4 Kelebihan Plastik Bungkusan Custom untuk Majukan Jenama Makanan

kilang cetak plastik
Cara Mencari Kilang Cetak Plastik Pembungkusan Makanan Terbaik
September 28, 2020
Plastik Makanan
Pembekal Plastik Pembungkusan Makanan | HAIN® Packaging
October 8, 2020
kilang cetak plastik
Cara Mencari Kilang Cetak Plastik Pembungkusan Makanan Terbaik
September 28, 2020
Plastik Makanan
Pembekal Plastik Pembungkusan Makanan | HAIN® Packaging
October 8, 2020

4 Kelebihan Plastik Bungkusan Custom untuk Majukan Jenama Makanan

plastik bungkusan makanan
HAIN® Packaging – Plastik Bungkusan Makanan

Pemilik bisnes makanan mungkin menghadapi cabaran mencari plastik bungkusan yang berkualiti. Produk lebih menyerlah di pasaran dan menarik minat pembeli luar dengan pembungkusan baik.

Dalam perusahaan makanan, sesuatu bungkusan plastik amat penting dalam memastikan kualiti terjamin dan penampilan yang menarik. Ia berfungsi untuk memelihara kualiti produk makanan sebelum ia sampai ke pasaran untuk pembeli luar. Selain itu, packaging cetak yang baik dapat dijadikan “iklan” untuk memasarkan jenama anda.

Plastik Bungkusan untuk Pelbagai Produk Makanan

Pelbagai jenis pembungkus plastik boleh digunakan bergantung pada jenis produk makanan. Kebanyakannya diperbuat daripada material yang kukuh, ringan dan senang ditutup semula. Sebagai pemilik bisnes, anda boleh tentukan sendiri reka bentuk pembungkusan anda; saiz, pilihan warna, dan gambaran desain, semua atas pilihan anda. Inilah kelebihan tempahan cetak custom; semua boleh mengikut citarasa dan imej jenama anda.

Antara jenis pembungkus plastik makanan kami:

  • stand-up pouch (pilihan popular)
  • 3-side seal bag
  • center seal packaging
  • flat-bottom pouch
  • quad-seal side gusset bag
  • plastik OPP
  • retort pouch

Kelebihan Tempah Bungkusan Plastik Tersendiri

Pembungkusan plastik adalah penting bagi menonjolkan produk terbaik anda. Ini sekaligus boleh memajukan jenama produk dan hasil jualan anda.

Tambahan pula, pandangan pertama atau “first impression” amat penting dalam menjual nama baik jenama anda kepada pelanggan berpotensi.

Plastik bungkusan makanan
Rangkaian Plastik Bungkusan Makanan

Pengiktirafan Jenama

Pertama, nama jenama meningkat dan dikenali ramai dengan menggunakan plastik bungkusan makanan rekaan sendiri. Mereka boleh terus kenal produk anda yang dibungkus dengan kemasan cetak plastik jenama eksklusif anda.

Selain itu, jika produk anda hanya terdapat di sesetengah tempat sahaja, ada dua kemungkinan yang boleh berlaku:

pelanggan berpotensi akan datang sendiri ke sana dan membeli produk anda
anda ada peluang lebih besar untuk kembangkan perniagaan anda ke lokasi dengan lebih ramai sasaran pelanggan (target audience).

Produk Kekal Selamat

Material yang tidak mudah koyak bermaksud produk makanan anda akan sentiasa kekal segar dan berkualiti dalam bungkusan plastik. Selain itu, ia juga mengelakkan tumpah, dan melindungi daripada wap, habuk, atau bendasing luar dari bercampur dengan produk.

Pembungkusan untuk kopi segera

Cara Pengiklanan Unik

Selain itu, pembungkusan yang baik juga boleh dijadikan sebagai “alat pengiklanan” anda tersendiri. Ia bercirikan mesra cetak, dan setiap pembungkusan memiliki kemasan berlainan yang menarik seperti matte finish atau glossy finish.

Dan sudah tentu jenama kebanggaan anda boleh dicetak atas pembungkusan ini sekaligus dengan desain bungkusan pilihan anda. Produk anda boleh menonjol lebih di pasaran dan jenama anda lebih dikenali ramai. Ini juga boleh mendorong kepada penambah baikan pengalaman pembeli, dan penjenamaan meningkat.

Tahan Lasak dan Berpatutan

Selalunya, harga tempahan plastik bungkusan makanan akan menjadi murah dalam kuantiti yang banyak. Bukan sahaja pembungkusan anda nampak menarik dan memikat hati pelanggan, ia juga tahan lasak dengan ciri-ciri perlindungan produk. Bahan material yang digunakan selalunya murah tapi kukuh dan selamat. Ini sekaligus menjadikan pembungkusan ideal yang menjimatkan kos.

Penyelesaian Pembungkusan Mudah

Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami menawarkan kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami dengan pelbagai pilihan pembungkusan dan beg plastik.

Selain pembungkusan makanan, kami juga menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri untuk keperluan bermacam jenis perusahaan. Kesemuanya boleh disesuaikan dengan citarasa dan imej jenama anda, serta jenis produk anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!

Mesij-Anda

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone: +60 11-6987 2289

Email: [email protected]