Kedai Pemborong Plastik Beg – Perkara Penting Yang Perlu Tahu

Kedai Plastik Kuala Lumpur – Pelbagai Pilihan Plastik Berkualiti
August 18, 2021
Plastik Jenama Sendiri
Tempah Plastik Jenama Berkualiti – HAIN Packaging
May 25, 2022
Kedai Plastik Kuala Lumpur – Pelbagai Pilihan Plastik Berkualiti
August 18, 2021
Plastik Jenama Sendiri
Tempah Plastik Jenama Berkualiti – HAIN Packaging
May 25, 2022

Kedai Pemborong Plastik Beg – Perkara Penting Yang Perlu Tahu

Apabila mencari pembekal plastik beg berkualiti, kedai pemborong plastik beg adalah pilihan yang bijak. Namun, sebelum membuat pembelian, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui untuk memastikan anda mendapatkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Pembekal Beg Plastik
Pembekal Beg Plastik
  1. Jenis Plastik:
    Kedai pemborong plastik beg biasanya menawarkan pelbagai jenis plastik seperti LDPE, HDPE, dan PP. Ketahui jenis plastik yang paling sesuai untuk kegunaan anda. LDPE sesuai untuk plastik bungkusan, manakala HDPE lebih tahan lasak untuk bebanan berat.
  2. Reka Bentuk Khas:
    Apakah anda memerlukan plastik beg dengan reka bentuk khas? Kedai pemborong yang berpengalaman akan mampu membantu anda menghasilkan plastik beg dengan reka bentuk yang sesuai dengan jenama atau kegunaan anda.
  3. Kualiti:
    Pastikan plastik beg yang anda beli memenuhi standard kualiti yang diperlukan. Kedai pemborong yang ber reputasi akan menyediakan plastik beg yang tahan lasak, tidak mudah koyak, dan sesuai dengan kegunaan anda.
  4. Kuantiti Minima:
    Beberapa kedai pemborong mungkin mempunyai keperluan kuantiti minima untuk tempahan. Pastikan anda memahami keperluan ini sebelum membuat keputusan.
  5. Harga yang Berpatutan:
    Pilih kedai pemborong yang menawarkan harga yang berpatutan tanpa mengorbankan kualiti. Bandingkan harga dari beberapa kedai sebelum membuat keputusan akhir.
  6. Penghantaran:
    Pastikan anda faham tentang kos penghantaran dan jangka masa penghantaran produk. Penghantaran tepat pada masanya adalah penting terutamanya jika anda memerlukan plastik beg untuk acara atau promosi khas.

Apabila mencari plastik beg berkualiti dan berpatutan, kedai pemborong plastik beg adalah pilihan yang baik. Ingatlah untuk mempertimbangkan jenis plastik, reka bentuk, kualiti, harga, serta perkhidmatan penghantaran sebelum membuat pembelian. Dengan membuat pilihan yang bijak, anda dapat memastikan bahawa plastik beg yang anda dapatkan sesuai dengan keperluan anda.

Kedai Pemborong Plastik
Kedai Pemborong Plastik Beg

Tips 1: Ketahui jenis bahan plastik yang anda inginkan

Ini adalah perkara yang paling asas untuk anda tahu sebelum anda pergi ke kedai pemborong plastik. Walaupun namanya beg plastik, tetapi sebenarnya terdapat pelbagai bahan yang berlainan yang digunakan untuk menghasilkan bungkusan plastik. Semuanya bergantung kepada jenis bungkusan plastik yang anda inginkan. Ada bahan plastik yangs esuai digunakan untuk kegunaan umum seperti pembungkusan produk atau dijadikan beg plastik untuk pelbagai jenis barangan. Terdapat juga beg plastik yang sememangnya direka khas untuk dijadikan lebih tahan lasak dan lebih tinggi tahap ketahannya. Ada juga bungkusan plastik yang mempunyai pelbagai kelebihan lain yang anda boleh pilih seperti mempunyai bahan pelekat atau ziplock.

Semua bungkusan plastik yang anda inginkan ini sebenarnya mempunyai satu perbezaan ketara iaitu bahan utama untuk membuatnya. Secara umum, ini adalah bahan-bahan yang selalu digunakan untuk membuat beg plastik yang anda boleh dapati di kedai pemborong plastik ialah Low-density Polyethylene (LDPE), High-density Polyethylene Polytylene (HDPE) dan Oriented Polyproplyne (OPP). Selalunya, Low-density Polyethylene (LDPE) dan High-density Polyethylene Polytylene (HDPE) digunakan untuk beg plastik biasa yang selau digunakan di pusat membeli belah dan kedai-ledai runcit. Manakala, beg plastik daripada bahan Oriented Polyproplyne (OPP) pula selalunya digunakan untuk beg plastik kurier dan pembungkus makanan (laminated food packaging).

Tips 2: Dimensi beg plastik di kedai pemborong plastik beg

Perkara kedua yang anda perlu ambil kira ketika pergi ke kedai pemborong plastik atau apabila bertanyakan quotation daripada mereka ialah dimensi beg plastik yang anda inginkan. Ada sesetengah produk mempunyai dimensi atau saiz yang sudah ditetapkan lebih awal. Ada juga pilihan yang sudah ditetpakan mengikut saiz S, M, L atau X. Sebahagian besar produk juga boleh dibuat mengikut permintaan anda dan saiznya boleh di buat secara custom made.

Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Untuk memudahkan anda, anda boeh mula memilih beg plastik di kedai pemborong ini dalam kalangan pilihan saiz yang sudah ditetapkan seperti S, M, L atau XL. Sekiranya anda memerlukan bungkusan plastik yang lebih besar atau memerlukan saiz yang lain, anda juga boleh menunjukkan produk anda kepada kedai pemborong plastik beg ini supaya mereka lebih mudah untuk membantu anda dalam membuat pilihan.

HAIN Packaging

Tips 3: Borong beg plastik yang boleh di custom made

Sekiranya anda seorang yang betul-betul komited dalam membangunkan jenama dan branding anda sendiri, semestinya anda lebih suka bungkusan plastik yang turut juga boleh menonjolkan jenama ini. Ada sestengah kedai pemborong plastik tidak boleh melakukan servis custom made ini, jadi semestinya untuk tujuan ini adalah lebih baik anda pergi ke kedai pemborong plastik yang boleh mengeluarkan beg plastik yang boleh di custom made ini dalam kuantiti pukal.

Selain itu, satu perkara lain yang anda turut perlu ambil kira semasa membuat pilihan sekiranya anda memerlukan servis printing atau cetakan di atas produk pembungkusan plastik ini. Perkara ini amatlah penting kerana anda pasti kecewa sekiranya anda sudah mempunyai design atau rekaan bungkusan yang sangat menarik tetapi apabila anda pergi ke kedai pemborong ini nanti, design anda tidak boleh dihasilkan pula. Perkara ini ialah keupayaan percetakan kedai tersebut untuk mencetak berapa jenis warna. Ada sesetengah kedai hanya boleh mencetak dengan pilihan 8 warna sahaja atau 10 pilihan warna sahaja. Ada juga yang lebih fleksibel dan pastinya mempunyai pilihan yang lebih banyak dengan pilihan sebanyak 16 warna!

Kedai Pemborong Plastik Beg – Perkara Penting Yang Perlu Tahu

Kedai Pemborong Plastik Beg – Perkara Penting Yang Perlu Tahu

Jadi, tepuk dada dan tanya lah selera anda. Kami harapkan tiga tips ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan sebelum memilih kedai pemborong plastik beg yang terbaik untuk membekalkan anda beg bungkusan plastik dalam kuantiti yang banyak serta berkualiti tinggi.

HAIN® Packaging adalah pembekal, kilang dan kedai cetak plastik murah yang berpengalaman dan dipercayai di Malaysia. Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran plastik bungkusan kami untuk menyediakan cetak plastic jenama sendiri dan perkhidmatan beg pembungkusan berkualiti tinggi dan kompetitif kepada pelanggan kami di seluruh Malaysia. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

HAIN® Packaging

No. B-6-3A, Streetmall, One South, Jalan OS,
Taman Serdang Perdana, Section 6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]