Tarik Lebih Ramai Pembeli dengan Packaging Plastik Makanan Menarik
January 11, 2023Maju Dengan Beg Plastik Bercetak Bermutu dari Pembekal yang Diyakini
January 15, 2023Di HAIN® Packaging, kami menawarkan perkhidmatan cetak packaging plastik dengan logo sendiri yang bermutu tinggi. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, kami sentiasa berusaha memastikan setiap rangkaian bungkusan plastik kami menepati citarasa pemilik jenama, dan ciri-ciri keselamatan. Ini kerana kami juga sedia maklum tentang kepentingan packaging yang unik bagi sesuatu perniagaan dalam menarik lebih ramai pelanggan.
Packaging cetak khas memainkan peranan yang penting dalam aspek memajukan perusahaan dan memasarkan jenama anda. Bungkusan plastik dengan cetak logo jenama dapat memberikan keterampilan yang lebih profesional buat produk anda. Bukan itu saja, ia juga boleh dipraktikkan sebagai cara pengiklanan jenama anda di pasaran.
Packaging Cetak Khas Boleh Majukan Jenama Anda? Ini Caranya.
Sebagai pemilik bisnes, adalah amat penting untuk produk kita dibungkus dengan pembungkusan rapi, selamat dan juga memikat. Jika anda masih tidak pasti, anda boleh pertimbangkan penyelesaian ini dari sudut pandangan pelanggan anda. Mereka pasti akan puas hati dengan produk anda. Tambahan lagi, kesetiaan jenama atau “brand loyalty” pasti akan meningkat juga.
Ini antara lima kelebihan packaging plastik dengan logo cetak anda tersendiri.
1. Penjenamaan Unik dengan Pelbagai Pilihan
Anda boleh reka bentuk packaging cetak anda tersendiri mengikut identiti jenama anda. Anda boleh pilih untuk cetak bungkusan plastik dengan logo jenama dan desain yang ringkas sahaja. Jika anda mahukan penjenamaan menyeluruh, desain anda boleh merangkumi keseluruhan bungkusan dengan warna yang menyerlah.
Selain itu, jika saiz bungkusan penting untuk produk anda, berikan juga pelanggan anda kuasa memilih yang lebih. Sesetengah pelanggan mungkin mahu mencuba produk saiz yang lebih kecil sebelum menggunakan produk yang lebih besar. Ini sekalugus memberikan lebih banyak pilihan untuk mereka membeli belah.
2. Jangka Hayat Produk Meningkat
Ini antara kelebihan packaging cetak sendiri yang amat penting bagi pemilik perniagaan dan pelanggan. Bungkusan anda boleh direka dengan menambah kemasan bertutup yang boleh buka dan tutup semula. Pembungkusan ini juga dikenali sebagai “recloseable packaging”. Selalunya bungkusan seperti plastik ziplock baju atau plastik ziplock makanan adalah pilihan yang terbaik.
Produk makanan dalam plastik boleh tutup semula boleh tahan lebih lama dan kekalkan kesedapan dan kesegaran. Pakaian dan tudung juga boleh tahan lama dan tidak berbau hapak dalam pembungkusan dengan kemasan ziplock. Dengan jenis bungkusan ini, banyak jenis produk dapat mengekal kualiti dan kesegaran, serta penampilan yang nampak baru.
3. Imej Jenama Lebih Menyerlah dengan Pengiklanan Kreatif
Selain itu, rekabentuk yang memikat pandangan (dan hati) dapat membezakan jenama anda daripada para pesaing, dan menyerlahkan imej jenama anda. Packaging plastik dengan cetak logo anda juga boleh dijadikan “alat” pengiklanan yang kreatif dan berguna.
Contohnya, pembungkusan yang memudahkan penyimpanan juga memudahkan rutin pelanggan. Ini bermakna mereka tidak perlu menyimpan produk anda dalam bekas atau bungkusan lain. Ini juga mendorong pelanggan untuk ingat produk anda dengan senang, kerana mereka sudah sedia maklum jenama anda dan jenis bungkusan.
4. Pengurangan Sisa Buangan
Ramai pelanggan sudah mula memiliki kesedaran pada alam sekitar, dan ini mempengaruhi corak dan tabiat pembelian mereka. Dengan cara mereka tersendiri, pelanggan sudah mula membuat keputusan lebih bijak setiap kali mereka beli belah.
Ini juga dapat dilihat dengan penggunaan packaging cetak tempahan khas. Seperti disebutkan diatas, pembungkusan yang memudahkan penyimpanan amatlah berguna. Ia dapat mengurangkan penggunaan pembungkusan tambahan yang tidak diperlukan. Tambahan pula, beg plastik yang boleh tutup semula boleh mengurangkan sisa pembuangan di kediaman rumah.
5. Ciri-Ciri Mesra Cetak Boleh Berikan Rupa Lebih Profesional
Tidak kira jenis rupabentuk, packaging tempahan khas sentiasa mesra cetak. Ciri-ciri ini dapat memberikan penampilan yang lebih profesional untuk perusahaan anda. Jenama anda akan nampak lebih diyakini dan lebih tersohor dengan aspek penting seperti bungkusan atau beg plastik dengan logo cetak tersendiri.
Rakan Pencetak Packaging Berpengalaman
Secara ringkasnya, bisnes anda boleh lebih maju dengan menempah cetak packaging plastik dengan logo tersendiri. Kualiti produk boleh dikekalkan, keselamatan terjamin, dan pelanggan anda akan bertambah puas dengan produk kebanggan anda.
Jika anda pemilik perniagaan mencari khidmat cetak packaging plastik jenama sendiri yang diyakini, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]