4 Kelebihan Mencetak Plastik Sendiri Boleh Menonjolkan Jenama Anda

packaging makanan kucing
Tarik Lebih Ramai Pembeli dengan Cetakan Plastik Custom Jenama Anda
October 28, 2022
plastik ziplock
Plastik Ziplock Makanan Malaysia: Kemasan Segar & Efisien
November 4, 2022
packaging makanan kucing
Tarik Lebih Ramai Pembeli dengan Cetakan Plastik Custom Jenama Anda
October 28, 2022
plastik ziplock
Plastik Ziplock Makanan Malaysia: Kemasan Segar & Efisien
November 4, 2022

4 Kelebihan Mencetak Plastik Sendiri Boleh Menonjolkan Jenama Anda

Di HAIN® Packaging, kami menyediakan perkhidmatan mencetak bungkusan plastik dengan rekaan unik dengan jenama anda sendiri. Kami memahami kepentingan pembungkusan yang praktikal demi menawan hati pelanggan dan menyerlahkan jenama anda. Jadi, kami menyediakan khidmat tempah plastik bercetak yang berkualiti kepada ramai usahawan dari pelbagai latar belakang perniagaan di Malaysia.

Mencetak bungkusan plastik sendri kadang kala boleh menjadi satu proses mencabar terutamanya bagi pemilik perniagaan. Jenis bungkusan plastik memainkan peranan penting dalam menghasilkan kemasan yang tampak profesional dan sesuai untuk produk tertentu. Pembungkusan plastik yang kemas dengan desain yang menarik dapat meningkatkan keterampilan jenama produk di pasaran.

Tak dinafikan bahawa mencetak bungkusan plastik sendiri tidak terhad kepada satu saiz dan rekaan sahaja. Disinilah anda sebagai usahawan boleh gunakan imaginasi dan idea untuk mereka bentuk pembungkusan plastik yang unik dan hanya jenama anda sahaja yang miliki. Dengan cara ini, produk anda pasti akan lebih menyerlah di pasaran luar dan juga pasaran online.

Ada bermacam jenis kemasan plastik yang anda boleh pilih untuk produk anda. Perusahaan makanan boleh memanfaatkan rangkaian Plastic Bungkus Makanan dan plastik bungkus makanan frozen. Untuk industri bukan makanan seperti pakaian, alatan kosmetik, aksesori atau farmasi, rangkaian plastik ziplock baju, beg plastik lutsinar dan beg plastik singlet amat sesuai untuk pelbagai gunaan.

4 Kelebihan Mencetak Bungkusan Plastik dengan Jenama Sendiri

Sebagai usahawan pelbagai industri, kita sedia maklum dengan pentingnya menampilkan produk kebanggaan kita dalam kemasan yang menarik dengan warna dan rekaan yang menawan hati pelanggan. Ini antara kelebihan mencetak bungkusan plastik dengan jenama anda tersendiri.

Perniagaan Meningkat dan Meninggalkan Kesan Berpanjangan

Dengan mecetak plastik bungkusan sendiri, anda dapat meningkatkan jualan anda d pasaran dan meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada pelanggan anda. Kebanyakan rangkaian poembungkusan plastik kami diperbuat daripada material yang kukuh dan tahan lasak seperti plastik berlaimna dan plastik jenis PE.

Pembungkusan ni dapat menbantu memastikan kualiti makanan dikekalkan dan jangka hayat produk tahan lama. Ini bermakna makanan anda akan kekal segar, produk kosmetik kekal berkualiti, pakaian tidak mudah berbau hapak, dan ubat-buatan kekal selamat. Dalam masa yang sama, pelanggan akan lebih yakin dan setia pada jenama anda juga.

Jenama Lebih Menonjol dengan “Pengiklanan Bergerak”

Selain itu, bila anda mencetak bungkusan plastik sendiri dengan rekaan unik yang menarik perhatian, anda dapat meningkatkan imej jenama anda dan lebih menonjol dalam kalangan pesaing anda. Pembungkusan anda juga boleh dijadikan sebagai “alatan” pengiklanan anda tersendiri. Bunyi seperti pelik, tapi benar!

Ini kerana pembungkusan sebegini selalunya boleh diguna pakai semula berulang kali, terutamanya beg plastik singlet dan jenis pemegang lembut atau soft loop plastic bag. Pelanggan anda pasti akan mengguna pakai semula beg plstik ini dan bawa bersama mereka. Dengan cara ini, jenama anda dapat pergi kemana-mana dan dapat menarik lebih ramai pelanggan baru, sekaligus diketahui oleh lebih ramai pembeli di luar sana.

mencetak plastik sendiri
mencetak plastik sendiri

Ciri-Ciri Mesra Cetak Bertambah Profesional

Bukan itu saja, ciri-ciri mesra cetak pembungkusan fleksibel menjadikan proses mencetak plastik sendiri bertambah mudah. Cetakan khas dapat memberikan produk anda penampilan lebih profesional, dan tampak lebih meyakinkan kepada pelanggan. Anda boleh mereka sendiri desain dan layout pembungkusan anda mengikut imej jenama anda. Ikut citarasa anda; rekaan minimum ataupun rekaan penuh berwarna.

Penyelesaian yang Berpatutan

Cetakan khas bungkusan plastik juga boleh menjimatkan kos anda. Anda dapat berjimat dalam kos pmebungkusan memandangkan beg plastik ini bleh diguna pakai semula. Ia dapat menbantu mengukuhkan keyakinan pembeli dan meningkatkan “brand exposure”, sekaligus keuntungan lebih bertambah.

Penyelesaian Ideal untuk Pembungkusan Anda

Dengan kata lain, para pengusaha dapat memanfaatkan kepentingan mencetak bungkusan plastik jenama sendiri. Anda dapat menonjolkan jenama anda dan mengekalkan keyakinan pembeli baru dan lama, serta menampilkan imej profesional untuk produk kebanggaan anda.

Kami di HAIN® Packaging sentiasa berusaha untuk menyediakan khidmat cetakan dan penghasilan beg plastik yang berkualiti demi membantu produk anda dikenali di pasaran terkini. Jika anda pemilik perniagaan mencari khidmat mencetak plastik sendiri yang diyakini, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kingsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

Mesij-Anda

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]