Plastik Jenama Sendiri untuk Pelbagai Jenis Produk dan Perkhidmatan

Stand Up Pouch
Saiz Plastik Bungkus Makanan | HAIN® Packaging Kuala Lumpur
January 8, 2021
Pembungkusan Makanan Berlaminasi
Plastik Pembalut Makanan | HAIN® Packaging Kuala Lumpur
January 12, 2021
Stand Up Pouch
Saiz Plastik Bungkus Makanan | HAIN® Packaging Kuala Lumpur
January 8, 2021
Pembungkusan Makanan Berlaminasi
Plastik Pembalut Makanan | HAIN® Packaging Kuala Lumpur
January 12, 2021

Plastik Jenama Sendiri untuk Pelbagai Jenis Produk dan Perkhidmatan

Di HAIN® Packaging, kami menyediakan perkhidmatan mencetak bungkusan plastik khas dengan rekaan jenama anda sendiri. Sebagai antara syarikat pencetakan plastik yang diyakini di Malaysia, kami berusaha untuk memastikan setiap rangkaian bungkusan kami menepati ciri keselamatan dan juga citarasa pemilik jenama.

Cetakan plastik dengan jenama sendiri memainkan peranan penting dalam aspek pembungkusan sesuatu produk. Ia memberikan penampilan produk lebih kemas dan profesional untuk bisnes anda. Bukan itu saja, pembungkusan yang baik juga boleh membantu dalam aspek pengiklanan. Pembeli akan cenderung menggunakan semula beg plastik logo sendiri, sekaligus meningkatkan pendedahan jenama (brand exposure) dan juga kesetiaan pelanggan.

Mencetak bungkusan plastik sendiri kadang kala boleh menjadi satu proses mencabar terutamanya bagi pemilik perniagaan. Jenis bungkusan plastik memainkan peranan penting dalam menghasilkan kemasan yang tampak profesional dan sesuai untuk produk tertentu. Pembungkusan plastik yang kemas dengan desain yang menarik dapat meningkatkan keterampilan jenama produk di pasaran.

pembungkusan plastik jenis PE

Plastik Serbaguna dengan Jenama Sendiri

Pembungkusan jenis plastik jenama sendiri juga dikenali sebagai “flexible packaging”. Ini kerana banyak pilihan pembungkusan bergantung kepada jenis produk dan perniagaan. Selalunya, sektor makanan dapat memanfaatkan jenis pembungkusan ini dengan lebih menyeluruh. Pembungkusan cetak standing pouch dengan variasi tutup ziplock atau tutup kekal adalah antara pilihan popular.

Selain itu, pembungkusan seperti beg custom plastik baju, beg kurier dan sampul peperiksaan juga boleh disesuaikan dengan logo syarikat atau badan korporat tertentu. Itulah uniknya pembungkusan plastik dengan logo sendiri.

Tak dinafikan bahawa mencetak plastik sendiri dengan logo jenama tidak terhad kepada satu saiz dan rekaan sahaja. Anda sebagai usahawan boleh gunakan imaginasi dan idea untuk mereka bentuk pembungkusan plastik yang unik dan hanya jenama anda sahaja yang miliki. Dengan cara ini, produk anda pasti akan lebih menyerlah di pasaran.

Tempah Pembungkusan Plastik Mengikut Jenama Produk

Pelbagai industri, perusahaan kecil dan besar, dan juga para peruncit dapat menikmati khidmat cetakan plastik jenama sendiri. Semua jenis pembungkusan boleh ditempah dan direka cetak mengikut kesesuaian produk, citarasa, atau idea penjenamaan anda.

Bagi perusahaan makanan, kami ada pelbagai rangkaian plastik bungkus cetakan khas untuk jenama makanan anda. Ini termasuk makanan kering, rangkaian produk sejuk beku (frozen), minuman dan makanan diproses. Antaranya:

  • 3 side sealed bags
  • stand-up pouch bags
  • center sealed bags
  • self-adhesive OPP bags
plastik jenama sendiri
plastik jenis center-seal bag untuk aiskrim

Pembungkusan ini juga sesuai bagi pemilik bisnes bukan makanan seperti fesyen, perubatan, kecantikan. Untuk bisnes jenama sendiri ataupun syarikat korporat, anda boleh pilih rangkaian beg plastik dan sampul keselamatan kami. Ini antara pilihan cetakan plastik custom popular:

  • singlet plastic bags
  • die-cut plastic bags
  • beg bungkusan dengan pemegang lembut (soft loop plastic bag)
  • beg ziplock slider top
  • sampul plastik keselamatan
beg jenis slider top untuk pakaian

Penyelesaian Pembungkusan yang Menyeluruh

Kesimpulannya, banyak bisnes dan syarikat korporat boleh memanfaatkan kelebihan pembungkusan plastik logo sendiri dalam urusan perniagaan harian mereka. Samada penghantaran atau pembungkusan produk, plastik berkualiti amat penting demi kepuasan pelanggan dan perniagaan yang maju.

Kami di HAIN® Packaging sentiasa berusaha untuk menyediakan khidmat cetakan dan penghasilan beg plastik yang berkualiti demi membantu produk anda dikenali di pasaran terkini. Jika anda pemilik perniagaan mencari khidmat mencetak plastik jenama sendiri yang diyakini, kami sedia membantu anda.

Kami menawarkan perkhidmatan tempah plastik bercetak dengan reka bentuk pilihan bersesuaian dengan produk. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]