Koleksi Baju Lebih Menyerlah dengan Plastik Lutsinar Jenama Sendiri

Kilang Beg Plastik Ziplock
Beg Plastik Ziplock untuk Semua Jenis Sektor dan Perniagaan
January 30, 2023
Plastik Singlet
Plastik Singlet: Ringkas dan Berkesan untuk Jenama Lebih Menyerlah
February 3, 2023
Kilang Beg Plastik Ziplock
Beg Plastik Ziplock untuk Semua Jenis Sektor dan Perniagaan
January 30, 2023
Plastik Singlet
Plastik Singlet: Ringkas dan Berkesan untuk Jenama Lebih Menyerlah
February 3, 2023

Koleksi Baju Lebih Menyerlah dengan Plastik Lutsinar Jenama Sendiri

Bermacam jenis plastik lutsinar digunakan untuk pembungkusan produk, daripada makanan, barang kemas hinggalah ke rangkaian baju. Kebanyakan daripadanya dihasilkan menggunakan plastik yang ringan tapi kukuh. Ringkas tapi sangat berguna untuk hampir setiap perniagaan dan industri.

Tambahan pula, bagi yang memiliki busana pakaian atau jenama baju sendiri, plastik lutsinar amat sesuai demi mempamerkan koleksi terbaik anda. Pembungkusan baik ternyata amat penting dalam menonjolkan jenama sambil mengekalkan kualiti produk. Rangkaian baju anda akan nampak lebih berseri, sekaligus “first impression” yang baik pada pembeli anda.

Baju Senang Dipamer dalam Plastik Lutsinar

Di HAIN® Packaging, kami sedia membantu pemilik bisnes kecil dan besar untuk pergi lebih maju dengan produk kebanggaan anda. Kami menawarkan khidmat cetak pembungkusan plastik lutsinar untuk semua jenis rangkaian baju.

Plastik lutsinar ini juga boleh dilengkapi dengan lubang udara kecil atau “vent hole”. Ia membantu melepaskan lebihan udara dari pembungkusan selepas ditutup, tanpa perlu kerap buka bungkusan berkali-kali. Sekaligus, ini dapat mengurangkan saiz dan menyenangkan penyimpanan.

OPP Plastic Bag  – Plastik Lutsinar Baju
OPP Plastic Bag – Plastik Lutsinar Baju

Dan sebab ia lutsinar, ini bermakna pembeli boleh terus lihat baju anda dalam pembungkusan plastik ini. Pembeli akan lebih yakin untuk beli produk anda kerama mereka sudah tahu jenis baju yang mereka mahukan.

Sebagai pemilik bisnes baju juga, plastik lutsinar anda boleh disesuaikan mengikut citarasa anda. Pilih saiz plastik dan desain tersendiri, semua boleh ikut imej jenama anda. Tambahan pula, anda boleh berikan jaminan kesenangan dan keselesaan dengan cetakan arahan menyimpan dan membasuh, serta saiz baju.

Dua Pilihan untuk Semua Baju

Plastik OPP Baju: sangat sesuai untuk menampilkan koleksi pakaian. Pembungkusan jenis ini mempunyai pita pelekat (self-adhesive seal) yang senang dibuka, dan dapat membungkus baju dengan kemas.

Plastik Ziplock Baju: pilih antara kemasan tekan dan tutup (press-to-seal), atau tutup kepala zip (slider top). Jenis custom plastik baju bertutup zipper cincin (ring zipper) juga memudahkan pemyimpanan dengan cara menggantung pada dinding.

plastik lutsinar jenis ziplock

Kelebihan Pembungkusan Lutsinar

Inilah antara kelebihan menempah custom plastik lutsinar untuk rangkaian baju (dan pakaian lain).

Perlindungan Pakaian: ia mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti tahan wap, udara, dan bendasing luar. Dengan itu, pakaian akan tahan lama dan tidak berbau hapak. Ini amat penting, lebih lagi dalam mengekalkan kualiti premium pakaian anda. Tambahan lagi, pakaian akan tahan lama dalam simpanan, samada simpanan stok mahupun simpanan peribadi pembeli.

Ringan Tapi Kukuh: sangat ringan dan sesuai untuk pembungkus baju. Ia juga agak kukuh, tahan lasak, sesuai untuk penggunaan pelbagai perniagaan. Selain itu, ia dapat melindungi baju dari rosak atau berhabuk. Produk anda dijamin selamat di rak pameran atau dalam penghantaran dari pembekal ke penjual.

“Pengiklanan” Unik: plastik sebegini boleh dicetak, dan ruang agak luas memberikan anda banyak peluang penjenamaan. Dengan mereka bentuk pembungkusan dan sesuaikan mengikut jenama dan produk, anda memberikan keunikan tersendiri yang hanya jenama anda saja ada. Produk anda juga boleh “diiklankan” di pasaran dan menarik perhatian pembeli diluar.

Penyelesaian Pembungkusan yang Sesuai

Ringkasnya, tempahan pembungkusan khas penting bagi pengusahaan baju dan pakaian lain. Jika anda ingin meningkatkan mutu jenama anda dan pergi lebih maju dalam pasaran pakaian, kami di HAIN® Packaging sedia membantu.

Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, kami sentiasa berusaha memastikan setiap rangkaian bungkusan plastik kami menepati citarasa pemilik jenama, dan ciri-ciri keselamatan. Bukan saja plastik lutsinar untuk baju, kami juga menyediakan khidmat cetakan pelbagai jenis pembungkusan plastik lain.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]