Bungkusan Menarik dengan Pembekal Plastik Bungkus Makanan Diyakini

Plastik Makanan
Pembekal Plastik Pembungkusan Makanan | HAIN® Packaging
October 8, 2020
Plastik Makanan
Harga Runcit Plastik Beg Makanan
October 22, 2020
Plastik Makanan
Pembekal Plastik Pembungkusan Makanan | HAIN® Packaging
October 8, 2020
Plastik Makanan
Harga Runcit Plastik Beg Makanan
October 22, 2020

Bungkusan Menarik dengan Pembekal Plastik Bungkus Makanan Diyakini

HAIN® Packaging merupakan Pembekal Plastik Bungkus Makanan yang berpengalaman dan dipercayai di Malaysia. Menjadi pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik di Malaysia, syarikat kami menyediakan perkhidmatan tempahan pembungkus makanan dengan logo sendiri.

Pilihan Jenis Plastik Bungkus Makanan

Bagi sektor pemprosesan dan penjualan makanan, pembungkus makanan terbaik berfungsi untuk memelihara kualiti makanan. Maka kami sebagai pembekal plastik nombor satu menyediakan pilihan beg plastik makanan bermutu mengikut kesesuaian dan keperluan anda.

3 Side Seal & 4 Side Seal Bags

Ada dua jenis plastik bungkus makanan berkedap: tiga sisi (3 side seal bag) dan empat sisi (4 side seal bag); memudahkan proses pembungkusan dan senang dipek ke dalam kotak. Ia juga antara pembungkusan plastik kami yang menjimatkan kos anda. Bagi 3 side seal bag, plastik ini mempunyai penjuru bulat untuk kemasan lebih rapi. Ia juga boleh mengelakkan sebarang penjuru tajam, dan selamat digunakan.

Selain itu, permukaan bungkusan yang cukup luas membolehkan anda mencetak rekaan yang unik untuk jenama anda. Ini sekaligus meningkatkan daya tarikan produk. Beg ini sangat sesuai untuk makanan ringan seperti kacang, “trail mix” dan buah kering.

Ziplock Stand up Pouch dan Spout

Seterusnya, rangkaian beg stand up pouch kami datang dengan tutup kedap ziplock, tutup bermuncung (spout), atau bahagian tutup yang mudah koyak. Ketiga-tiga jenis beg ini diperbuat daripada material yang selamat pada makanan. Ciri-ciri ini membantu mengekalkan jangka hayat produk makanan dan melindungi daripada wap, cahaya, udara dan bendasing luar.

Ada juga yang direka dengan menambah lapisan plastik jernih seperti tingkap supaya produk didalam senang dilihat. Pek ini sesuai untuk bijirin sarapan dan kerepek. Tambahan lagi, anda boleh mereka penampilan produk lebih unik dengan menggunakan stand up pouch bermuncung spout untuk minuman, produk makanan jeli, atau puding.

Pembungkus Makanan Berlaminasi - Pembekal Plastik Bungkus Makanan
Pembungkus Makanan Berlaminasi – Plastik Bungkus Makanan

8 Side Seal Flat-bottom Bag

Beg kedap 8 side seal bag kami mempunyai sisi tepi “gusset” yang boleh mengembang seterusnya menambah ruang dalam bungkusan. Kapasiti besar ini membolehkan lebih banyak produk di bungkus kedalamnya. Dasarnya yang rata menjadikan produk sebagai “pemberat”, jadi bunguksan ini boleh berdiri dengan sendiri. Selain plastik, beg ini diperbuat daripada bahan aluminium berlamina, sesuai untuk produk makanan.

Anda ada pilihan samada mahu kemasan berutup dengan hujung tepi yang boleh dikoyak, atau kemasan bertutup ziplock untuk kemudahan buka dan tutup. seperti stand up pouch kami, beg ini juga boleh ditambah lapisan “tingkap” plastik lutsinar untuk menampilkan produk didalam. Beg ini sesuai untuk produk serbuk kopi dan daun teh.

Center Seal Bag

Plastik bungkus makanan jenis center seal bag mempunyai tepian bergerigi. Ini menjadikan bungkusan lebih mudah dibuka dan digunakan. Tambahan pula, campuran lapisan filem yang berbeza dapat mengekalkan kualiti produk makanan anda dan tahan lebih lama.

Selain itu, ia datang dalam bentuk seakan bantal, dan mempunyai kemasan tutup atas, bawah dan tengah. Ciri inilah yang boleh menampilkan rupa bentuk, warna menarik, dan gambaran visual jenama anda dengan menyeluruh. Kebanyakan produk biskut dipek dalam center seal bag sebegini.

Food Packaging
Food Packaging

Pentingnya Plastik Bungkus Makanan Jenama Sendiri

Pembungkusan plastik adalah penting bagi menonjolkan produk yang dibanggakan, dan sekaligus memajukan jenama produk dan hasil jualan anda. Tambahan pula, pandangan pertama atau “first impression” amat penting dalam menjual nama baik jenama anda kepada pelanggan berpotensi.

1. Pengiktirafan Jenama

Anda dapat tingkatkan nama jenama dan dikenali ramai oleh semua pelanggan dengan menggunakan plastik bungkus makanan rekaan sendiri. Mereka boleh terus kenal produk anda yang dibungkus dengan kemasan cetak plastik jenama sendiri yang hanya anda miliki.

Tambahan lagi, jika produk anda hanya terdapat di sesetengah negeri sahaja, ada dua kemungkinan yang boleh berlaku: pertama, pelanggan berpotensi akan datang sendiri ke sana dan membeli produk anda. Kedua, anda ada peluang lebih besar untuk kembangkan perniagaan anda ke lokasi dengan lebih ramai sasaran pelanggan (target audience).

2. Produk Menonjol di Pasaran

Bermacam produk sudah boleh dibeli dan dijual di Malaysia. Kebanyakan rakyat akan membeli sesuatu produk jika pembungkusannya dapat menarik perhatian dan minat mereka. Situasi ini ternyata benar dalam pasaran umum dan juga pasaran online. Pembungkusan yang unik dengan warna dan rekaan menarik dapat meningkatkan penampilan produk anda. Ini sekaligus menonjolkan imej jenama anda di kedua-dua pasaran.

3. Tahan Lasak dan Berpatutan

Kami sebagai pembekal plastik bungkus makanan boleh memberikan harga yang berpatutan dalam membuat plastik aiskrim jenama sendiri. Selalunya, harga tempahan akan menjadi murah apabila anda beli dalam kuantiti yang banyak.

Bukan sahaja pembungkusan anda nampak menarik dan memikat hati pelanggan, ia juga tahan lasak dengan ciri-ciri perlindungan produk. Bahan material yang digunakan selalunya murah tapi kukuh dan selamat. Ini sekaligus menjadikan pembungkusan ideal yang menjimatkan kos.

Pembekal Plastik Bungkus Makanan yang Berpengalaman

HAIN® Packaging merupakan plastik bungkus makanan yang diyakini dan berpengalaman. Ditubuhkan sejak 2008, kami antara pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik dalam negara. Ini sekaligus memacu perusahaan kami sebagai pembekal yang berkualiti, berintegriti, berinovasi dan produktif. Dengan pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan hampir 13 tahun, pasaran dan pelanggan kami telah meningkat dengan pesat di Malaysia, Singapura, dan juga di Brunei.

Kami berusaha untuk menyediakan khidmat cetakan dan penghasilan beg plastik yang berkualiti demi membantu produk anda dikenali di pasaran terkini. Anda tak perlu risau jika anda masih tidak pasti jenis bungkusan atau kemasan yang sesuai untuk produk makanan anda. Hubungi kami segera dan kami sedia membantu untuk khidmat rundingan dan penempahan cetakan.

Mesij-Anda

HAIN® Packaging

No. B-6-3A, Streetmall, One South, Jalan OS,
Taman Serdang Perdana, Section 6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]