4 Pembungkusan Plastik Lutsinar Unik untuk Pelbagai Jenama Produk

Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas

Plastik Zip Makanan | HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Julai 1, 2021
Plastik Bungkus Makanan Frozen

Saiz Plastik Bag Berkualiti Tinggi – HAIN Packaging

Julai 6, 2021
Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas

Plastik Zip Makanan | HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Julai 1, 2021
Plastik Bungkus Makanan Frozen

Saiz Plastik Bag Berkualiti Tinggi – HAIN Packaging

Julai 6, 2021

4 Pembungkusan Plastik Lutsinar Unik untuk Pelbagai Jenama Produk

Beg OPP plastik lutsinar dengan pelekat untuk pembungkusan runcit

Beg OPP Lutsinar Self-Adhesive - sesuai untuk pembungkusan produk anda. Dapatkan dari HAIN Packaging.

Bila bercakap tentang pembungkusan lutsinar, mungkin sebahagian daripada kita akan hanya fikir beg plastik biasa. Tapi ada pelbagai jenis pembungkusan lutsinar yang boleh ditempah cetak khas. Setiap rekaan mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digunakan oleh produk berlainan. Ia juga boleh disesuaikan mengikut produk, saiz, dan imej jenama anda. Dengan kata lain, pembungkusan plastik lutsinar amat serbaguna dan sesuai untuk bermacam jenis perusahaan.

Ini antara empat jenis pembungkusan lutsinar yang boleh ditempah cetak khas.

ziplock slider top lutsinar

Beg Pembungkusan Ziplock

Plastik ziplock lutsinar adalah antara jenis pilihan pembungkusan yang paling popular. Jenis plastik ini mempunyai ciri-ciri kemasan bertutup yang boleh tutup semula, samada tekan dan tutup (press-to-seal) atau bertutup kepala (slider top). Sebahagian pembungkusan ini juga boleh didapati dengan kemasan akhir lutsinar yang berkilat (glossy) atau jenis matte dengan material EVA frosted.

Ia digunakan dalam banyak industri seperti bisnes pakaian, sektor perubatan dan farmasi. Beg ini sesuai untuk pembungkusan pakaian, barang-barang kecil, dan juga untuk menyimpan barang penting seperti ubat-ubatan atau sampel makmal.

Plastik OPP - Plastik Lutsinar
Plastik OPP lutsinar

Plastik Bungkus OPP

Selain itu, plastik lutsinar jenis OPP sangat ringan, dan ada banyak jenis untuk pelbagai kegunaan. Ada yang datang dengan kepala penyangkut (hang header) untuk dipamerkan dengan mudah di pasaran. Malah, ada yang mempunyai pita pelekat tutup yang boleh lekat sendiri. Selain pakaian, alat tulis dan aksesori, makanan seperti roti dan biskut boleh dibungkus dalam pembungkusan ini.

Beg Plastik Beli Belah

Ada juga pilihan plastik lutsinar dalam bentuk beg plastik beli belah. Ini termasuk beg singlet, plastik jenis die-cut dan beg pemegang lembut (soft loop handle). Rangkaian beg plastik ini boleh dijumpai di mana-mana perusahaan, peruncit, dan farmasi.

Ia diperbuat daripada bahan plastik yang tahan koyak, dan kukuh; sesuai untuk menampung mana-mana produk yang mungkin sedikit berat seperti buku-buku dan botol ubat.

plastik aiskrim malaysia
plastik lutsinar untuk “aiskrim Malaysia”

Plastik HDPE Aiskrim

Sesetengah produk aiskrim seperti “aiskrim Malaysia” selalunya dibungkus dalam plastik lutsinar. Bahan yang digunakan adalah material HDPE yang lebih tahan lasak dengan kemasan lutsinar atau lutcahaya. Pembungkusan ini boleh berbentuk panjang (tubing) dengan rekaan cetak minimum mengikut citarasa anda.

Pembungkusan Plastik Lutsinar Serba Boleh

Dengan kata lain, pembungkusan lutsinar tidak terhad kepada beg yang biasa-biasa saja. Ada pelbagai jenis rekaan dan fungsi pembungkusan lutsinar sesuai untuk bermacam jenama di pasaran. Kualitinya yang tinggi juga dapat menjamin kepuasan pelanggan, jaminan kualiti makanan lebih baik, dan penjenamaan berkesan.

Di HAIN® Packaging, kami komited untuk mengekalkan kualiti kerja kami sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik yang diyakini di Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan tempah plastik bercetak dengan reka bentuk pilihan bersesuaian dengan produk. Selain pembungkusan lutsinar, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai plastik jenama sendiri untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda juga boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] bungkus makanan pembekal pembungkusan Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari KPDN, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.

Soalan Lazim

1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?

Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.

2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk 4 Pembungkusan Plastik Lutsinar Unik untuk Pelbagai Jenam…?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.

3. Bolehkah 4 Pembungkusan Plastik Lutsinar Unik untuk Pelbagai Jenam… dicustom mengikut keperluan bisnes?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.

4. Bagaimana cara membuat pesanan 4 Pembungkusan Plastik Lutsinar Unik untuk Pelbagai Jenam…?

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.

5. Adakah 4 Pembungkusan Plastik Lutsinar Unik untuk Pelbagai Jenam… selamat untuk kegunaan makanan?

Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?