4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Bercuti

Koleksi produk pembungkusan plastik untuk rujukan

Penghantaran Produk Lebih Selamat dengan Plastik Parcel Berkualiti

April 7, 2023
Beg center seal untuk pembungkusan makanan dan produk

3 Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku Mampu Tonjolkan Jenama

April 10, 2023
Koleksi produk pembungkusan plastik untuk rujukan

Penghantaran Produk Lebih Selamat dengan Plastik Parcel Berkualiti

April 7, 2023
Beg center seal untuk pembungkusan makanan dan produk

3 Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku Mampu Tonjolkan Jenama

April 10, 2023

4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Bercuti

mencetak plastik sendiri

mencetak plastik sendiri

Produk anda boleh “melancong” dengan plastik bungkus makanan yang memudahkan pembeli membawa bersama mereka.

Penggunaan plastik bungkus adalah penting dan tidak dapat dinafikan manfaatnya dalam industri makanan. Pembungkusan amat penting pada sesuatu perusahaan demi menampilkan sesuatu produk dengan baik. Dalam masa yang sama, ia perlulah memberikan kesenangan dalam penggunaan dan penyimpanan.

Dan bagi yang suka bercuti, pasti akan mencari makanan tambahan atau membawa bekalan sendiri; lebih-lebih lagi jika bercuti di tempat baru di luar negara. Ada juga yang suka bercuti dalam negara atau saja berkelah atau berkhemah. Bagi pemilik bisnes seperti anda, penggunaan pembungkusan makanan yang menyenangkan dapat menarik lebih ramai pembeli yang suka melancong.

Plastik Bungkus Makanan Mesra Pelancong

Kebanyakan pembeli sanggup membayar lebih untuk produk dalam plastik bungkus yang menyenangkan kita, termasuk. Pembungkusan yang baik bukan saja dapat kekalkan kualiti makanan, malah boleh ambil ruang kecil dalam beg bagasi.

Pembungkusan fleksibel atau flexible packaging adalah sesuai untuk plastik bungkus makanan. Sesetengah produk lebih mudah dibungkus dalam pembungkus plastik makanan yang ringan dan mudah digunakan. Berbanding kotak, tin atau balang plastik, produk makanan juga senang dibawa sepanjang penerbangan mereka.

plastik bungkus makanan
Sambal hitam kegemaran ramai rakyat Malaysia boleh dibawa kemana-mana saja sekarang.
Stand up Pouch

Sesuai untuk banyak jenis produk makanan. Standing pouch cetak juga kerap digunakan sebagai pembungkusan snek seperti biskut, packaging rempeyek dan kerepek pisang.

Three Side Seal Bag

Produk seperti campuran kacang, makanan kering, dan gula-gula menggunakan plastik bungkus ini. Selain “notch” koyak ditepi, ia juga boleh ditambah tutup ziplock untuk penyimpanan mudah.

Center Seal Bag

Sesetengah produk seperti roti, kek, dan makanan ringan menggunakan plastik bungkus jenis ini. Walaupun dengan bentuk bantal sekali pun, ia mudah disimpan di ruang beg tangan, beg galas atau bagasi.

Retort Pouch

Selalunya diperbuat daripada bahan aluminum yang tahan suhu tinggi. Makanan yang sedia dimasak amat sesuai menggunakan plastik bungkus ini. Pembungkusan makanan berlamina ini memudahkan penyediaan tanpa perlu dimasak atas api, dan hanya perlukan air panas.

Kerepek pisang dalam pembungkusan stand up pouch mudah tutup semula.

Pembungkusan Kukuh dan Berkualiti

Setiap bungkusan makanan diatas diperbuat daripada bahan plastik atau gabungan plastik dan bahan berlamina yang kukuh. Ia juga tahan koyak dan dapat memastikan produk kekal selamat dalam perjalanan bercuti. Makanan juga boleh tahan lama dengan adanya fungsi tutup kedap udara ziplock.

Ringan dan Senang Disimpan

Ada juga masa dimana kita terpaksa kurangkan berat bagasi kerana barang terlalu banyak atau terlalu berat. Dengan plastik bungkus yang ringan, produk makanan anda tidak akan membebankan dengan berat tambahan. Dalam masa yang sama, ia senang disimpan dan senang dibuka. Sekaligus, ini dapat meningkatkan kepuasan hati pembeli terhada produk anda.

Jenama Langkah Lebih Jauh dengan Pembungkusan Terbaik

Secara ringkas, pemilik bisnes di negara ini boleh manfaatkan plastik bungkus makanan yang bukan saja berkualiti tapi boleh memikat semua kaki melancong. Ia bukan saja dapat mengekalkan kesegaran makanan. Penggunaan dan penyimpanan yang mudah juga mampu meningkatkan kepuasan hati pembeli terhadap produk jenama anda.

Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

Mesij-Anda
HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] beg plastik jenama sendiri beg ziplock kedai plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari MIDA, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk. bahan plastik beg berdiri

Soalan Lazim

1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?

Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.

2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk 4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Be…?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.

3. Bolehkah 4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Be… dicustom mengikut keperluan bisnes?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.

4. Bagaimana cara membuat pesanan 4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Be…?

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.

5. Adakah 4 Plastik Bungkus Makanan Terbaik untuk Pelanggan Bawa Be… selamat untuk kegunaan makanan?

Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?