Produk Makanan Frozen Kekal Selamat dengan Packaging Berkualiti
March 6, 2023Plastik Lut Sinar Berkualiti untuk Penampilan Produk Lebih Menyerlah
March 9, 2023Daging dendeng antara hidangan kesukaan kebanyakan rakyat Malaysia, dan sudah ada dalam pelbagai jenis packaging. Tidak kira cara penyediaannya, pembungkusan akhir memainkan peranan amat penting. Ini demi memastikan produk bukan saja kekal segar dan lazat, malah selamat dan tahan lama.
Ada pelbagai jenis pembungkusan yang sesuai dijadikan packaging daging dendeng. Dan sebagai pemilik perniagaan, anda boleh sesuaikan pembungkusan anda mengikut citarasa dan imej jenama anda. Inilah kelebihan mencetak plastik sendiri untuk produk anda.
Three-Side Seal
Produk daging dendeng anda boleh memanfaatkan packaging jenis 3-side seal. Seperti namanya, ia bertutup tiga sisi untuk memudahkan pembungkusan; makanan senang dituang ke dalam. Selain antara pembungkusan jimat kos, ia mempunyai ruang cetakan yang mencukupi untuk penjenamaan produk anda. Selain logo, anda juga boleh cetak resepi, ramuan dan juga cara penyediaan. Dengan ini, anda memberikan kesenangan dan kepuasan lebih untuk pembeli.
Selain itu, sesetengah bungkusan 3-side seal boleh datang dengan “tingkap” plastik lutsinar. Ini memudahkan lagi pembeli untuk lihat produk anda dengan jelas. Ia diperbuat oleh gabungan plastik berlamina aluminium untuk melindungi produk daripada wap, udara dan cahaya.
Retort Pouch
Plastik bungkus makanan tahan panas ini juga sesuai dijadikan packaging untuk daging dendeng. Ia diperbuat daripada material berlamina yang tahan panas dan sesuai untuk produk makanan. Juga dikenali sebagai “retort pouch”, ia direka khas untuk tahan suhu tinggi semasa proses mensteril makanan ataupun “retort process”.
Beg aluminium ini senang dibuka dengan sisi tepi yang memudahkan bungkusan dikoyak. Proses masakan juga senang dengan cara rendam dalam air mendidih atau dalam ketuhar gelombang mikro. Pembungkusan ini bukan saja boleh memberikan kesenangan pada pembeli, malah mengekalkan kualiti produk supaya tahan lebih lama.
Standing Pouch
Satu lagi pembungkusan yang unik untuk packaging daging dendeng adalah stand-up pouch. Dengan tambahan tutup ziplock, produk anda senang dipamerkan di rak, dan juga mudah disimpan. Pembungkusan ini tidak perlukan banyak ruang, sekaligus menjimatkan kos dan ruang. Selain itu, ia juga senang dihidang lebih-lebih lagi daging dendeng yang siap dimakan.
Pelbagai Packaging untuk Daging Dendeng Berkualiti
Secara kesimpulan, ada pelbaga cara untuk produk anda lebih menyerlah dan menarik perhatian pembeli. Samada 3-side seal, retort pouch ataupun standing pouch, daging dendeng anda boleh kekal lazat dan selamat dimakan dengan packaging tahan lasak.
Di HAIN® Packaging, kami memberikan yang terbaik dalam khidmat percetakan pembungkusan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11-6987 2289
Email: [email protected]