


Koleksi Lutsinar Terkini: Pakaian Trendy & Moden untuk Semua Gaya
August 3, 2021


Temui Pilihan Kedai Jual Plastik Parcel Near me – Terdekat dengan Lokasi Anda!
August 3, 2021Penggunaan beg plastik untuk rangkaian baju semakin bertambah dalam perniagaan. Sejak fenomena beli belah atas talian (online shopping) semakin popular, banyak perusahaan mengambil peluang memasarkan produk pakaian mereka. Dan sebagai pemilik bisnes, pembungkusan amat penting dalam melindungi mutu pakaian dan juga memberikan “first impression” yang baik pada pembeli. Tambahan pula, rangkaian baju anda akan nampak lebih berseri, lebih-lebih lagi bila dipaparkan di atas rak pameran.
Sebab itulah penggunaan beg baju plastik boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda. Sekaligus, ini dapat memajukan perniagaan anda dan memikat ramai pembeli.
Jenis Pembungkusan Sesuai untuk Baju
Di HAIN Packaging, kami sedia membantu pemilik bisnes kecil dan besar untuk pergi lebih maju dengan produk kebanggaan anda. Kami menawarkan khidmat cetak rangkaian beg plastik berkualiti untuk semua jenis pakaian. Semua beg dibawah diperbuat daripada material plastik berkualiti yang kukuh, tahan regangan dan tidak mudah koyak.
Soft Loop Bag dan Die-Cut Bag


Beg plastik jenis pemegang lembut (soft loop bag) dan jenis pemegang die-cut (die-cut plastic bag) antara pilihan sesuai untuk rangkaian baju anda. Ia memberikan penampilan produk lebih menarik dan lebih profesional. Pemegang yang lembut untuk kedua-dua beg ini memudahkan pembeli membawa ke mana-mana.
Beg Ziplock
Ada dua jenis plastik ziplock baju yang boleh ditempah: kemasan tekan dan tutup (press-to-seal) dan kemasan tutup kepala zip (slider top). Pembungkusan jenis ini juga boleh datang dengan pemegang “die-cut” untuk pembungkusan lebih kemas dan senang dipegang.
Pentingnya Beg Plastik Custom Tersendiri
Mungkin aspek penting pembungkusan pakaian jarang terlintas di fikiran sesetengah pemilik bisnes. Namun, ini antara kelebihan menempah khas beg plastik untuk rangkaian baju (dan pakaian lain).
Perlindungan Pakaian: beg baju plastik jenis ziplock mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti tahan wap, udara, dan bendasing luar. Dengan itu, pakaian akan tahan lama dan tidak berbau hapak. Ini amat penting, lebih lagi dalam mengekalkan kualiti premium pakaian anda.
Tambahan lagi, pakaian akan tahan lama dalam simpanan, samada simpanan stok mahupun simpanan peribadi pembeli.
Penjenamaan dan Pemasaran: anda sebagai pemilik bisnes boleh menampilkan jenama dan produk baju melalui pembungkusan unik. Ini boleh dengan cara cetakan atas beg baju plastik custom tersendiri. Ruang cetakan yang agak luas pada pembungkusan sebegini memberikan anda banyak peluang penjenamaan.


Dengan mereka bentuk pembungkusan tersendiri yang unik hanya pada jenama anda, produk anda boleh “diiklankan” di pasaran dan menarik perhatian pembeli di luar.
Kemudahan Penyimpanan: semua pembeli (dan peniaga) mahukan kesenangan dan kemudahan dalam rutin harian mereka. Aspek boleh tutup semula dalam beg plastik ziplock memudahkan penyimpanan baju. Dengan ciri tambahan lubang udara atau “vent hole”, udara lebih dapat keluar dari pembungkusan. Ini sekaligus mengurangkan saiz bungkusan itu sendiri dan senang disimpan. Selain itu, pemegang lembut pada beg “soft loop” juga kukuh dan tahan regangan, sekaligus boleh disimpan dengan cara menggantung pada dinding.
Selain penyimpanan pakaian, beg itu sendiri senang disimpan di mana-mana. Pembungkusan ini tidak mengambil ruang yang terlalu banyak.
Penyelesaian Jimat Kos: pembungkusan sebegini adalah antara penyelesaian kos rendah demi memasarkan dan melindungi kualiti produk anda. Beg plastik sebegini boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk rangkaian baju anda dengan kos yang berpatutan.
Tempah Beg Plastik Custom dengan Kami
Secara amnya, pembungkusan khas penting bagi pengusahaan baju dan pakaian lain. Jika anda ingin meningkatkan mutu jenama anda dan pergi lebih maju dalam pasaran pakaian, kami di HAIN Packaging sedia membantu.
Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, kami sentiasa berusaha memastikan setiap rangkaian bungkusan plastik kami menepati citarasa pemilik jenama, dan ciri-ciri keselamatan. Ini kerana kami juga sedia maklum tentang kepentingan packaging yang unik bagi sesuatu perniagaan dalam menarik lebih ramai pelanggan.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]