Penampilan Produk Lebih Jelas dengan Beg Plastik Lutsinar Bermutu
December 3, 2019Kilang Pembuatan Plastik Makanan di Selangor | HAIN® Packaging
September 9, 2020HAIN Packaging menyediakan packaging makanan haiwan peliharaan seperti makanan kucing, anjing, ikan dan burung peliharaan. Kami menyediakan tempahan pembungkusan bersaiz 200g sehingga 20Kg. Kami percaya setiap produk makanan haiwan peliharaan seharusnya dibungkus dengan sempurna dan menarik perhatian. Dengan packaging makanan haiwan Berlamina dari syarikat kami, produk anda akan terjaga daripada kelembapan, wap, bau dan kebocoran.
Kami tidak hanya menyediakan sampel packaging makanan haiwan, tetapi juga Eksekutif Jualan kami yang berpengalaman akan memberi khidmat nasihat tentang cara pembungkusan terbaik untuk produk anda, agar rasa dan aroma produk lebih terjaga, disamping membuatkan pek produk lebih menonjol di atas rak paparan.
Antara rangkaian jenis beg makanan haiwan yang biasa digunakan adalah Beg Kedap 3 Sisi (3-Side-Sealed Bag); Beg Kedap 4 Sisi (4-Side-Sealed Bag); Stand Pouch dengan Ziplock; Stand Pouch dengan Spout; Flat-Bottom Bag (8 Side Seal Bag). Kami menyediakan sehingga 10 warna cetakan kepada pembungkus, di atas struktur filem, logam dan kerajang (foil) yang berkualiti tinggi.
Ada pelbagai campuran Bahan yang biasa digunakan untuk membuat packaging makanan haiwan Berlamina:
- PET/AL/LLDPE (Foil);
- PET/VMPET/LLDPE (Metalised);
- PET/Kraft/LLDPE;
- PET/LLDPE
Pilih Jenis Packaging Makanan Kucing
3 Side Seal & 4 Side Seal
Ada dua jenis beg kedap: tiga sisi (3 side seal bag) dan empat sisi (4 side seal bag). Bentuk ini memudahkan proses pembungkusan dan senang dipek ke dalam kotak. Ia juga antara pembungkusan plastik kami yang menjimatkan kos anda. Bagi 3 side seal bag, plastik ini mempunyai penjuru bulat untruk kemasan lebih rapi. Ia juga boleh mengelakkan sebarang penjuru tajam, dan selamat digunakan. Selain itu, permukaan bungkusan yang cukup luas membolehkan anda mencetak rekaan yang unik untuk jenama anda. Ini sekaligus meningkatkan daya tarikan produk. Beg ini sangat sesuai untuk packaging makanan basah kucing yang boleh datang dalam pek kecil yang berkuantiti banyak.
Ziplock Stand up Pouch dan Spout
Seterusnya, rangkaian beg stand up pouch kami datang dengan tutup kedap ziplock, tutup bermuncung (spout), atau bahagian tutup yang mudah koyak. Ketiga-tiga jenis beg ini diperbuat daripada material yang selamat pada makanan. Ciri-ciri ini membantu mengekalkan jangka hayat produk makanan dan melindungi daripada wap, cahaya, udara dan bendasing luar. Ada juga yang direka dengan menambah lapisan plastik jernih seperti tingkap supaya produk didalam senang dilihat. Pek ini sesuai untuk kedua-dua makanan kering dan basah. Tambahan lagi, anda boleh mereka penampilan produk lebih unik dengan menggunakan stand up pouch bermuncung spout untuk packaging makanan basah kucing.
8 Side Seal Flat-bottom Bag
Beg kedap 8 side seal bag kami mempunyai sisi tepi “gusset” yang boleh mengembang seterusnya menambah ruang dalam bungkusan. Kapasiti besar ini membolehkan lebih banyak produk di bungkus kedalammnya. Dasarnya yang rata menjadikan produk sebagai “pemberat”, jadi bunguksan ini boleh berdiri dengan sendiri. Selain plastik, beg ini diperbuat daripada bahan aluminium berlamina, sesuai untuk produk makanan. Anda ada pilihan samada mahu kemasan berutup dengan hujung tepi yang boleh dikoyak, atau kemasan bertutup ziplock untuk kemudahna buka dan tutup. seperti stand up pouch kami, beg ini juga boleh ditambah lapisan “tingkap” plastik lutsinar untuk menampilkan produk didalam. Beg ini sesuai untuk makanan kucing kering berkuantiti banyak dan berat.
Hubungi Kami
Sebagai salah satu pembekal dan pencetak beg plastik di Malaysia, kami di HAIN® Packaging berusaha untuk menyediakan khidmat cetakan dan penghasilan kemasan yang berkualiti demi membantu produk anda dikenali di pasaran terkini. Samada rekaan ringkas dan minimum atau rekaan berwarna menyerlah, kongsikan idea anda dengan kami dan kami sedia membantu.
Kembangkan perniagaan anda dengan tempahan packaging makanan kucing anda tersendiri. Hubungi HAIN® Packaging untuk maklumat lanjut.
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]