Pemborong Plastik Kuala Lumpur | HAIN® Packaging
August 3, 2021Perkara Perlu Tahu Di Kedai Pemborong Plastik | HAIN® Packaging
August 18, 2021Beg lutsinar kini mula menjadi perhatian dan pilihan ramai usahawan untuk kegunaan produk mereka. Beg ini sememangnya mempunyai banyak kelebihan bagi peniaga dan pengusaha. Malah, ia boleh memberikan impak yang besar dalam menonjolkan bisnes dan produk anda dalam kalangan pesaing.
Pemilihan dan penggunaan beg lutsinar bukan sahaja memberikan produk anda satu medium pembungkusan yang selamat. Produk anda juga akan menjadi lebih menyerlah di pasaran. Mungkin masih ada sebahagian lagi usahawan yang tidak mengetahui bagainama beg bungkusan lutsinar boleh membantu bisnes mereka.
Disini, kami akan kongsikan antara sebab mengapa penggunaan beg lutsinar boleh membantu para usahawan dan produk mereka.
1. Produk pembungkusan yang paling jimat kos
Para usahawan dan pemilik bisnes semestinya menginginkan pengurangan kos sebaik mungkin dan mendapatkan hasil yang luar biasa dalam masa yang sama. Ini kerana pengurangan kos adalah cara terbaik untuk meningkatkan keuntungan perniagaan masing-masing.
Oleh itu, beg bungkusan lutsinar adalah antara pilihan berbaloi untuk setiap pemilik bisnes masa kini. Ini kerana beg plastik ini merupakan salah satu pilihan pembungkusan yang sangat kos efektif. Harganya tidak terlampau tinggi, lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Ia juga diperbuat daripada material plastik yang ringan, kukuh dan tahan kelasakan suasana perniagaan (retail environment). Dengan cara ini, anda tidak perlu berbelanja lebih dan terlalu kerap untuk pembungkusan yang mudah.
2. Penjenamaan atau “branding” produk lebih menyerlah
Satu kelebihan beg lutisnar yang tidak boleh dinafikan ialah kelebihan menonjolkan branding produk anda. Mungkin bagi lebanyakan kita, beg bungkusan ini hanyalah nampak ringkas dan biasa saja. Tetapi, beg lutsinar juga boleh menampakkan produk anda kepada orang awam secara umumnya.
Malah, ia sebenarnya sangat baik dan menguntungkan anda sebagai pemilik bisnes dari segi penjenamaan. Anda boleh mempromosikan produk dan jenama anda secara tidak langsung. Dengan ciri mesra cetak, logo jenama anda boleh dicetak pada beg lutsinar. Selain itu, dengan cetakan, anda boleh menambah maklumat perusahaan anda; kadang kala, cetak logo saja pun sudah memadai. Beg ini juga boleh diguna pakai berulang kali, sekaligus ia “mengiklankan” perusahaan anda pada pembeli berpotensi lain.
3. Pembungkusan serba boleh untuk pelbagai produk
Selain itu, beg lutsinar juga sangat fleksibel dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis khidmat dan produk. Ia sangat memberikan kelebihan terutamanya buat pemilik perusahaan makanan. Pembungkusan ini membantu melindungi produk makanan tersebut samada sedia dimasak atau makanan berpek. Bagi pemilik busana pakaian pula, beg plastik lutsinar baju sangat membantu untuk melindungi produk pakaian anda. Dalam masa yang sama, pembungkusan seperti plastik OPP baju boleh mempamerkan pakaian anda dengan mudah. Pelanggan anda boleh melihat dan memilih sendiri pakaian pilihan mereka tanpa perlu membuka bungkusan.
Manfaat ini ini tidak terhad pada makanan dan pakaian sahaja. Terdapat banyak lagi produk lain yang boleh menggunakan pembungkusan beg lutsinar. Ini termasuk produk elektronik, penjagaan peribadi dan juga penyimpanan dokumen.
4. Pilihan kemasan tutup untuk perlindungan lebih
Disamping itu, anda juga boleh memilih pelbagai jenis bungkusan plastik lutsinar bergantung kepada kegunaan anda. Beg plastik lutsinar boleh datang dengan kemasan tutup ziplock yang kedap udara dan kukuh. Ia juga boleh datang dengan pelekat Sekiranya anda ingin fungsi ziplock, semestinya pilihan ini ada dan tersedia. Sekiranya anda ingin pembungkusan lutsinar dengan berpelekat, pun anda boleh dapati dengan mudah.
Tingkatkan Penjenamaan dengan Beg Lutsinar Berkualiti
Kesimpulannya, pembungkusan lutsinar memiliki fungsi dan kelebihan dalam membantu perusahaan anda. Jenama anda boleh maju dan lebih dikenali di pasaran. Ia juga boleh manfaatkan pengusaha produk makanan atau perusahaan industri lain.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia. Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]