6 Pembungkus Plastik Unik untuk Pelbagai Jenis Produk Makanan

kilang plastik printing
Tempah Plastik Lutsinar Bermutu dari Pembekal & Kilang Berpengalaman
January 19, 2023
Pharmacy Plastic Bag
Bisnes Online Lebih Mantap dengan Beg Plastik Berzip
January 20, 2023
kilang plastik printing
Tempah Plastik Lutsinar Bermutu dari Pembekal & Kilang Berpengalaman
January 19, 2023
Pharmacy Plastic Bag
Bisnes Online Lebih Mantap dengan Beg Plastik Berzip
January 20, 2023

6 Pembungkus Plastik Unik untuk Pelbagai Jenis Produk Makanan

Dalam perusahaan makanan, sesuatu pembungkus plastik amat penting dalam memastikan kualiti terjamin dan penampilan yang menarik. Ia berfungsi untuk memelihara kualiti produk makanan sebelum ia sampai ke pasaran untuk pembeli luar. Bukan itu saja, pembungkusan yang baik dapat dijadikan “iklan” untuk memasarkan jenama anda.

Pembungkus Plastik Makanan
Rangkaian Pembungkusan Makanan

Pembungkus Plastik untuk Pelbagai Jenis Makanan

Pelbagai jenis pembungkus plastik boleh digunakan bergantung pada jenis produk makanan. Kebanyakannya diperbuat daripada material yang kukuh, ringan dan senang ditutup. Para pemilik bisnes makanan boleh pilih antara rangkaian pembungkusan yang sesuai mengikut jenama dan jenis produk.

Ini antara enam jenis pembungkus plastik makanan yang boleh ditempah dan disesuaikan.

Stand-Up Pouch

Pilihan pembungkus yang paling popular. Ada dua jenis kemasan tutup yang biasa digunakan untuk pembungkusan ini: tutup ziplock dan tutup bermuncung (spout). Plastik ini menggunakan material jenis PE yang dijamin selamat untuk makanan. Oleh sebab ia boleh berdiri sendiri, seperti namanya, pembungkusan ini juga tidak mengambil banyak ruang simpan.

Anda juga boleh memilih untuk tambahkan plastik lutsinar sebagai “tingkap”. Ini memudahkan pembeli untuk tengok produk makanan anda. Sekaligus, keyakinan mereka tentang produk anda bertambah. Pembungkus ini sangat sesuai untuk makanan seperti biskut, kopi dan teh, buah kering dan bahan masakan.

Center Seal Bag

Satu lagi pilihan popular bila bercakap tentang pembungkus plastik makanan. Pembungkusan berbentuk seakan bantal ini memberikan anda lebih ruang untuk desain menyeluruh. Reka bentuk ringkas dengan logo jenama atau serlahkan jenama produk dengan desain yang menonjol.

Selain itu, pembungkus ini ada hujung bergerigi untuk senang dibuka. Material digunakan agak ringan, tapi kukuh dan tahan wap serta dapat melindungi makanan dari rosak. Ramai pengusaha gunakan pembungkusan ini untuk cetak plastik frozen food atau makanan sejuk beku. Selain itu, produk seperti roti dan kek juga menggunakan center seal bag ini.

Pembungkus Plastik Makanan - Aiskrim
Pembungkus center seal untuk aiskrim

Plastik OPP

Mungkin nampak sangat ringkas, tapi plastik OPP sangat berguna dan adalah salah satu pembungkus makanan yang efisien. Pembungkusan ini juga digunakan oleh pemilik bakeri sebagai plastik OPP roti. Plastik ini mempunyai pita pelekat sendiri yang senang ditutup kemas untuk mengelakkan bendasing luar dari masuk ke dalam.

Anda boleh cetak logo anda pada plastik ni dan tonjolkan lagi jenama anda di pasaran. Pembeli senang melihat proudk yang jelas kelihatan, dan memudahkan mereka membuat keputusan sambil membeli belah.

Three Side Seal

Antara penyelesaian pembungkus plastik makanan yang jimat kos. Fungsi kedap 3 penjuru memudahkan pembungkusan. Ia juga mudah disimpan dalam ruang penyimpanan tambahan.

Flat Bottom Pouch

Pembungkus plastik ini mempunyai “side gusset” di sisi yang boleh bantu menampung lebih banyak produk makanan. Dengan dasar beg yang rata, ia boleh “berdiri sendiri” dan senang dipamerkan atas rak. Beg ini juga boleh datang dengan kedap tutup ziplock untuk perlindungan tambahan.

Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas
Plastik Bungkus Makanan Tahan Panas

Retort Pouch

Selain itu, satu lagi jenis pembungkus plastik makanan yang baik adalah jenis retort pouch. Pembungukusan ini amat sesuai untuk makanan yang sudah diproses atau sedia dimasak. Mereka akan melalui proses retort iaitu mensteril makanan dalam ruang tekananan tinggi. Dan pembungkusan ini diperbuat daripada plastik berlamina yang tahan suhu melampau daripada proses itu.

Pembungkus ini juga memudahkan rutin dapur pembeli. Pouch retort ini boleh dipanaskan dalam air panas atau ketuhar gelombang mikro. Ia juga senang dibuka dengan ruang koyak kecil ditepi.

Pilih Pembungkusan Makanan Sesuai dengan Kami

Kami di HAIN® Packaging boleh membantu anda meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan plastik makanan berkualiti tinggi. Selama lebih daripada 10 tahun, kami adalah antara pembekal dan kilang plastik bungkusan makanan yang diyakini di Malaysia.

Kami menawarkan kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami dengan pelbagai pilihan pembungkusan dan beg plastik. Kesemuanya boleh disesuaikan dengan citarasa dan imej jenama anda, serta jenis produk anda.

Jika anda pemilik perniagaan mencari pembekal dan kilang pencetak pembungkusan yang berpengalaman di Malaysia, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone: +60 11-6987 2289

Email: [email protected]