


Koleksi Baju Lebih Menyerlah dengan Plastik Lutsinar Jenama Sendiri
February 2, 2023


Tarik Lebih Ramai Pelanggan dengan Apron Plastik Shellout Tersendiri
February 7, 2023Plastik singlet sangat serbaguna dan antara penyelesaian menjimatkan kos pada ramai pemilik bisnes dan peruncit. Penggunaannya amat meluas; dari perniagaan kecil-kecilan hingga perusahaan besar seluruh negara.
Tambahan pula, anda boleh menyerlahkan lagi penampilan bisnes anda melalui plastik singlet. Mungkin nampak bersahaja atau terlalu ringkas, tapi ia dapat membantu dari segi menambah baik jenama anda.


Kenapa Ia Dipanggil Plastik Singlet?
Penjelasannya mudah: sebab bila anda pegang plastik ini, rupanya lebih kurang seperti baju tanpa lengan atau singlet. Beg bungkusan ini selalunya diperbuat daripada plastik LDPE yang fleksibel. Selain itu, ia kukuh, tahan koyak dan kalis air.
Tambahan pula, sesetengah plastik singlet boleh datang dengan sisi tepi atau “side gusset”. Fungsi inilah yang boleh menambah ruang dalam beg plastik untuk barangan lebih besar. Ia juga senang dibuka dan dibungkus sesuai untuk pembungkusan yang cepat dan efektif.
Oleh sebab tidak banyak bucu yang tajam, beg singlet juga senang dipegang dan dibawa. Penyimpanan beg ini dalam kuantiti yang besar juga mudah kerana ia tidak mengambil terlalu banyak ruang.
Naikkan Jenama Unik Anda dengan Beg Plastik
Ini antara kelebihan tempah plastik bercetak seperti beg singlet dalam memajukan lagi perniagaan anda.
Senang Disesuaikan
Anda sebagai pemilik bisnes boleh menyesuaikan beg bungkusan ini mengikut kemahuan anda. Dengan material yang mesra cetak, anda boleh pilih saiz, desain, dan juga kekuatan material yang anda inginkan. Perusahaan makanan dan produk segar boleh memanfaatkan jenis plastik ini kerana keperluan pembungkusan tertentu.


Taktik Pemasaran Kreatif
Selain itu, pemilik isnes boleh menikmati kelebihan beg singlet cetakan khas tersendiri. Beg-beg ini sentiasa boleh digunakan semula kerana ciri-ciri ketahanannya. Anda boleh “mengiklankan” jenama anda melalui penggunaan semula beg bungkusan ini. Taktik ini sebenarnya sangat berguna terutamanya untuk perniagaan kecil-kecilan.
Jenama Lebih Dikenali
Disamping itu, anda boleh menambah baik jenama anda supaya lebih dikenali di pasaran. Logo anda boleh dicetak bersama dengan maklumat perusahaan anda untuk lebih dikenali. Jenama lebih menyerlah di pasaran, dan ramai pembeli akan mengenalinya kerana keunikan pembungkusan anda.
Rakan Pembungkusan Anda yang Berpengalaman
Ringkasnya, dengan mencetak khas plastik singlet anda dengan jenama tersendiri, anda dapat mempromosikan bisnes anda dengan lebih efektif. Di HAIN® Packaging, kami faham akan pentingnya pembungkusan yang baik untuk sesuatu produk. Kami juga mahu membantu anda menyerlahkan jenama anda dengan lebih baik melalui pembungkusan berkualiti.
Selain plastik singlet, kami juga pakar dalam menghasilkan pelbagai cetakan plastik custom lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]