak khas plastik pembungkus untuk produk makanan anda tersendiri.
Pengiklanan Bijak dan Unik
Cetakan khas plastik pembungkus makanan boleh dijadikan cara pengiklanan bijak dan unik untuk jenama anda. Packaging custom boleh digunakan berulang kali tanpa perlu penambahan kos lain. Selain itu, ia satu pelaburan baik untuk pengusaha kecil dan sederhana. Ini kerana rekabentuk pembungkusan anda juga imej jenama anda untuk menarik perhatian pembeli baru dan sedia ada.
Perlindungan Kualiti Produk
Disamping itu, plastik pembungkus makanan cetakan khas juga memberikan perlindungan tambahan dan mengekalkan kualiti produk anda. Gabungan bahan plastik dan lapisan berlamina menjadikan pembungkusan ini kukuh dan tahan lasak. Ia juga melindungi produk makanan dari terdedah dengan faktor luaran dan menambah baik jangka hayat produk. Sesetengah pembungkusan juga boleh direka mengikut bentuk produk itu sendiri serta ditambah kemasan tutup kedap udara seperti ziplock. Ini sekaligus dapat melindungi produk daripada rosak ataupun cepat basi.
Penampilan Produk Lebih Menyerlah
Selain itu, plastik pembungkus cetakan tersendiri boleh meningkatkan penampilan produk makanan anda di pasaran. Pembungkusan memainkan peranan yang amat penting dalam menarik perhatian pembeli serta mempengaruhi pembelian mereka. Oleh itu, pemilik bisnes boleh mengambil kesempatan dengan mereka bentuk pembungkusan yang unik dan menepati imej jenama tersendiri. Ini kerana pembeli akan melihat pembungkusan terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa produk.
Plastik Pembungkus Makanan yang Berkualiti
Ringkasnya, dengan mencetak khas plastik pembungkus makanan untuk produk anda, ternyata dapat memberikan kelebihan buat setiap pemilik bisnes dan usahawan. Ini termasuk penampilan produk lebih baik, perlindungan kualiti produk lebih efisien, dan juga pengiklanan bijak.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi. Selain plastik pembungkus makanan, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai packaging plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]