


Tarik Lebih Ramai Pelanggan dengan Apron Plastik Shellout Tersendiri
February 7, 2023


Plastik Bungkus Tanah Unik, Jenama Lebih Menyerlah di Pasaran
February 8, 2023Cetakan plastik dengan logo sendiri memainkan peranan penting dalam aspek pembungkusan sesuatu produk. Ia memberikan penampilan produk lebih kemas dan profesional untuk bisnes anda. Bukan itu saja, pembungkusan yang baik juga boleh membantu dalam aspek pengiklanan. Pembeli akan cenderung menggunakan semula beg plastik dengan logo sendiri, sekaligus meningkatkan pendedahan jenama (brand exposure) dan juga kesetiaan pelanggan.
Selama lebih daripada 10 tahun, HAIN® Packaging telah membantu lebih ramai pemilik SME meningkatkan perniagaan mereka dengan pembungkusan plastik logo sendiri yang berkualiti. Dan kami akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pemilik bisnes dan badan korporat tak mengira sektor.


Plastik Serbaguna dengan Logo Sendiri
Pembungkusan sebegini juga dikenali sebagai “flexible packaging”. Ini kerana banyak pilihan pembungkusan bergantung kepada jenis produk dan perniagaan. Selalunya, sektor makanan dapat memanfaatkan jenis pembungkusan ini dengan lebih menyeluruh. Pembungkusan cetak standing pouch dengan variasi tutup ziplock atau tutup kekal adalah antara pilihan popular.
Selain itu, pembungkusan seperti beg custom plastik baju, beg kurier dan sampul peperiksaan juga boleh disesuaikan dengan logo syarikat atau badan korporat tertentu. Itulah uniknya pembungkusan plastik dengan logo sendiri.
Ada banyak lagi kebaikan dan kelebihan tempahan khas plastik bungkusan sebegini.


Senang Disesuaikan dengan Jenama Anda
Pembungkusan produk anda tidak perlu terhad pada plastik biasa, kerana anda boleh sesuaikan pembungkusan anda mengikut imej jenama dan logo anda sendiri. Anda boleh pilih untuk mereka bentuk dengan desain yang ringkas tapi menonjol. Selain itu, anda juga boleh pilih untuk mereka bentuk pembungkusan dengan pilihan warna yang menyerlah.
Perniagaan Meningkat dan “First Impression” yang Baik
Disamping itu, anda dapat meningkatkan jualan anda di pasaran dengan bungkusan plastik logo sendiri. Pembungkusan yang unik juga boleh memberikan “first impression” yang baik kepada pelanggan baru dan sedia ada.
Kualiti Produk Terjamin, Pelanggan Lebih Yakin
Selain itu, pembungkusan ini dapat menbantu memastikan kualiti makanan dikekalkan dan jangka hayat produk tahan lama. Ini bermakna kualiti produk anda terjamin: produk makanan akan kekal segar, rangkaian kosmetik kekal berkualiti; koleksi pakaian tidak mudah berbau hapak, dan ubat-ubatan kekal selamat.
Dalam masa yang sama, proses penghantaran barang atau produk juga lebih lancar dengan pembungkusan yang selamat dan rapi. Sekaligus, pelanggan akan lebih yakin dan setia pada jenama anda juga dengan plastik logo sendiri berkualiti.


Jenama Lebih Menonjol dengan “Pengiklanan Bergerak”
Selain itu, bila anda mencetak plastik sendiri dengan rekaan logo unik, anda dapat meningkatkan imej jenama anda dan lebih menonjol dalam kalangan pesaing anda.
Pembungkusan anda juga boleh dijadikan sebagai “alatan” pengiklanan anda tersendiri. Ini kerana pembungkusan seperti plastik singlet selalunya boleh diguna pakai semula berulang kali. Dengan cara ini, jenama anda dapat pergi kemana-mana dan dapat menarik lebih ramai pelanggan baru, sekaligus diketahui oleh lebih ramai pembeli di luar sana.
Pembungkusan yang Berpatutan
Cetakan khas bungkusan plastik juga boleh menjimatkan kos anda. Anda dapat berjimat dalam kos pembungkusan memandangkan beg plastik ini bleh diguna pakai semula. Ia dapat membantu mengukuhkan keyakinan pembeli dan meningkatkan “brand exposure”, sekaligus keuntungan lebih bertambah.


Penyelesaian Pembungkusan yang Menyeluruh
Kesimpulannya, banyak bisnes dan syarikat korporat boleh memanfaatkan kelebihan pembungkusan plastik logo sendiri dalam urusan perniagaan harian mereka. Samada penghantaran atau pembungkusan produk, plastik berkualiti amat penting demi kepuasan pelanggan dan perniagaan yang maju.
Di HAIN® Packaging, kami komited untuk mengekalkan kualiti kerja kami sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik yang diyakini di Malaysia. Jika anda pemilik bisnes atau syarikat inging mencari pembekal dan pencetak plastik berkualiti, kami sedia membantu anda.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]