Packaging Rendang yang Mudah dan Menarik Perhatian Ramai
March 29, 20235 Kelebihan Memilih Saiz Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk
April 4, 2023Penyediaan makanan boleh menjadi lebih mudah apabila produk pes masakan anda dibungkus dalam packaging yang mudah dan senang.
Pelbagai jenis makanan sudah mempunyai pes masakan dalam packaging tersendiri. Sebelum ini, penyediaan makanan kadang kala boleh jadi rumit dan mengambil masa lama untuk sediakan bahan masakan. Sekarang, dengan inovasi makanan, hampir semua jenis makanan boleh disediakan dengan cepat dan mudah.
Pes makanan untuk bermacam juadah sudah ada di pasaran, dari packaging kambing perap, packaging sambal hitam, hingga ke packaging rendang. Selain membantu memberikan penampilan produk lebih menarik, ia juga mampu mengekalkan kualiti dan kesegaran produk.
Sebagai pemilik perusahaan makanan, pasti anda inginkan packaging pes masakan yang menarik dan berkualiti. Dengan pembungkusan makanan unik, jenama anda boleh menonjol lebih dalam kalangan pesaing lain.
Apa Jenis Packaging Sesuai untuk Pes Makanan?
Pembungkusan fleksibel, atau flexible packaging, sudah makin terkenal dalam industri makanan dan pembungkusan produk. Oleh itu, berikut adalah antara jenis packaging yang anda boleh pertimbangkan untuk produk pes masakan anda.
Three-side seal bag
Pembungkusan makanan jenis 3-side seal ini antara pilihan utama ramai pengusaha produk pes makanan. Ia datang dengan sisi bertutup tiga penjuru yang kukuh. Tepian kecil “notch” senang koyak membantu memudahkan penggunaan produk. Selain itu, anda boleh tambah tutup kedap ziplock yang senang ditutup semula. Ia juga memudahkan penyimpanan dan tak perlu simpan dalam bekas lain.
Plastik bungkus ini diperbuat daripada plastik atau gabungan plastik berlamina. Ia kukuh, tahan koyak, dan mampu melindungi produk anda dari terkena wap air, udara, cahaya, atau bendasing luar. Sekaligus, ia menjadikan packaging makanan yang sesuai untuk produk pes masakan.
Stand-up pouch
Satu lagi pembungkusan yang sesuai untuk packaging pes masakan ialah stand-up pouch. Ia senang berdiri sendiri dan nampak lebih menyerlah di pasaran. Ia juga diperbuat daripada plastik atau gabungan plastik berlamina. yang kukuh. Pembungkusan ini juga mudah digunakan, mudah disimpan dan tak mengambil banyak ruang. Selain itu, kualiti produk juga terjamin dengan adanya kemasan tutup kedap ziplock.
Senang dan Mudah, Pembeli Yakin dan Puas Hati
Kedua-dua jenis pembungkusan diatas boleh disesuaikan mengikut citarasa dan imej jenama produk anda. Sebagai pengusaha, pilihan ada dalam tangan anda: pelbagaikna saiz, pilih warna unik, dan rekabentuk grafik yang memikat.
Anda juga mampu mengiklankan produk pes masakan anda melalui packaging makanan yang menarik perhatian pembeli. Dengan kesenangan penggunaan, pembeli akan lebih puas hati dan yakin dengan kualiti produk anda. Disitulah anda mampu menaikkan dan menambah baik jenama anda.
Produk Lebih Terkenal dengan Pembungkusan Memikat
Secara ringkas, produk makanan dan pes masakan anda boleh bertambah terkenal di pasaran dengan packaging unik dan mudah digunakan. Kepuasan pembeli tentu terjamin dengan memberikan mereka kesenangan dan keselesaan menggunakan produk anda. Dari situ, pembeli akan lebih yakin dengan produk anda dan akan mengesyorkan pada rakan-rakan mereka.
Anda boleh hubungi kami di HAIN® Packaging untuk mendapatkan khidmat cetakan pembungkusan yang berkualiti untuk tingkatkan lagi penjenamaan anda. Untuk maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda, rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram.
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]