6 Penggunaan Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk dan Perkhidmatan

Plastik Bungkus Makanan Frozen
Kualiti Produk Frozen Terjamin dengan Plastik Bungkus Makanan Bermutu
February 15, 2023
Produk Kopi Kekal Segar dengan Beg Ziplock Cetak Tersendiri
February 23, 2023
Plastik Bungkus Makanan Frozen
Kualiti Produk Frozen Terjamin dengan Plastik Bungkus Makanan Bermutu
February 15, 2023
Produk Kopi Kekal Segar dengan Beg Ziplock Cetak Tersendiri
February 23, 2023

6 Penggunaan Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk dan Perkhidmatan

Penggunaan plastik ziplock sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Bukan saja sesuai untuk penyimpanan barang dan makanan dalam rutin harian, ia juga membantu dalam sesebuah perniagaan. Pemilik bisnes boleh memanfaatkan penggunaan plastik ziplock dalam pembungkusan produk mereka serta sebahagian daripada perkhidmatan mereka.

Material Ziplock Tahan Lasak dan Selamat

Plastik ziplock sebagai pembungkusan; selalunya diperbuat daripada material PE yang tahan lasak dan fleksibel. Ia juga tahan koyak dan memiliki ciri kedap udara yang bagus. Fungsi kemasan tutup ada dua jenis: tekan-dan-tutup ataupun jenis “slider top”. Ia sangat ringan dan tidak mengambil ruang yang terlalu banyak untuk penyimpanan. Sebahagian jenis ziplock juga mempunyai “vent hole” atau lubang udara yang boleh mengurangkan saiz pembungkusan untuk disimpan.

Jimat Kos dan Mesra Cetak

Selain itu, pembungkusan jenis ini juga boleh diguna pakai semula, sekaligus menjadikannya penyelesaian jimat kos. Ciri-ciri mesra cetak juga membolehkan anda mereka bentuk desain plastik ziplock anda tersendiri. Rekaan tidak terhad samada minimum atau rekaan penuh, bersama dengan mesej seperti arahan penggunaan dan penyimpanan.

Plastik ziplock amat serba boleh, sebagai produk itu sendiri dan juga sebagai pembungkusan produk. Ini antara kelebihan pembungkusan ini dalam memajukan sesetengah bisnes tidak kira di mana-mana sektor perindustrian atau perniagaan.

ziplock jenis slider top dengan pemegang die-cut

Pembungkusan Pakaian

Penggunaan ziplock sebagai pembungkusan pakaian sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pemilik busana atau butik baju. Pakaian boleh kekal berseri seperti baru, dan dengan fungsi kedap udara yang kukuh, ia boleh mengelakkan pakaian daripada bau hapak, terkena habuk ataupun kebasahan. Selain itu, pembeli akan lebih yakin dengan rangkaian pakaian dipamerkan

Pengumpulan Sampel Makmal

Keselamatan spesimen atau sampel makmal sangat mustahak bagi sektor penyelidikan dan perubatan. Oleh itu, penggunaan plastik ziplock kukuh amat penting dalam penyimpanan dan penghantaran sampel dari satu makmal ke makmal yang lain. Jenis “biohazard” juga boleh digunakan dimana anda boleh mencetak plastik ziplock anda mengikut bahan kimia yang berkaitan (merah untuk contoh sampel darah, kuning untuk sampel kimia).

Bungkusan Aksesori Elektronik

Penggunaan plastik ziplock dalam perusahaan elektronik juga dapat membantu bisnes dengan baik. Sesetengah aksesori seperti “earphones” dan kabel cas telefon bimbit dibungkus dalam plastik ziplock. Ini untuk mengelakkan bahagian kecil daripada hilang, atau memastikal alatan kekal selamat dan tidak rosak.

plastik ziplock
beg ziplock untuk ubatan

Pembungkusan Ubat-Ubatan

Sekali lagi, sektor perubatan boleh menikmati manfaat plastik ziplock ini. Penyimpanan ubat-ubatan dalam pembugkusan ziplock membantu mengekalkan kualiti serta memastikan keselamatan ubatan. Permukaan yang boleh dicetak atau ditulis juga boleh membantu pesakit mengikut arahan pengambilan.

Beg Penyimpanan untuk Produk Saiz Perjalanan

Berita baik untuk pengusaha kosmetik dan produk penjagaan; anda boleh tarik perhatian pembeli anda dengan pmebungkusan plastik ziplock. Melalui produk saiz perjalanan, pembungkusan ziplock memudahkan mereka untuk menyimpan produk didalam beg serta senang dibawa ke mana sahaja. Disitu juga, pembeli boleh mencuba produk anda sebelum komotied dengan produk yang sama tapi dalam saiz yang lebih besar. Ini juga satu cara pengiklanan kreatif.

Penyimpanan Dokumen Penting

Sesetengah syarikat juga boleh memanfaatkan penggunaan plastik ziplock yang serba boleh. Dokumen seperti surat berurusan atau borang maklumat penting boleh kekal selamat dalam pengbungkusan ini. Ia membantu mengelakkan daripada terkena wap, dan kedap udara untuk mengelakkan bau atau kotoran tidak menyenangkan.

Penyelesaian Plastik Ziplock Efektif

Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami menawarkan kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami dengan pelbagai pilihan pembungkusan dan beg plastik. Kesemuanya boleh disesuaikan dengan citarasa dan imej jenama anda, serta jenis produk anda.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!

Mesij-Anda

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone: +60 11-6987 2289

Email: [email protected]