Packaging Plastik Cetakan Kilang Bermutu untuk Semua Produk Makanan

Gambar pembungkusan White-Wood_Stand-768x768 untuk rujukan

Plastik Packaging Makanan: Cara Pengiklanan Jenama yang Unik

April 19, 2023
plastik opp baju

Plastik OPP Baju Custom Malaysia: Kemasan Eksklusif untuk Produk Anda

Ogos 10, 2023
Gambar pembungkusan White-Wood_Stand-768x768 untuk rujukan

Plastik Packaging Makanan: Cara Pengiklanan Jenama yang Unik

April 19, 2023
plastik opp baju

Plastik OPP Baju Custom Malaysia: Kemasan Eksklusif untuk Produk Anda

Ogos 10, 2023

Packaging Plastik Cetakan Kilang Bermutu untuk Semua Produk Makanan

Pembungkusan Makanan food packaging

Pembungkusan Makanan food packaging

Packaging plastik cetakan kilang berkualiti amat penting untuk semua pengusaha bisnes makanan menonjol di pasaran.

Mencari pembekal dan kilang cetakan yang berpengalaman amat penting untuk pemilik bisnes makanan dapatkan packaging plastik yang berkualiti. Setiap produk atau jenama perlukan pembungkusan baik yang mampu tarik perhatian pembeli. Selain memberikan penampilan produk lebih kemas, pembungkusan anda juga boleh dijadikan “iklan bergerak”.

Reka Bentuk Mengikut Keperluan dan Imej Jenama

Sebagai pemilik bisnes, anda boleh sesuaikan packaging plastik makanan anda mengikut keperluan dan imej jenama. Rekaan ringkas dengan cetakan logo jenama anda cukup untuk memberikan keunikan tersendiri pada perniagaan anda.

Selain itu, anda boleh tonjolkan lagi produk anda dengan pembungkusan dengan design menyerlah, dan menarik perhatian pembeli. Anda juga boleh mencetak mesej penting seperti arahan penyimpanan, penggunaan dan juga maklumat pemakanan dan alahan.

Packaging Plastik Makanan Pelbagai Pilihan

Pembungkusan plastik yang berkualiti penting untuk memastikan ia dapat melindungi produk makanan daripada rosak dan kekalkan kesegaran. Ini antara pilihan pembungkus plastik makanan yang boleh disesuaikan mengikut produk.

kilang packaging plastik makanan
Stand-up pouch untuk produk sambal hitam mudah disimpan dan dibuka.

Stand-up pouch

Antara packaging plastik buatan kilang yang popular untuk produk makanan. Standing pouch cetak ini boleh berdiri dengan sendiri di rak pameran dan juga di rumah. Sesetengah pouch boleh ditambah dengan tutup kedap ziplock untuk perlindungan ekstra. Sesetengah packaging sambal hitam dan packaging serunding menggunakan pembungkusan jenis ini.

3-side seal bag

Satu lagi packaging plastik cetakan kilang berkualiti untuk produk makanan. Kebanyakan packaging rempah dan packaging pes makanan menggunakan jenis pembungkusan ini. Rekabentuk pembungkusan ini memudahkan proses membungkus produk dan senag dipek ke dalam ruang penyimpanan.

Center seal bag

Kebanyakan pembekal dan kilang makanan sejuk beku menggunakan plastik packaging jenis ini. Tidak lupa juga, produk seperti makanan ringan dan roti juga datang dalam pembungkusan ini. Bentuk seakan bantal juga memberikan ruang cetak yang cukup luas untuk penjenamaan.

Pembungkusan center seal juga boleh ditambah lapisan “tingkap” lutsinar untuk mudah produk dilihat.

Flat bottom/side gusset bag

Packaging plastik cetakan kilang jenis ini sering digunakan untuk produk serti serbuk kopi dan daun teh. Sisi tepi “gusset” yang boleh mengembang memerikan ruang tambahan dalam bungkusan. Ini sekaligus memberikan kapasiti lebih besar untuk menampung lebih banyak produk. Pembungkusan ini juga boleh datang dengan kemasan tutup ziplock.

Packaging Makanan Cetakan Kilang Terbaik

Ringkasnya, anda mempunyai pelbagai pilihan dalam mendapatkan packaging plastik makanan dari pembekal dan kilang diyakini. Pilihan dan rekaan boleh mengikut citarasa, keperluan produk dan juga imej jenama anda.

Jika anda mencari pembekal pembungkusan yang diyakini, kami di HAIN® Packaging sedia membantu anda. Hubungilah wakil jualan kami untuk rundingan, atau kongsi idea penjenamaan anda dengan kami.

Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

Mesij-Anda

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] beg plastik ziplock pembekal pembungkusan bahan plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk. beg stand up pouch

Kepentingan Pembungkusan Makanan Berkualiti

Pembungkusan makanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesegaran, mengelakkan pencemaran, dan memanjangkan hayat rak produk. Di Malaysia yang mempunyai iklim tropika, pembungkusan makanan yang sesuai amat penting untuk melindungi produk daripada kelembapan, haba, dan serangga. Sama ada anda membungkus makanan sejuk beku, makanan kering, atau hasil segar, memilih bahan pembungkusan yang betul memastikan produk anda sampai kepada pengguna dalam keadaan yang optimum.

Di HAIN® Packaging, kami memahami cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan makanan di Malaysia. Penyelesaian pembungkusan gred makanan kami mematuhi piawaian keselamatan dan direka untuk menahan pelbagai keadaan penyimpanan. Daripada beg vakum untuk makanan sejuk beku hingga poket tahan kelembapan untuk makanan kering, kami menawarkan pelbagai pilihan pembungkusan yang disesuaikan untuk industri makanan Malaysia.

Soalan Lazim

1. Apakah jenis cetakan yang tersedia untuk pembungkusan?

Kami menawarkan cetakan flexographic dan gravure dengan sehingga 8 warna. Cetakan gravure sesuai untuk kuantiti besar dengan kualiti tinggi, manakala cetakan flexo lebih ekonomis untuk pesanan sederhana.

2. Berapa lama masa pengeluaran untuk pesanan custom?

Masa pengeluaran biasanya antara 2-4 minggu selepas pengesahan reka bentuk, bergantung kepada kuantiti dan kerumitan cetakan. Kami juga menawarkan perkhidmatan urgent dengan tambahan caj.

3. Adakah perlu menyediakan artwork sendiri?

Tidak perlu. Pasukan reka bentuk kami boleh membantu mereka bentuk pembungkusan mengikut kehendak anda. Anda hanya perlu menyediakan logo, maklumat produk, dan konsep reka bentuk.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?