3 Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku Mampu Tonjolkan Jenama

mencetak plastik sendiri
4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Bercuti
April 7, 2023
laminate plastik makanan
Pouch Plastik Makanan: Cara Pemilik Bisnes Bantu Jimatkan Masa Masak
April 11, 2023
mencetak plastik sendiri
4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Bercuti
April 7, 2023
laminate plastik makanan
Pouch Plastik Makanan: Cara Pemilik Bisnes Bantu Jimatkan Masa Masak
April 11, 2023

3 Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku Mampu Tonjolkan Jenama

Ada bermacam produk makanan sejuk beku dalam pelbagai cara pembungkusan. Ini juga termasuk trend terkini produk makanan berasaskan tumbuhan. Tak kira apa jenis produk, makanan sejuk beku mudah disediakan untuk bila-bila masa.

Kebanyakan pemilik bisnes makanan sejuk beku tidak memikirkan sangat tentang cara pembungkusan produk. Sesetengah packaging makanan frozen hanya menggunakan plastik biasa dengan pelekat logo syarikat. Tapi pembungkusan yang baik bukan saja dapat mengekalkan kualiti produk makanan saja. Bahkan ia mampu membantu anda memberikan produk anda penampilan lebih memikat.

Pembungkusan Makanan Sejuk Beku Sesuai

Ia melibatkan pengekalan kualiti dan kesegaran produk sejuk beku dengan pembungkusan makanan yang baik.

Pembungkusan makanan sejuk beku mesti kukuh dan juga fleksibel dalam melindungi produk didalamnya. Ia juga harus mampu tahan suhu melampau dalam peti sejuk beku. Tambahan pula, cara pembungkusan juga perlu memastikan makanan sejuk beku senang dikendalikan dan digunakan.

Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku
Packaging jenis center seal untuk produk ayam segar dan sejuk beku.

Pendek kata, cara pembungkusan makanan sejuk beku yang baik mestilah:

  • mudah diisi dan dibungkus
  • senang disimpan
  • kalis minyak, kalis lembapan dan kedap udara
  • diperbuat daripada material plastik yang kukuh

Plastik jenis PE selalunya pilihan terbaik dalam cara pembungkusan makanan sejuk beku. Beg jenis center seal antara pilihan paling popular dalam menempah cetak plastik frozen food. Selain itu, beg 3 sisi kedap atau 3-side seal bag juga pilihan popular untuk produk makanan sejuk beku.

Satu lagi cara untuk memberikan sedikit kelainan adalah dengan pembungkusan standing pouch cetak untuk makanan sejuk beku.

Kenapa Pembungkusan Custom antara Cara Terbaik?

Pembungkusan yang sesuai adalah cara terbaik untuk menampilkan produk sejuk beku dengan lebih kemas dan profesional. Ini antara kelebihannya.

Jimat Ruang Penyimpanan

Peti sejuk beku perlukan ruang yang banyak untuk menyimpan bahan segar seperti ayam, daging, dan produk yang perlukan suhu beku. Dengan pembungkusan makanan sejuk beku yang fleksibel, pembeli dapat menyusun dan meyimpan produk dengan kemas dan teratur. Malah, dengan tambahan tutup kedap ziplock untuk sebahagian pembungkusan, cara penyimpanan menjadi lebih senang. Pembeli juga tak perlu meyimpan dengan mengikat semula bungkusan atau pindahkan ke bekas berlainan.

Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku
Cuba sesuatu yang sedikit berlainan dengan menggunakan stand-up pouch.

Penggunaan Senang dan Mudah

Semua orang sukakan kesenangan dalam penyediaan makanan. Dengan “notch” koyak yang senang digunakan, produk anda senang digunakan sekaligus dengan tutup kedap ziplock. Sekaligus, penyediaan makanan menjadi lebih mudah bagi mereka yang mahukan kudapan tambahan pada larut malam.

Produk Anda Lebih Menonjol di Pasaran

Dengan pembungkusan makanan fleksibel dan mudah, produk sejuk beku anda seperti ketupat palas dan karipap mampu lebih menonjol di pasaran. Ruang menyeluruh membolehkan anda mereka bentuk ilustrasi bungkusan anda. Anda boleh cetak design menyerlah dan menarik perhatian pembeli. Selain itu, pilihan saiz juga ada di tangan anda. Pembeli akan lebih tertarik dengan pelbagai rangkaian produk dalam saiz pilihan berlainan.

Tingkatkan Jenama dengan Cara Pembungkusan Berkualiti

Ringkasnya, pembungkusan makanan sejuk beku yang bermutu adalah antara cara terbaik meningkatkan jenama produk anda. Bukan saja dapat melindungi produk dengan baik, malah ia mampu mengurangkan pengamnbilan ruang simpana terlalu banyak. Ia juga boleh memikat pembeli dengan kesenangan penggunaan dan ciri boleh disesuaikan.

Di HAIN® Packaging, kami memberikan yang terbaik dalam khidmat percetakan pembungkusan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]