5 Kelebihan Memilih Saiz Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk

plastik printing
Pembeli Senang Memasak dengan Packaging Pes Makanan Mudah
March 29, 2023
Plastik Printing Murah
Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan
April 4, 2023
plastik printing
Pembeli Senang Memasak dengan Packaging Pes Makanan Mudah
March 29, 2023
Plastik Printing Murah
Packaging Mudah Tutup Semula untuk Semua Rempah Masakan
April 4, 2023

5 Kelebihan Memilih Saiz Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk

Pelbagai pembungkusan plastik termasuk ziplock bag ada saiz tersendiri. Sebagai pemilik bisnes, kita sedia maklum tentang pentingnya sesuatu pembungkusan untuk produk. Dalam masa yang sama, peranan saiz juga penting dalam memastikan produk muat dalam pembungkusan. Malah, saiz pembungkusan boleh mempengaruhi penampilan sesuatu produk.

Pelbagai Jenis Plastik Ziplock Berlainan Saiz

Pembungkusan ziplock untuk produk teh.

Disini, plastik bag ziplock mempunyai pelbagai fungsi dan saiz bergantung kepada jenis produk.

Bila bercakap tentang “ziplock”, kita mungkin akan fikirkan beg plastik biasa untuk penggunaan dapur. Namun, banyak pembungkus plastik makanan kini sudah mempunyai fungsi tutup ziplock kedap udara. Pembungkusan seperti standing pouch cetak, beg tutup sisi 3-side seal dan pembungkusan jenis flat bottom bag

Selain itu, plastik bag ziplock juga boleh digunakan untuk pembungkusan pakaian pelbagai saiz. Ada juga beg plastik baju yang juga berfungsi sebagai beg beli belah sambil dapat kekalkan seri pakaian. Penggunaan ziplock juga boleh dijumpai di farmasi dan rangkaian klinik untuk menyimpan ubatan.

Manfaat Memilih Saiz Ziplock Sesuai

Ada beberapa kelebihan dalam memilih saiz plastik ziplock bag yang sesuai; lain produk, lain saiz pembungkusan yang boleh menampungnya.

pelbagai saiz plastik ziplock
Beg ziplock untuk pelitup muka.
  • Penjimatan Kos: Antara kelebihan memilih saiz yang sesuai untuk bag ziplock anda adalah aspek penjimatan kos. Saiz yang sesuai dengan produk dapat membantu mengelakkan sebarang pembaziran. Saiz yang terlampau kecil mungkin mendorong kepada pembaziran ruang. Dalam masa yang sama, saiz yang terlalu besar juga boleh berkemungkinan menambah kos penghantaran. Tambahan pula, bila anda tahu saiz yang sesuai untuk produk anda, anda tak perlu berbelanja terlalu kerap setiap kali ada saiz yang mungkin tersilap kira.
  • Perlindungan Produk: Saiz yang sesuai boleh memastikan pelbagai produk dalam bag plastik ziplock kekal selamat. Ini termasuk di rak pameran atau semasa penghantaran. Dengan cetakan khas, anda boleh pastikan produk anda muat dalam pembungkusan dengan kemas. Ini juga dapat mengelakkan sebarang kerosakan. Tambahan pula, kualiti produk terjamin dan keyakinan pembeli bertambah.
  • Kesenangan Pelanggan: Plastik bag ziplock cetakan khas boleh disesuaikan untuk memberikan kesenangan dalam penggunaan. Sesetengah pelanggan mungkin lebih suka mencuba produk makanan saiz kecil sebelum mereka boleh gunakan produk saiz besar. Ini memberikan mereka kesenangan dalam memilih, dan mengelakkan kemungkinan pembaziran. Saiz yang kecil juga senang disimpan dalam ruang kecil, manakala saiz besar sesuai untuk produk besar dan padat.
  • Boleh Ikut Kesesuaian: Plastik bag ziplock anda boleh disesuaikan mengikut pelbagai saiz yang menepati produk anda. Saiz pembungkusan sedia ada boleh menyenangkan proses, tapi saiz khas custom boleh memastikan produk anda terletak dalam packaging dengan rapi.
  • Penjenamaan: Disamping itu, saiz custom untuk plastik bag ziplock anda juga boleh bantu dalam penjenamaan produk. Anda boleh cetak logo jenama, warna dan elemen jenama anda pada pelbagai saiz pembungkusan. Ini dapat menonjolkan lagi produk anda di pasaran dengan adanya kepelbagaian pilihan saiz.

Pilih Saiz dengan Pembungkusan Sesuai

Ringkasnya, ada pelbagai kelebihan dengan memilih saiz yang sesuai untuk bag plastik ziplock anda. Ia dapat mempengaruhi penampilan pembungkusan, perlindungan produk dan juga kepuasan pelanggan.

Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.

Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]