3 Jenis Plastik Bungkus Unik untuk Produk Kurma Tersendiri
March 10, 2023Majukan Lagi Perniagaan Anda dengan Beg Plastik Jenama Tersendiri
March 13, 2023Banyak perniagaan rempeyek sudah muncul di pasaran umum dan setempat, dengan produk mereka dalam plastik bungkus atau packaging tersendiri. Ia antara snek kegemaran rakyat Malaysia, sama popular dengan kerepek pisang. (tapi penulis lebih gemarkan kerepek pisang) Rempeyek menjadi kudapan ramai, samada di kenduri, rumah terbuka, ataupun waktu minum petang.
Tidak dinafikan ramai antara kita yang suka mengunyah snek sambil menjalankan kerja, belajar, ataupun menonton rancangan kegemaran. Snek seperti rempeyek dalam plastik bungkus biasa menjadi norma perniagaan, tapi dengan packaging unik ia boleh meningkatkan lagi kepuasan pembeli.
Sekarang, pembungkusan fleksibel atau “flexible packaging” menjadi pilihan ramai pengusaha makanan. Sesetengah balang plastik yang keras mengambil ruang yang banyak untuk disimpan; dan kadang kala penutup yang tidak cukup ketat boleh mengakibatkan produk menjadi lemau. Sebab itulah, packaging bungkus yang diperbuat daripada lapisan plastik ringan dan kukuh boleh melindungi kualiti rempeyek anda.
Tapi bukan itu saja manfaatnya. Ada beberapa lagi kelebihan packaging fleksibel dijadikan plastik bungkus rempeyek anda.
Kualiti Produk Kekal Terjamin
Packaging seperti standing pouch cetak dan 3-side seal bags antara pilihan bagus untuk rempeyek. Ini kerana ia datang dengan kemasan kedap udara ziplock, selain diperbuat daripada lapisan plastik dan aluminium. Pembungkusan makanan berlamina ini kukuh, tahan koyak dan boleh melindungi produk anda. Sambil itu, pembungkus plastik makanan jenis ini juga boleh meningkatkan jangka hayat produk lebih lama.
Kepuasan Pembeli Meningkat
Ramai pembeli inginkan kesenangan dan kemudahan bila menggunakan sesuatu produk. Ini juga termasuk setiap kali mereka menikmati makanan kegemaran. Dengan plastik bungkus fleksibel, rempeyek senang disimpan tanpa perlu mengikat plastik ataupun pindahkan ke bekas lain. Ia juga ringan dan senang dibawa ke mana-mana.
Penjenamaan Menarik dan Unik
Pembeli akan mengingati sesuatu produk dengan lebih senang melalui pembungkusan. Kebanyakan pembungkusan adalah mesra cetak, dan ini boleh menberikan banyak kelebihan untuk anda. Packaging rempeyek anda akan nampak lebih menarik dengan cetakan khas dengan corak menyerlah pada plastik bungkus. Tingkatkan penjenamaan anda; daripada pelekat label biasa, tukar kepada corak bungkusan menyeluruh yang betul-betul menggambarkan jenama anda.
Penampilan Produk Lebih Cantik
Walaupun sekadar snek, kita juga mahukan produk kita nampak cantik dan profesional. Sebab itulah, anda boleh sesuaikan packaging rempeyek anda mengikut citarasa dan imej jenama anda. Pilih saiz, desain, dan pilihan warna untuk pembungkusan anda yang boleh memikat hati penggemar rempeyek.
Packaging Plastik Rempeyek Berkualiti Tinggi
Ringkasnya, dengan tempah cetakan plastik custom untuk packaging rempeyek, anda sudah mempunyai kelebihan dalam kalangan pesaing di pasaran. Anda dapat mengiklankan produk anda dengan lebih baik dengan pembungkusan yang menjamin kualiti makanan, kesenangan, dan kepuasan hati para pembeli.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi. Selain packaging rempeyek, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]