Print Plastik Murah yang Berpatutan oleh HAIN Packaging
January 7, 2021Saiz Plastik Bungkus Makanan | HAIN® Packaging Kuala Lumpur
January 8, 2021Plastic bungkus makanan adalah antara aspek yang penting dalam industri perusahaan makanan. Pembungkusan yang baik dapat melindungi kualiti produk makanan anda. Ia juga boleh dijadikan sebagai alat “pengiklanan” untuk jenama anda di pasaran.
Di HAIN® Packaging, kami antara pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik di Malaysia. Syarikat kami menyediakan perkhidmatan cetak tempahan pelbagai plastic bungkus makanan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan dan penghantaran ke seluruh Malaysia.
Bagi yang mencari pembekal dan pengilang untuk tempahan plastic bungkus, anda boleh terus menghubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut. Kami menyediakan perkhidmatan tempahan dan penghantaran beg pembungkusan dengan gaya yang anda inginkan dan dengan jenama sendiri ke seluruh Malaysia.
Jenis Plastic Bungkus untuk Produk Makanan
Untuk pembungkusan makanan, plastik aluminium digunakan untuk rangkaian beg bungkus kami. Ini termasuk Stand Up Pouch, Three Side Seal dan Flat Bottom Bag. Bahan aluminium sesuai digunakan untuk mengisi produk makanan seperti kerepek dan biskut kerana kualiti dan jenis yang selamat untuk digunakan.
Bahan yang digunakan bagi pembuatan plastic bungkus kami menghasilkan pembungkus dengan kualiti yang baik. Selain itu, kami juga memastikan setiap rekaan plastic bungkus makanan anda menepati citarasa anda dan pengguna luar. Rekaan pembungkusan yang tampak kemas dengan jenama sendiri memberikan impak keyakinan kepada jenama anda selain mampu menarik perhatian produk di atas rak jualan.
Keselamatan Produk Makanan Terjamin
Tambahan lagi, pembungkus dengan jenama sendiri ini mampu memberi perlindungan kepada produk dari bendasing luar, Ia juga meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelak daripada dicuri. Setiap plastic bungkus makanan memiliki ciri-ciri keselamatan yang boleh melindungi produk dari dimasuki wap, bendasing, dan elak tumpah. Pembungkusan sebegini dijamin bermutu tinggi, tahan lasak, dan tahan suhu berlebihan.
Disamping itu, sesetengah pembungkusan datang dengan kemasan boleh tutup semula untuk penyimpanan lebih baik. Dengan itu, pembeli anda akan dapat menikmati produk makanan yang dijamin selamat dan sedap untuk jangka lebih lama.
Penjenamaan dan Promosi Kreatif
Pembungkusan khas juga dapat memberikan kelebihan dalam penjenamaan produk anda. Anda boleh mempromosikan produk anda secara tidak langsung dengan plastic bungkus makanan tempahan khas. Sebagai contoh, pembungkusan yang boleh tutup semula dan memudahkan penyimpanan bahan makanan. Ini sangat memudahkan rutin harian pembeli dan mereka tidak perlu menyimpan produk dalam bekas atau bungkusan lain. Secara tak langsung, ini mendorong pembeli untuk ingat produk anda dengan senang. Ini kerana mereka sudah sedia maklum jenama anda dan jenis bungkusan yang datang dengan produk itu.
Selain penjenamaan, cetakan jenama sendiri di atas plastic bungkus makanan anda juga memberikan keyakinan kepada pembeli tentang produk anda. Sesuatu pembungkusan dengan gaya atau rekaan yang menarik memberitahu pelanggan bahawa produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan bermutu tinggi.
Rakan Pencetak Plastic Bungkus Anda
Bisnes anda boleh lebih maju dengan menempah cetak plastic bungkus makanan dengan logo tersendiri. Kualiti produk boleh dikekalkan, keselamatan terjamin, dan pelanggan anda akan bertambah puas dengan produk kebanggan anda.
Jika anda pemilik perniagaan mencari khidmat cetak plastik yang diyakini, kami sedia membantu anda. Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran plastik bungkusan kami untuk menyediakan cetak plastik jenama sendiri dan perkhidmatan beg pembungkusan berkualiti tinggi dan kompetitif kepada pelanggan kami di seluruh Malaysia.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]