Tempah Plastik Lutsinar Bermutu dari Pembekal & Kilang Berpengalaman

Plastik OPP Roti: Pembungkusan Terbaik untuk Bisnes Lebih Maju
January 18, 2023
Centre Seal
6 Pembungkus Plastik Unik untuk Pelbagai Jenis Produk Makanan
January 20, 2023
Plastik OPP Roti: Pembungkusan Terbaik untuk Bisnes Lebih Maju
January 18, 2023
Centre Seal
6 Pembungkus Plastik Unik untuk Pelbagai Jenis Produk Makanan
January 20, 2023

Tempah Plastik Lutsinar Bermutu dari Pembekal & Kilang Berpengalaman

Mencari pembekal & kilang cetak untuk plastik lutsinar berkualiti amat penting bagi setiap pemilik perniagaan. Semua perusahaan perlukan pembungkusan yang baik untuk memasarkan produk mereka. Bukan saja ia memberikan produk anda penampilan lebih profesional. Malah, ia juga dapat membantu “mengiklankan” produk anda di pasaran.

Slider Top Ziplock – Plastik Lutsinar
Slider Top Ziplock – Plastik Lutsinar

Plastik Lutsinar Kegunaan Serba Boleh

Bila sebut “plastik lutsinar”, mungkin kita akan hanya fikir beg plastik biasa. Tapi ada pelbagai jenis beg plastik lutsinar yang boleh ditempah cetak khas dari pembekal & kilang. Dan semua jenis pembungkusan ini mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digunakan oleh banyak perniagaan. Ia juga boleh disesuaikan mengikut produk, saiz, citarasa dan penjenamaan.

Beg Ziplock
Plastik ziplock adalah antara jenis pembungkusan yang paling popular antara pembekal & kilang. Jenis plastik ini mempunyai ciri-ciri kemasan bertutup yang boleh tutup semula, samada tekan dan tutup (press-to-seal) atau bertutup kepala (slider top).

Ia digunakan dalam banyak industri seperti bisnes pakaian, sektor perubatan dan farmasi. Beg ini sesuai untuk pembungkusan pakaian, barang-barang kecil, dan juga untuk menyimpan barang penting seperti ubat-ubatan atau sampel makmal.

Plastik OPP
Selain itu, plastik OPP lutsinar sangat ringan, dan ada banyak jenis untuk pelbagai kegunaan. Ada yang datang dengan kepala penyangkut (hang header) untuk senang dipamerkan di dalam rak. Malah, ada yang mempunyai pita pelekat tutup yang boleh lekat sendiri. Selain pakaian, makanan seperti roti dan biskut boleh dibungkus dalam pembungkusan ini.

Beg Beli Belah
Ada juga pilihan plastik lutsinar dalam bentuk beg beli belah seperti beg singlet, plastik jenis die-cut dan beg pemegang lembut (soft loop handle). Rangkaian beg plastik ini boleh dijumpai di mana-mana perusahaan, peruncit, dan farmasi.

Ia diperbuat daripada bahan plastik yang tahan koyak, dan kukuh; sesuai untuk menampung mana-mana produk yang mungkin sedikit berat seperti buku-buku dan botol ubat.

Reka Bentuk Mengikut Citarasa Anda

Anda juga boleh rujuk pembekal & kilang untuk mereka bentuk jenis plastik lutsinar yang bersesuaian dengan produk anda. Rekaan ringkas dengan cetakan logo jenama anda cukup untuk memberikan keunikan tersendiri pada perniagaan. Anda juga boleh mencetak mesej penting seperti arahan penyimpanan, penggunaan dan juga maklumat produk atau perniagaan.

Slider Top Ziplock – Plastik Lutsinar
Slider Top Ziplock – Plastik Lutsinar

Plastik Lutsinar Pilihan Terbaik

Meskipun dengan ciri-ciri permukaan lutsinar, rangkaian plastik ini boleh membantu peniaga lebih maju bersama produk kebanggaan anda.

Pembungkusan Serba Boleh
Disamping itu, rangkaian plastik lutsinar ini sangat berguna untuk pelbagai jenis perniagaan dan sektor. Produk anda senang dilihat melalui pembungkusan ini dan pembeli tidak perlu membuka dahulu untuk periksa. Mereka akan lebih yakin dalam pembelian mereka, dan sekaligus ini dapat membantu meningkatkan jualan.

Nama Jenama Menonjol
Jenama anda lebih menonjol di pasaran dengan cetakan khas plastik lutsinar dengan logo anda. Produk anda juga nampak lebih menarik dan memberi kesan positif pada pembeli di luar, terutamanya pembeli baru.

Tempah Cetak Plastik Lutsinar dengan Kami

Plastik lutsinar berkualiti dari pembekal & kilang yang berpengalaman dapat membantu ahli bisnes dalam perniagaan mereka. Dan kami di HAIN® Packaging sentiasa bersedia membantu.

Selama lebih daripada 10 tahun, kami menggunakan kepakaran mencetak dan menghasilkan pelbagai jenis pembungkusan untuk semua jenis perniagaan. Syarikat kami terletak di Kuala Lumpur, dan kami menyediakan khidmat pencetakan dan juga penghantaran ke seluruh negara.

Jika anda mencari pembekal pembungkusan yang diyakini, kami sedia membantu anda. Hubungilah wakil jualan kami untuk rundingan, atau kongsi idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone: +60 11-6987 2289

Email: [email protected]