5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Jenama Anda
March 1, 20233 Packaging Menarik untuk Daging Dendeng Lazat dan Bermutu
March 6, 2023Ada bermacam jenis produk makanan frozen sudah didapati di pasaran dalam pelbagai packaging, termasuk karipap dan ketupat palas. Samada untuk minum petang, di bulan puasa ataupun untuk rumah terbuka, ia antara juadah yang senang dihidang dan tetap lazat.
Kebanyakan pemilik bisnes tidak begitu kisah tentang packaging, terutamanya untuk produk makanan frozen. Produk seperti karipap dan ketupat palas frozen selalunya ringkas dengan bungkusan plastik kedap biasa dan label pelekat. Samada dengan desain ringkas ataupun rekaan menyeluruh, pembungkusan amat penting dalam melindungi produk makanan.
Apa Jenis Packaging Sesuai untuk Makanan Frozen
Packaging frozen mesti kukuh tapi fleksibel untuk melindungi produk makanan di dalam. Ia perlu mampu bertahan suhu melampau dalam peti sejuk beku (freezer). Selain itu, packaging untuk produk seperti karipap atau ketupat palas frozen mesti memberikan kesenangan pada pembeli. Antaranya:
- mudah diisi dan ditutup
- senang disimpan
- tahan wap, air, dan minyak
- dibuat dengan material tahan lasak
Selalunya, plastik jenis PE sesuai untuk pembungkus plastik makanan frozen. Disamping itu, berikan kelainan yang unik untuk pembeli dengan menggunakan packaging jenis standing pouch cetak untuk makanan frozen anda. Bukan saja nampak menarik, tapi juga dapat mengekalkan kualiti makanan dan mengelakkan daripada tumpah atau terkena “freezer burn”.
Kelebihan Packaging Custom untuk Produk Frozen
Tidak kira makanan frozen seperti karipap, ketupat palas, mahupun pau, packaging yang berkualiti dan memudahkan pembeli adalah yang terbaik.
Ini antara kelebihan lain plastik bungkus makanan frozen fleksibel.
Ruang Menyimpan yang Menjimatkan
Peti sejuk beku perlukan banyak ruang penyimpanan untuk pelbagai jenis makanan. Dengan packaging frozen yang fleksibel dan ringan, makanan seperti karipap dan ketupat palas dapat disimpan dengan lebih tersusun. Malah, dengan tambahan tutup kedap udara seperti ziplock, produk mudah disimpan dengan selamat. Pembeli tak perlu lagi menukar bungkusan atau ikat dengan getah untuk simpan makanan mereka.
Pembungkusan yang Senang dan Mudah
Packaging makanan frozen bukan saja berfungsi untuk pembungkusan biasa. Ia juga boleh memberikan kesenangan dan kemudahan pembeli luar. Tambahkan ciri-ciri seperti “tear notch” mudah koyak dengan kemasan ziplock mudah tutup semula. Dengan itu, penyediaan makanan menjadi lebih senang dan tidak rumit. (lebih-lebih lagi untuk mereka yang suka makan tengah malam)
Produk Lebih Menyerlah di Pasaran
Ada pelbagai jenis produk sejuk beku di pasaran. Dengan packaging frozen cetakan khas, karipap atau ketupat palas kebanggaan anda boleh menonjol lagi di pasaran. Ruang pembungkusan yang luas membolehkan anda mereka bentuk packaging yang sesuai. Gunakan warna yang menyerlah atau desain yang menarik perhatian. Pelbagaikan saiz untuk lebih pilihan. Pembeli akan lebih tertarik dengan kepelbagaian dan keunikan produk frozen anda.
Packaging Khas dengan Pencetak Berpengalaman
Ringkasnya, makanan frozen terbaik anda perlukan packaging yang sama unik dan memikat hati. Samada karipap, ketupat palas mahupun aiskrim, packaging yang fleksibel dan kukuh boleh mengekalkan kualiti dan keselamatan produk frozen anda.
Di HAIN® Packaging, kami memberikan yang terbaik dalam khidmat percetakan pembungkusan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11-6987 2289
Email: [email protected]