Produk Makanan Kekal Segar dengan Plastik Bungkus Tahan Panas

plastik bungkus tanah
Plastik Bungkus Tanah Unik, Jenama Lebih Menyerlah di Pasaran
February 8, 2023
Kurma Kekal Segar dan Manis dengan Pembungkusan Berkualiti
February 13, 2023
plastik bungkus tanah
Plastik Bungkus Tanah Unik, Jenama Lebih Menyerlah di Pasaran
February 8, 2023
Kurma Kekal Segar dan Manis dengan Pembungkusan Berkualiti
February 13, 2023

Produk Makanan Kekal Segar dengan Plastik Bungkus Tahan Panas

Pembungkusan jenis retort pouch adalah plastik bungkus tahan panas yang sesuai untuk makanan sedia dimakan. Ia juga sesuai bagi produk makanan yang sedia dimasak. Pembungkusan jenis ini sudah lama digunakan sejak tentera Amerika Syarikat memperkenalkannya pada tahun 50an.

Plastik bungkus jenis ini selalunya diperbuat daripada material berlamina yang tahan panas dan sesuai untuk makanan. Retort pouch ini juga antara jenis pembungkusan makanan berlamina yang fleksibel dan ringan. Ia direka khas untuk tahan suhu tinggi semasa proses mensteril makanan ataupun “retort process”.

Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas
Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas

Kami di HAIN® Packaging antara pembekal dan perkhidmatan cetak plastik bungkus makanan tahan panas yang berpengalaman di Malaysia. Dalm selama lebih 10 tahun, kami telah membantu ramai pemilik perniagaan seluruh negara dengan memberikan khidmat terbaik untuk keperluan pembungkusan.

Proses Penghasilan Plastik Makanan Tahan Panas

Plastik bungkus makanan tahan panas atau retort pouch selalunya dibuat melalui proses laminasi. Lapisan material plastik dan aluminium digabungkan dengan proses haba dan tekanan. Jenis material juga bergantung kepada produk yang ingin dibungkus kemudian.

Bagi pemilik bisnes makanan, anda boleh pilih jenis plastik bungkus tahan panas yang sesuai dengan produk anda. Bungkusan sebegini boleh direka dengan cetak standing pouch, ataupun jenis beg tutup 3 sisi (3-side seal). Semua boleh bergantung kepada produk makanan anda.

Plastik Tahan Panas Berkualiti, Makanan Tahan Lama

Ini antara kelebihan retort pouch sebagai plastik pembungkus tahan panas untuk makanan.

Senang dan Mudah

Kesenangan pelanggan bertambah dengan kemudahan pembungkusan makanan tahan panas. Retort pouch makanan ini senang dibuka dengan sisi tepi yang memudahkan dikoyak. Ia juga memudahkan proses memasak dengan pemanasan samada dalam air mendidih ataupun ketuhar gelombang mikro.

retort pouch makanan
pembungkusan jenis retort pouch

Jangka Hayat Lebih Panjang

Selain itu, jangka hayat makanan boleh bertahan lebih lama dengan plastik pembungkus tahan panas. Proses retort membantu mengekalkan kualiti makanan dibungkus; justeru senang disimpan lebih lama tanpa perlu disejukkan. Ini bermakna retort pouch anda dapat mengekalkan kualiti makanan samada dibungkus dengan sendiri ataupun disimpan dalam kotak kedua.

Ringan dan Jimat Kos

Disamping itu, anda juga boleh menikmati penjimatan dengan pembungkusan retort pouch. Pembungkusan ini selalunya mengambil ruang lebih sedikit daripada tin atau botol makanan. Selain mesra alam, ia juga menggunakan sumber yang sedikit untuk penghasilan dan penghantaran. Kos juga lebih menjimatkan berbanding penghasilan tin makanan; ini sekaligus menjadikan pilihan yang lebih ideal.

Penyelesaian yang Mudah untuk Pembungkusan Makanan

Ringkasnya, anda sebagai pemilik bisnes produk makanan boleh pergi lebih maju dengan plastik bungkus retort pouch yang berkualiti dan tahan lasak. Di HAIN® Packaging, kami komited untuk mengekalkan kualiti kerja kami sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik yang diyakini di Malaysia.

Kami menawarkan perkhidmatan tempah plastik bercetak dengan reka bentuk pilihan bersesuaian dengan produk. Selain pembungkusan makanan, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]