Pelanggan Ramai dan Jualan Meningkat dengan Plastik Bungkus Ayam
December 20, 2022Tarik Lebih Ramai Pembeli dengan Packaging Plastik Makanan Menarik
January 11, 2023HAIN® Packaging adalah pembekal plastik aiskrim Malaysia. Kami menyediakan khidmat untuk pelbagai jenis pembungkusan untuk bermacam produk makanan dan industri. Antaranya ialah plastik untuk frozen food, plastik bungkus makanan frozen, dan plastik aiskrim panjang. Semua akan mengikut kemahuan dan imej jenama anda. Perusahaan kami terletak di Lembah Klang, dan kami bertekad untuk menjadi antara pesaing utama dalam industri kilang pembungkusan frozen food di Malaysia.
Jenis Rangkaian Plastik Aiskrim Fleksibel
- Plastik HDPE “tubing”
Antara peranan kami sebagai pembekal plastik aiskrim malaysia adalah menawarkan khidmat cetak dan penghasilan plastik pembungkusan mengikut imej jenama anda tersendiri. Jenis material yang digunakan adalah plastik HDPE yang lebih tahan lasak dengan kemasan lutcahaya atau “matte finish”. Pembungkusan ini boleh berbentuk panjang (tubing) dengan rekaan cetak minimum. Produk jenis “aiskrim Malaysia” boleh dibungkus dengan pembungkusan plastik ini.
- Plastik “pearlescent BOPP”
Selain itu, jenis plastik BOPP berkilat atau “pearlescent BOPP” digunakan oleh kebanyakan pembekal plastik aiskrim Malaysia. Jenis pembungkusan pilihan utama untuk aiskrim selalunya plastik jenis tutup tengah, juga dikenali sebagai “center seal bag”. Rekaan penuh dengan warna yang menarik boleh di hasilkan untuk material plastik ini. Aiskrim batang atau “aiskrim potong” boleh dijadikan produk pilihan untuk kemasan ini.
Mengapa Plastik Aiskrim Jenama Sendiri Amat Penting?
Banyak syarikat mungkin tidak tahu cara pembungkusan makanan sejuk beku yang baik. Bungkusan produk mereka mungkin tidak sekemas dan secantik yang diinginkan kerana mahu menjimat kos. Sebab itulah pembungkusan plastik adalah penting bagi menonjolkan produk yang dibanggakan, dan sekaligus memajukan jenama produk dan hasil jualan anda. Tambahan pula, pandangan pertama atau “first impression” amat penting dalam menjual nama baik jenama anda kepada pelanggan berpotensi.
Pengiktirafan Jenama
Anda dapat tingkatkan nama jenama dan dikenali ramai oleh semua pelanggan dengan menggunakan plastik aiskrim rekaan sendiri. Mereka boleh terus kenal produk anda yang dibungkus dengan kemasan cetak plastik jenama sendiri yang hanya anda miliki. Tambahan lagi, jika produk anda hanya terdapat di sesetengah negeri sahaja, ada dua kemungkinan yang boleh berlaku: pertama, pelanggan berpotensi akan datang sendiri ke sana dan membeli produk anda. Kedua, anda ada peluang lebih besar untuk kembangkan perniagaan anda ke lokasi dengan lebih ramai sasaran pelanggan (target audience).
Produk Menonjol di Pasaran
Bermacam produk sudah boleh dibeli dan dijual di Malaysia. Kebanyakan rakyat akan membeli sesuatu produk jika pembungkusannya dapat menarik perhatian dan minat mereka. Situasi ini ternyata benar dalam pasaran umum dan juga pasaran online. Pembungkusan yang unik dengan warna dan rekaan menarik dapat meningkatkan penampilan produk anda. Ini sekaligus menonjolkan imej jenama anda di kedua-dua pasaran.
Tahan Lasak dan Berpatutan
Kami sebagai pembekal plastik aiskrim Malaysia boleh memberikan harga yang berpatutan dalam membuat plastik aiskrim jenama sendiri. Selalunya, harga tempahan akan menjadi murah apabila anda beli dalam kuantiti yang banyak. Bukan sahaja pembungkusan anda nampak menarik dan memikat hati pelanggan, ia juga tahan lasak dengan ciri-ciri perlindungan produk. Bahan material yang digunakan selalunya murah tapi kukuh dan selamat. Ini sekaligus menjadikan pembungkusan ideal yang menjimatkan kos.
Pembekal dan Pencetak Plastik yang Berpengalaman
HAIN® Packaging merupakan pembekal plastik aiskrim Malaysia yang diyakini dan berpengalaman. Ditubuhkan sejak 2008, kami antara pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik dalam negara. Ini sekaligus memacu perusahaan kami sebagai pembekal yang berkualiti, berintegriti, berinovasi dan produktif. Dengan pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan hampir 13 tahun, pasaran dan pelanggan kami telah meningkat dengan pesat di Malaysia, Singapura, dan juga di Brunei.
Kami berusaha untuk menyediakan khidmat cetakan dan penghasilan beg plastik yang berkualiti demi membantu produk anda dikenali di pasaran terkini. Anda tak perlu risau jika anda masih tidak pasti jenis bungkusan atau kemasan yang sesuai untuk produk aiskrim anda. Talian kami sentiasa dibuka untuk khidmat rundingan dan penempahan cetakan. Samada rekaan ringkas dan minimum atau rekaan berwarna menyerlah, kongsikan idea anda dengan kami dan kami sedia membantu.