Pembeli Senang Hati, Produk Lebih Dikenali dengan Ziplock Plastik
January 27, 2023Beg Plastik Ziplock untuk Semua Jenis Sektor dan Perniagaan
January 30, 2023Penggunaan aluminium sebagai bahan menghasilkan beg bungkus sudah menjadi kebiasaan dalam aspek pembungkusan produk. Ini amat ketara terutamanya dalam sektor perusahaan makanan. Material yang digunakan perlulah selamat untuk penggunaan manusia dan juga haiwan.
Pembungkusan jenis ini mempunyai beberapa ciri yang penting dalam mengekalkan kualiti sesuatu produk.
- Fungsi kedap udara yang kuat, anti-pengoksidaan yang baik, kalis air dan wap.
- Sifat perlidungan yang kukuh, tahan lasak, tahan koyak dan kualiti tinggi.
- Tahan suhu melampau, kalis minyak dan dapat mengekalkan aroma produk.
- Tidak ada unsur bahan toksik dan rasa; sesuai dengan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan dan farmaseutikal.
- Pengedap haba efektif, ringan dan lembut, serta daya ketahanan tinggi.
Dengan ciri-ciri diatas, ia juga perlu disesuaikan dengan produk yang perlu dibungkus. Ini kerana sesetengah produk mungkin tidak sesuai, terutamanya produk makanan yang mengandungi bahan berasid. Dalam situasi ini, beg pembungkusan makanan berlamina sangat sesuai kerana gabungan lapisan plastik dan aluminium yang lebih selamat.
Beg Pembungkusan Aluminium Pilihan Utama
Tidak dinafikan bahawa aluminium sebagai beg pembungkusan produk makanan amat sesuai. Produk seperti makanan sedia dimakan, makanan kering dan sejuk beku, dan makanan sedia dimasak antara pilihan untuk pembungkusan ini.
Kualiti Produk Terjamin: beg bungkusan aluminium memiliki pelbagai jenis fungsi keselamatan. Ini termasuk tambahan kemasan boleh tutup semula, pencegahan kebocoran atau koyak, dan proses pembungkusan vakum. Ini demi memgekalkan kualiti produk makanan supaya sentiasa segar dan tahan lama.
Pengiklanan dan Pemasaran: beg pembungkusan aluminum seperti ini selalunya mesra cetak. Anda boleh sesuaikan pembungkusan produk mengikut imej jenama, citarasa dan jenis produk anda.
Desain yang unik juga mampu menarik perhatian pengguna untuk membeli produk anda. Ini kerana pembungkusanlah yang menjadi antara tarikan utama produk sebelum pembeli membuat keputusan.
Maklumat Mudah Disampaikan: bukan saja desain menyerlah, sebarang maklumat tentag produk dan syarkat anda juga dapat dicetak atas beg pembungkusan aluminium. Ini amat penting terutamanya bagi produk makanan.
Anda boleh membantu pembeli mebuat keputusan yang lebih baik dengan memaparkan bahan ramuan yang lengkap, dan maklumkan mereka jika ada bahan alergen. Selain itu, anda juga boleh cetak cara penggunaan dan cara penyimpanan produk.
Penggunaan Mudah dan Fleksibel: kemudahan untuk pemilik bisnes dan juga pengguna luar. Kebanyakan produk senang dibungkus dan dipasarkan dalam beg aluminium. Ia juga mengambil ruang yang sedikit dan menjimatkan ruang penyimpanan.
Tambahan pula, dengan kemasan fleksibel seperti ziplock, beg ini juga boleh digunakan seadanya. Ini bermakna pembeli tidak perlu susah payah menyimpan produk dalam bekas berlainan.
Pilih Pembungkusan yang Sesuai untuk Anda
Di HAIN® Packaging, kami antara pembekal dan pencetak berpengalaman untuk beg aluminium dan pembungkus plastik makanan. Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran pembungkusan kami untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif. Dan kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua pemilik perniagaan di seluruh negara.
Kami sedia membantu anda memenuhi keperluan pembungkusan produk anda. Hubungi wakil jualan kami untuk rundingan, atau ingin berkongsi idea penjenamaan anda dengan kami.
Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]