3 Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku Mampu Tonjolkan Jenama
April 10, 20233 Jenis Packaging yang Sesuai untuk Semua Jenis Serunding
April 13, 2023Dengan produk anda dibungkus dalam pouch plastik fleksibel, anda mampu bantu pengguna mengurangkan masa penyediaan makanan.
Semua pengguna sentiasa mencari cara yang mudah dan senang untuk menjimatkan masa dalam rutin harian mereka. Sebab itulah penggunaan pouch plastik antara cara terbaik dalam penyediaan makanan. Sebagai pemilik bisnes, anda dapat menarik lebih ramai pembeli dengan pembungkusan makanan yang memudahkan mereka. Bukan itu saja, anda juga sekaligus dapat mengekalkan kualiti produk makanan dan tampil menonjol di pasaran.
Tiga Jenis Pouch Plastik Fleksibel yang Sesuai
Pouch plastik yang fleksibel mampu mengekalkan kualiti makanan sekaligus memberikan penampilan lebih menarik. Lebih-lebih lagi jika pembungkusan itu ditambah dengan fungsi tutup kedap udara ziplock. Antaranya:
- stand up pouch
- three side seal bag
- retort pouch
Ketiga-tiga plastik bungkus makanan diatas boleh disesuaikan mengikut keperluan, jenis produk dan imej jenama anda. Permukaan yang mesra cetak memberikan anda banyak peluang untuk mencetak logo jenama dengan pilihan warna untuk branding yang berkesan. Ini juga antara cara terbaik untuk mempromosikan jenama makanan anda di pasaran.
Cara Pouch Plastik Boleh Jimatkan Masa Penyediaan Makanan
Ini antara beberapa kelebihan dalam penggunaan pouch untuk pembungkusan produk makanan.
Pembahagian Makanan Efektif
Anda boleh tentukan saiz pouch plastik untuk produk makanan anda. Dengan pelbagai saiz packaging, anda boleh membungkus produk makanan dengan cara pembahagian ramuan. Ini sekaligus memberikan pengguna anda pilihan yang sesuai dengan keperluan mereka. Dengan cara ini juga, anda dan pembeli dapat mengurangkan potensi pembaziran makanan.
Pembungkusan Makanan Sedia Dimakan
Selain produk sedia dimasak, makanan sedia dimakan juga boleh dibungkus dengan pouch plastik fleksibel. Ini amat membantu terutamanya pada mereka yang kesuntukan masa dan perlukan hidangan yang cepat. Anda dapat menarik perhatian pembeli yang sentiasa sibuk dan perlukan sesuatu yang cepat dan mudah untuk mereka.
Jangka Hayat Produk Lebih Lama
Disamping itu, pouch plastik fleksibel mampu meningkatkan jangka hayat makanan dan kekalkan kesegaran lebih lama. Pembungkusan ini selalu diperbuat daripada material plastik ringan atau gabungan plastik dan beg aluminum yang lebih kukuh. Tambahan pulah dengan fungsi tutup kedap ziplock yang mampu melindungi produk daripada terkena wap, cahaya dan habuk luar. Dengan cara ini, bahan masakan kekal selamat dan segar.
Penyimpanan yang Mudah
Material yang digunakan dalam penghasilan pouch plastik makanan juga adalah ringan. Ini bermakna pembungkusan itu sendiri menjadi ringan, tidak mengambil ruang menyimpan yang banyak dan senang disimpan. Sambil menjimatkan ruang, pembeli juga boleh menggunakan ruang selebihnya untuk menyimpan produk makanan lain dengan tersusun.
Jenama Langkah Lebih Jauh dengan Pembungkusan Terbaik
Secara ringkas, pemilik bisnes di negara ini boleh manfaatkan pembungkusan pouch plastik makanan yang bukan saja berkualiti tapi boleh bantu menjimatkan masa penyediaan. Ia bukan saja dapat mengekalkan kesegaran makanan, malah dapat mengelakkan sebarang pembaziran. Penggunaan dan penyimpanan yang mudah juga mampu meningkatkan kepuasan hati pembeli terhadap produk jenama anda.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]